...perlahan-lahan Ramadhan akan pergi
hanya beberapa langkah sahaja lagi
yang mengharapkan keajaiban akan terus mengharap
walau tanpa doa walau tiada usaha
Lailatul Qadar itu janji yang pasti
tapi bukan buat semua yang hanya tahu menanti-nanti
sedangkan detik demi detik dibiarkan berlalu sendiri
Hari Raya tetap akan tiba
ia hari untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa
tapi adakah keinsafan yang disemai akan lebur sama
bersukaria hingga halal haram sudah tidak nyata
Sedari pagi hingga ke malam
seronok berlibur dan makan-makan
jangan hingga terabai kewajipan
solat lima waktu jangan dilupa-lupakan
Hari Raya tetap akan tiba
sambutan setiap orang pasti tidak sama
ada yang merasakan tidak ada beza
hari raya atau hari-hari biasa
bagi yang mampu
pasti ingin segala yang serba baharu
bagi yang tidak berkemampuan
cukuplah sekiranya dapat makan
dan...
bagi aku sendiri
hari raya tetap ada sepi di sudut hati!
sedihnya
BalasPadamKakcik..
BalasPadamMmg terasa beza raya waktu kita kecil dulu dgn skrg.
Dulu kita tak pikir apapun persediaan nak raya. Arwah mak kita dan ayah kita yg menyediakan segala keperluan raya. Baju dan makanan raya lansung tak pikir. Tahunya dah ada tersedia.
Sekarang kita pula yg memikirkan utk menyediakan buat keluarga kita.
Rindu arwah mak yg gigih menyediakan segala keperluan saya waktu raya.
dah besar ni raya dah tak rase ape dah mak..
BalasPadamPC biasa biasa..besederhana seadanya..
BalasPadambersederhana dihari raya itu lebih baik...:-))
BalasPadamKanak kanak yang paling bahagia waktu raya ni kan..kita ni cuma nak fikir dapat jumpa sanak saudara yang lama tak jumpa...
BalasPadamselamat hari raya kak cik..tahun ni lagi sederhana dari tahun² sebelumnya..jika terlalu gembira...apa pula perasaan mereka yang berduka..sekadar apa yg ada...
BalasPadamKasihan tengok nasib sesetengah orang daripada kita beraya. Alhamdulillah kena selalu bersyukur.
BalasPadamhuhuhu msh ada yg tak mampu menyambut raya kan kakcik.... moga kita lebih bersederhana di raya ini
BalasPadamSelamat hari raya kakcik.... maaf zahir batin
Assalamualaikum,
BalasPadamhari raya tetap ada erti yang tersendiri buat semua orang
selamat hari raya maaf zahir batik kakcik
Saya tanam dalam hati.. ada orang lagi susah dari saya.
BalasPadamMoga mereka dan kita semua terus kuat dalam menjalani ibadah di bulan Ramadhan dan moga Syawal dapat dinikmati dengan ceria walau sederhana..
Selamat Hari Raya buat kakcik dan keluarga.
tgk pondok mereka yg hampir rebah, YaAllah...permudahkan lah perjalanan hidup mereka... moga kite menyambut dlm serba kesederhanaan, Salam lebaran dan maaf zahir Batin KakCik!
BalasPadamPadam entri bapa? :-(
BalasPadamCatatan itu macam tiada yang membaca :(
Padamala kadar..seadanya.
BalasPadamPada saya, sambutan hari raya sekarang memang tak semeriah dahulu. Entahlah disebabkan faktor umur atau apa. Kalau dulu semuanya nak serba baru. Sambutan raya seperti permulaan hidup baru. Kunjung mengunjung itu suatu kemestian. Tapi sekarang ni, jauh berbeza rasanya bila pulang berhari raya. Masakan enak emak pun dah tak mampu dirasai lagi. Emak pun melihat anak-anak seolah melihat orang asing dek semakin uzur dimamah usia dan kurang daya ingatan. Demi anak-anak sahaja sebenarnya kami menyambut raya dengan harapan mereka juga akan ada memori indah bersama ibubapa ketika berhariraya, sama macam yang kami rasakan suatu masa dahulu.
BalasPadam