Kawan-kawan kakcik

Isnin, 13 Julai 2015

Hari Raya tetap akan tiba...

...perlahan-lahan Ramadhan akan pergi
hanya beberapa langkah sahaja lagi
yang mengharapkan keajaiban akan terus mengharap
walau tanpa doa walau tiada usaha
Lailatul Qadar itu janji yang pasti
tapi bukan buat semua yang hanya tahu menanti-nanti
sedangkan detik demi detik dibiarkan berlalu sendiri

Hari Raya tetap akan tiba
ia hari untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa
tapi adakah keinsafan yang disemai akan  lebur sama
bersukaria hingga halal haram sudah tidak nyata

Sedari pagi hingga ke malam
seronok berlibur dan makan-makan
jangan hingga terabai kewajipan
solat lima waktu jangan dilupa-lupakan

Hari Raya tetap akan tiba
sambutan setiap orang pasti tidak sama
ada yang merasakan tidak ada beza
hari raya atau hari-hari biasa

bagi yang mampu
pasti ingin segala yang serba baharu
bagi yang tidak berkemampuan
cukuplah sekiranya dapat makan

dan...
bagi aku sendiri
hari raya tetap ada sepi di sudut hati!

Apakah erti Hari Raya buat mereka?

17 ulasan:

  1. Kakcik..
    Mmg terasa beza raya waktu kita kecil dulu dgn skrg.
    Dulu kita tak pikir apapun persediaan nak raya. Arwah mak kita dan ayah kita yg menyediakan segala keperluan raya. Baju dan makanan raya lansung tak pikir. Tahunya dah ada tersedia.
    Sekarang kita pula yg memikirkan utk menyediakan buat keluarga kita.
    Rindu arwah mak yg gigih menyediakan segala keperluan saya waktu raya.

    BalasPadam
  2. dah besar ni raya dah tak rase ape dah mak..

    BalasPadam
  3. PC biasa biasa..besederhana seadanya..

    BalasPadam
  4. bersederhana dihari raya itu lebih baik...:-))

    BalasPadam
  5. Kanak kanak yang paling bahagia waktu raya ni kan..kita ni cuma nak fikir dapat jumpa sanak saudara yang lama tak jumpa...

    BalasPadam
  6. selamat hari raya kak cik..tahun ni lagi sederhana dari tahun² sebelumnya..jika terlalu gembira...apa pula perasaan mereka yang berduka..sekadar apa yg ada...

    BalasPadam
  7. Kasihan tengok nasib sesetengah orang daripada kita beraya. Alhamdulillah kena selalu bersyukur.

    BalasPadam
  8. huhuhu msh ada yg tak mampu menyambut raya kan kakcik.... moga kita lebih bersederhana di raya ini

    Selamat hari raya kakcik.... maaf zahir batin

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum,
    hari raya tetap ada erti yang tersendiri buat semua orang

    selamat hari raya maaf zahir batik kakcik

    BalasPadam
  10. Saya tanam dalam hati.. ada orang lagi susah dari saya.
    Moga mereka dan kita semua terus kuat dalam menjalani ibadah di bulan Ramadhan dan moga Syawal dapat dinikmati dengan ceria walau sederhana..
    Selamat Hari Raya buat kakcik dan keluarga.

    BalasPadam
  11. meriah atau tidak raya ni saya tetap seronok bila tiba hari raya...

    BalasPadam
  12. tgk pondok mereka yg hampir rebah, YaAllah...permudahkan lah perjalanan hidup mereka... moga kite menyambut dlm serba kesederhanaan, Salam lebaran dan maaf zahir Batin KakCik!

    BalasPadam
  13. Pada saya, sambutan hari raya sekarang memang tak semeriah dahulu. Entahlah disebabkan faktor umur atau apa. Kalau dulu semuanya nak serba baru. Sambutan raya seperti permulaan hidup baru. Kunjung mengunjung itu suatu kemestian. Tapi sekarang ni, jauh berbeza rasanya bila pulang berhari raya. Masakan enak emak pun dah tak mampu dirasai lagi. Emak pun melihat anak-anak seolah melihat orang asing dek semakin uzur dimamah usia dan kurang daya ingatan. Demi anak-anak sahaja sebenarnya kami menyambut raya dengan harapan mereka juga akan ada memori indah bersama ibubapa ketika berhariraya, sama macam yang kami rasakan suatu masa dahulu.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com