Kawan-kawan kakcik

Ahad, 26 Julai 2015

'Buat bodoh je...'...

...itulah jawapan spontan yang aku beri bila ada yang bertanya :

'dah bersara ni, buat apa kat rumah?'

iyalah, kalau aku hendak bekerja semula, lebih baik aku jangan bersara

jika diikutkan dari usia aku bersara pilihan tahun lepas, ada 7 tahun lagi sebelum aku bersara wajib

ada juga yang bertanya :

'seronok jaga cucu?'

dan selalunya aku jawab :

'cucu?  biarlah makbapak dia yang jaga. Sesekali bolehlah saya tengok-tengokkan'

ada yang bagai tidak percaya

mereka ingat aku bersara awal kerana hendak jaga cucu

eh...baiklah aku jaga diriku sendiri

dah puas aku jaga anak-anak dari mereka kecil sampailah sekarang

kadang-kadang sampai tak boleh tidur bila mereka balik lewat

kadang-kadang hilang rasa lapar bila memikirkan apa yang mereka hendak makan

cukup-cukuplah

masa yang ada sedikit sebanyak untuk aku mencari diri...

19 ulasan:

  1. Betul kak..berehatlah setelah penat bekerja..menjaga anak anak dulu..

    BalasPadam
  2. asalamualaikum kak cik....beraya kemana arini....yan pun dah bersara awal...huhu....jaga hubby aje sekarang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...

      menjaga suami dan anak2 pun kerja juga... :)

      Padam
  3. Assalamualaikum kak ...suka baca entry kak.. betul tu.. walaupun saya masih muda..tp anak2 saya saya tk bg mami saya jaga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam...

      terima kasih sudi baca blog ini... :)

      Padam
  4. Balasan
    1. InsyaAllah kakcik ada rancangan hendak melancong lagi... :)

      Padam
  5. haha.... dah betul lah jawapan tu. dah pencen nak watpe lagi kan? ramai senior sy pun pencen opsyen. masing2 nak rehat katanya. cukup - cukuplah kerja dulu. sekarang diorang cakap nak rehat2 ngan suami, cover balik apa yg tak dapat nak dibuat masa zaman sibuk bekerja dulu.

    pencen dalam keadaan sihat walafiat adalah salah 1 nikmat tu... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar...

      kesihatan itu nikmat yang wajib disyukuri. Yang penting tidak menyusahkan anak cucu... :)

      Padam
  6. betul tu...cucu? biarlah mak bapa dia yang jaga. kita jenguk sesekali jerr....

    saya kalau boleh zaman tak kerja ni, nak enjoy life la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya. Dah puluhan tahun bekerja, mudah2an waktu yang ada ini dapat dimanfaatkan sebaiknya selagi dalam redho Yang Maha Esa... :)

      Padam
  7. bestnya dapat rehat kan... enjoy sakan :D

    BalasPadam
  8. Betul. saya setuju. Mungkin saya pon sama...nak pesan kat depa nanti...jaga lah anak-anak sendiri....rumah papa bukan "nursery!"...saya nak berjalan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... kannnn?

      Bagilah kita peluang 'bercuti dengan erti kata benar-bernar bercuti'... :)

      Padam
  9. Betul.. saya setuju.. bagi peluang kepada ibubapa untuk berehat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibubapa dah penat jaga anak2, kan? :)

      Padam
  10. Dah penat jaga anak-anak, tak payah fikirlah nak jaga cucu pulak lepas bersara. Bagi peluang anak-anak merasai pengalaman kita dulu.

    Bagus juga jawapan Kakcik kalau orang tanya macam tu :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com