... pasti keperitan rakyat dapat diringankan ...
“Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya," kata Ahmad Reza Samsuddin, 38.
Bapa tiga anak itu ditemui Harian Metro selepas wartawan mengaturkan pertemuan dengan seorang peniaga yang menyumbang kereta Proton Iswara selepas tersentuh dengan kisah kepayahan hidup Ahmad Reza yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.
Dalam pertemuan itu, wartawan dan peniaga yang enggan dikenali terpaksa mengambil masa selama hampir dua jam untuk memujuk Ahmad Reza supaya menerima kereta terbabit.
Nasib keluarga Ahmad Reza mula mendapat perhatian seluruh masyarakat negara ini apabila gambar dia menunggang motosikal bersama tiga anak lelakinya berusia tiga hingga lapan tahun dari Sepang ke Pulau Pinang menjadi ‘viral’ di laman sosial dua minggu lalu.
"Saya sama sekali tidak menyangka ada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib kami sehingga sanggup 'meminjamkan' saya kereta demi keselamatan anak-anak.
"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kami empat beranak dan saya harap saya tidak dipandang serong kerana bukanlah niat saya untuk mendapat perhatian sehingga ke tahap ini," katanya.
- hmetro
Betul kakcik..
BalasPadamBukan dia minta jadi macam tu.. orang yang jumpa yang viralkan kisah dia..
Tapi dah tertulis rezeki dia dan anak2 dia..
Moga makin murah rezeki yang memberi dan moga dia dan family tabah menghadapi dugaan..
Betul tu kakcik sbb sbnrnya ramai kat luar sana yg memerlukan bantuan mcm ni
BalasPadamAlhamdulillah, itulah rezekinya dan tidak pernah terduga pun oleh beliau.Benarlah jika izinNya apa sahaja boleh berlaku..
BalasPadam
BalasPadamTiada yang nak 'pinjam' kan bini (bini2 lbh afdal, lol) / mak (mak2 - lg ramai lg meriah) lak tok mereka?
Kepada andartu2 KAYA tuh, bawa2 lah tobat
kerna kereta pun perlu minyak jugak & manusia dahagakan kasih
Alhamdulillah..
BalasPadammulia sungguh hati insan nie...mudahan makin ramai orang2 di atas buka mata...
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamPemimpin pun perihatin sebenarnya, tapi mereka sering terlepas pandang...
Mulianya hati si penderma...
BalasPadamOh, saya ada baca juga tentang bapa tiga anak ini. Mulia sungguh hatinya. Walaupun dia susah, masih juga beranggapan ramai lagi orang lain yang susah yang memerlukan bantuan lebih daripadanya.
BalasPadamOrang di atas sana mana kenal erti susah, Kakcik. Buat apa nak berkongsi kesenangan dengan insan marhaen. Janji pandai cover sudahlah...