Ketika ini aku berusia 28 tahun dan Angah sudah beberapa bulan 'bernyawa' di dalam rahimku... |
Kini Angah sudah dewasa. Ramai orang kata, dari 4 anak lelakiku, wajah Angah adalah amat seiras dengan wajahku... |
Angah memang anak yang baik. Anak-anakku yang lain pun baik juga. Kebaikan mereka dengan cara mereka yang tersendiri. Angah ini sangat pendiam berbanding adik beradiknya. Gambar ini aku rakam ketika Angah tolong memotong kuku kakiku. Waktu ini aku hanya merungut yang aku tidak mampu untuk memotong kuku kaki sendiri kerana tidak berupaya untuk tunduk akibat sakit lutut. Angah yang mendengar terus mengambil pengetip kuku dan mengetip kukuku tanpa diminta. Allah sahaja yang tahu betapa terharunya hatiku ini. |
Ya Allah Ya Tuhanku, aku hanyalah seorang ibu dan hambaMu yang serba lemah. Aku hanya mampu memohon kepadaMu dengan segala kerendahan diriku. Kau limpahkanlah segala rahmat dan kebaikan buat anakku Muhammad Muzammil dan juga adik beradiknya - Muhammad Mustaqim, Muhammad Muhaimin dan Muhammad Muzakkir. Begitu juga dengan menantuku Nurul Huda dan cucuku Muhammad Qaid Darwish. Jauhkan mereka dari segala bencana dan fitnah dunia serta isinya. Tetapkan mereka di jalan yang Kau redhoi. Simbahkan hati mereka dengan rasa iman dan taqwa, yang sentiasa takut kepada larangan-laranganmu dan mencintai keredhoanMu. Jadikanlah mereka insan yang penuh rasa kasih sesama mereka dan hilangkan rasa sombong dan bongkak di hati mereka terhadap sesama manusia.
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...
Selamat Hari Lahir Angah. Semoga menjadi anak yang baik, soleh dan taat kepada ibu bapamu
BalasPadamalhamdullilah
BalasPadamamin...
BalasPadamsemoga angah terus berbakti menjadi anak yang baik..
selamat hari lahir bt angah, moga jd anak yg soleh n berjaya
BalasPadamselalu anak no 2 mmg pendiam skit kot kak, sbb adik dana pun jenis penyenyap jgk, tp dia sgt rajin bt keje2 umah...
Amiin.
BalasPadamMoga Angah menjadi anak soleh yg sering mendoakan kesejahteraan ibubapa dan sentiasa dalam lindungan Allah
Terharunya Nurul baca yang ketip kuku tu Kak Saroja.. bergenang airmata Nurul.. Semoga Angah berjaya dunia dan akhirat. In sha Allah.
BalasPadamAmennnn..moga terus menjadi anak yang soleh..
BalasPadamSo sweet lah angah. Selamat hari lahir buat angah. kita berkongsi tarikh lahir yang sama ☺
BalasPadamAlhamdulillah..Aminn..terharu tgk angah ketipkan kuku kakcik tu...Selamat Hari Lahir Angah..Semoga terus berbakti pada ibu ayah...
BalasPadamselamat ulang tahun angah..semoga terus menjadi anak penyejuk hati orang tua...
BalasPadamHBD Angah...jadi anak yang baik ya...
BalasPadamamin...saya berkongsi tarikh lahir yang sama dengan angah
BalasPadamselamat hari lahir angah...
BalasPadamtu kak cik ke??? macam x percaya... mati2 sy igt menantu kak cik.... ;-)
Selamat Hari Jadi Angah...bertuahnya sapa dpt angah ni...calon menantu ni...hehe
BalasPadamalhamdulillah.. dikurniakan anak-anak yang suka membantu.
BalasPadamSelamat ulangtahun kelahiran, Angah. Tengok gambar dia tengah potong kuku kaki Kakcik pun dah rasa terharu. Berharap sangat anak-anak saya nanti akan sentiasa ingatkan saya bila saya dah tua dan tak bermaya lagi nak jaga mereka!
BalasPadam