Kawan-kawan kakcik

Selasa, 19 Mei 2015

Warna-warni Delhi (Bahagian 3)...

Pengemis terlihat di mana-mana.  Sewaktu kenderaan berhenti dalam kesesakan, mereka akan datang mendekati sama ada sekadar menadah tangan atau menjual barangan yang di sini tidak kita terfikir boleh dijual begitu. Contohnya, kelapa tua yang dikopek kulitnya dan dipotong seperti kita memotong tembikai.  Disusun dalam dulang dan dijaja.

Di tempat bas berhenti, berlumba-lumba mereka menyerbu untuk menjual walau hanya air mineral sejuk. Keadaan itu mengingatkan aku kepada tahun-tahun 70an dahulu di stesyen bas Kuala Kangsar - tempat aku dibesarkan. Ada penjual yang 'lebih berani' akan naik menjaja hingga ke dalam bas. Dalam hatiku berkata-kata 'mungkin mereka yang di dalam bas itu lebih mampu dari yang berada di bawah'...


Sesuatu yang boleh dipuji, pemandu di sana sangat mematuhi had kelajuan kenderaan yang ditetapkan.  Kalau tertulis 40km/h, itulah had yang akan mereka bawa.  Nak termuntah pun ada rasanya kerana di Malaysia ini, had laju 110km/j yang ditetapkan, bagi sesetengah pemandu adalah had minima kerana mereka akan menekan minyak selagi boleh!!!

Sewaktu dalam perjalanan ke Agra (yang memakan masa lebihkurang 4 jam), kami singgah di hentian seperti Kawasan Rehat dan Rawat di Malaysia.  Ada seorang budak perempuan dengan pakaian tradisi (yang kalau dibasuh, mungkin kena rendam berkali-kali baru air rendaman menjadi jernih) dan lelaki yang lebih remaja bermain muzik dan menari untuk mendapatkan sedikit wang. Gambar mereka juga tidak aku rakam.  Pendek kata, mereka akan lakukan apa sahaja untuk mencari rezeki.

Tandas di hentian ini memang bersih.  Melangkah sahaja masuk, seorang wanita memakai sari menghulurkan tisu tandas yang siap dikoyakkan.  Bila keluar, dia menghulurkan pula tisu yang lebih keras yang biasa kita gunakan di kedai makan. 

Terdapat banyak gerai-gerai begini di
sepanjang jalan di sana...

Pemandangan di kawasan Rehat dan Rawat :








10 ulasan:

  1. seronik jadi org pencen ke mana saja tiada yg halang.

    BalasPadam
  2. Bestnye dpt berjln ke negara org.....

    BalasPadam
  3. Ada tempat yang ok keadaannya..ada juga yang sebaliknya ye kak..

    BalasPadam
  4. demi mencari sesuap nasi, apa pun sanggup di lakukan ye kt sana...

    tp rnr kt sana bersih n lawa jgk pemandangan nyer

    BalasPadam
  5. dah sampai ke india kakcik..best nya..

    BalasPadam
  6. Kakcik sedang berada di India, isteri saya sekarang pula sedang berada di Padang, Sumatra Barat..

    BalasPadam
  7. di dunia ini tidak seimbang. yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin miskin..

    BalasPadam
  8. cantik permandangan R n R di india..berpayung payung :-))

    BalasPadam
  9. Daif sangat hidup mereka ni ya. Sebab itulah asal ada peluang aje, haruslah cari kerja di negara orang. Kena tipu ke, jadi mangsa human trafficker ke takpalah, janji dapat keluar ke negara orang kononnya mencari rezeki. Tapi RnR nya nampak cantik dan bersih pulak. Tak sangka dalam pada kekurangan tandas, tandas awam di RnR bersih terjaga yerk.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com