Kawan-kawan kakcik

Rabu, 1 April 2015

Tiba-tiba teruja membaca catatan-catatan lama sendiri...

...tak ada kerjalah namanya tu, kan?

Seronok pula aku membaca catatanku sendiri untuk tahun 2010 hingga 2012.

Kisah-kisah aku mengikut En. Suami ke program-program Integrasi Nasional ke negeri Sabah, Sarawak dan Kelantan.

Pengalaman yang sangat menarik walau bersulam pahit manis.  Sebagai isteri merangkap pembantu peribadi suami, aku sentiasa berpeluang mengikut beliau ke mana-mana walaupun terpaksa mengeluar belanja sendiri terutama untuk membeli tiket kapalterbang.

Syukur Alhamdulillah atas peluang yang Allah berikan.

Ada yang ingin turut membaca?

Taip sahaja perkataan INTEGRASI NASIONAL atau SABAH atau SARAWAK atau KOTA KINABALU di ruangan APA YANG DICARI?  di sudut bawah sebelah kanan blog ini.  Selepas klik SEARCH tu jangan lupa tengok semula ke bahagian atas blog ini.  Di sanalah senarai catatan lama itu akan muncul...

Mungkin tidak menarik untuk orang lain, tapi ia kenangan berharga buatku...

Hujan sedang turun dengan lebatnya saat aku menaip catatan ini.  Mari kita sama-sama berdoa agar Allah SWT menurunkan rahmat serta segala kebaikan bersama hujan itu buat kita semua...

20 ulasan:

  1. Pastinya disebalik catatan tu ada memori indah...

    BalasPadam
  2. Kalau alin..gelak sendiri bc catatan lama2...kelakar ayat tunggang langgang

    BalasPadam
  3. Sekarang kakcik ada masa nak baca catatan lama
    Seronok juga kan mengenang masa lalu - boleh senyum sendiri pastinya.

    BalasPadam
  4. kalau baca catatan lama-lama kadang2 buat tersenyum sendiri kakchik

    BalasPadam
  5. saya sendiri suka baca catatan lama..walaupun bukan cerita tentang diri sendiri tapi seronok juga bila baca komen2 nya sekali..kalau sesuai publish kan semula entry tu..jadi la asal blog tak sunyi dari pengunjung..hheheh

    BalasPadam
  6. betul kakcik, catatan lama memang tak pernah sempurna dan serba kekurangan, macam kaknoor bandingkan gambar masakkan yg dulu dengan gambar masakan sekarang ni mmg jauh beza, pengalaman mengajar kita jadi dewasa betul tak kakcik!!

    BalasPadam
  7. Saya pun pernah buat lagu tu...dan pastinya akan tersenyum sendiri!

    BalasPadam
  8. dana pun mcm kakcik, kadang2 bosan2 suke baca blog dulu2 punya masa awal2 join jd blogger

    BalasPadam
  9. kak cik,semalam baru ana up tentang entri pertama di blog..kelakar bila baca semula hihi..

    BalasPadam
  10. dgn adanya blog...catatan lama insya ALLAH boleh dibaca hingga ke generasi akan datang..

    BalasPadam
  11. iyalah kakcik..nekcik cuma ada diary lama..masa tingkatan1 hingga 5 untuk di baca..lepas tu suka bukak album lama...hobi dari sebelum pencen dan sesudah pencen....

    BalasPadam
  12. Mak Long pernah buat gitu membaca catatan lama... geli hati, sedih pun ada bila baca yang lama-lama tu.

    BalasPadam
  13. me too kakcik..kadang nak ambil mood balik. Sambil mengenang kenangan gitu..

    BalasPadam
  14. Kita sama. Saya pun bila ada masa akan baca balik widget links yang berkaitan dengan mana-mana entri. Ehhh seronok jugak kan?

    BalasPadam
  15. kekadang baca entri lama2 ni boleh merehatkan minda, mengimbau balik kenangan dulu2...:)

    BalasPadam
  16. Catatan lama saya dulu banyak juga bercerita tentang artis kerana kononnya nak lariskan blog dan yang kedua, saya juga asalnya artis, walaupun artis part time kecil-kecilan saja tapi memang dalam diri ada darah seni... Tapi sekarang tiba-tiba dengan kehidupan artis yg menyakitkan mata, tiba-tiba saya jadi benci untuk bercerita tentang artis...

    BalasPadam
  17. Itulah kan kakcik..
    Blog ni umpama diari kita
    Saya sendiri kadangkala suka godek baca entry entry lama saya..hihih

    BalasPadam
  18. catatan kita KakCik.. tak menarik dimata orang tapi itulah kenangan yang kita cipta..
    bila kita baca balik kita rasa macam kita lalui balik semua semua tu =)

    BalasPadam
  19. Saya pun suka juga baca entri lama-lama walaupun kebanyakannya merapu yang lebih. Tiba-tiba rasa syok sendiri pulak, sambil baca sambil gelak.

    Sebelum itulah kita menulis blogkan, Kakcik. Bila 'takda kerja' bolehlah imbau kembali kenangan melalui catatan yang ditulis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai, bila fikiran dan jari jemari tak bekerjasama beginilah jadinya.... 'Sebab' bukan 'Sebelum'...

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com