Kawan-kawan kakcik

Khamis, 2 April 2015

Teringat wajah Abu Bakar Omar, hatiku rasa terbakar...

Untuk kawan-kawan yang katanya telah bersedia setahun sebelum GST dilaksanakan dan memandang sinis kepada orang lain yang mengeluh akibat GST, aku hanya boleh ucapkan 'tahniah dan syukur kerana Malaysia masih aman'.  Tak mengapalah anda tidak merasa kesannya kerana wang anda sudah cukup untuk tujuh keturunan berbelanja tanpa kesan apa-apa...

Yang aku hairan, pelik lagi ajaib, katanya (kata Abu Bakar Omar) GST ini untuk menggantikan cukai 16% (10% cukai Kerajaan dan 6% cukai perkhidmatan) yang dikenakan sebelum ini.  Jadinya, semua barang akan jadi lebih murah kerana hanya 6% GST sahaja yang akan dikenakan bermula 1 April 2015.  Mungkin sebab aku tak belajar sampai dapat Ijazah (Diploma pun aku tak ada), maka aku adalah sangat lemah bab kira mengira walaupun lebih 30 tahun aku bekerja sebagai pengira biji kopi...

Apa yang terjadi selama dua hari ini (semalam dan hari ini) adalah sebaliknya.  Kalau sebelum ini aku makan di kedai, apa yang dikira, itulah yang dibayar.  Tak ada pulak cukai 16% ke apa (kecualilah makan di restoran berjenama seperti Secret Recipe atau yang sewaktu dengannya).  Alih-alih, hari ini (2/4/2015), bil yang kena dibayar adalah meliputi 6% GST.  Hmmmmm

Mesinkira yang ada aplikasi GST kata'nya'
belum diterima tapi nombor GST ada di situ.
Begitu juga, sebelum ini bila aku pergi mengurut kaki atau badan, apa yang tertera pada harga pakej, itulah yang aku bayar.  Tapi hari ini, aku dikenakan 6% GST untuk perkhidmatan yang diterima. Pengurangan yang bagaimanakah ini?  Aku ambil pakej urut dan bekam = RM60.00 untuk sejam, tapi aku kena bayar RM63.60.  Sekali lagi, bila diminta resit, kata'nya' mesin belum siap.  Ada pelanggan yang berkeras di kaunter tak mahu bayar GST sekiranya tiada resit.  Terpaksa pekerja di situ menelefon 'bossnya'...

Hanya surat ini ditunjukkan sebagai bukti
bahawa mereka dibenarkan memungut GST.
Semalam (1/4/2015), suamiku membeli sebilah pisau lipat.  Itu juga dikenakan GST!

Memanglah 0.15sen sahaja.  Tapi cuba kumpulkan...

Kesimpulannya, aku benar-benar tak faham.  Tiada pengurangan kononnya dari 16% kepada 6%, sebaliknya peningkatan dari 0% dari 6%!

14 ulasan:

  1. Dulu bkn smua ade 16%. Sekarang semua benda kne 6%. banyakkkk benda xkne gst. Tapi lagi banyaakkk yang dulu xde skrg ade. Turun kt sesetengah. Tapi naik kat tmpat lain. Telus la kan tu. ...smua merasa byr tax.

    BalasPadam
  2. Peniaga semakin kaya...kita pengguna yg perlu byr cukai utk mereka...nampak x....
    Kerajaan kenakan cukai kpd pembekal ...pembekal kenakan kpd peniaga..peniaga kenakan kpd pengguna ...pengguna nk kenakan pd siapa?? Kita rakyat ni la yg tolong kerajaan dan peniaga dan pembekal utk byr cukai yg dikenakan......

    Aduhai.....

    BalasPadam
  3. Ya Allah sana sini orang merungut pasal Gst sejak dua hari ni kakcik, memang teruk, walaupun kami tk terlibat tapi mmg sangat terkesan pada kenkawan yg mengalami nya, kadang2 kerajaan malaysia ckp tak serupa bikin ..

    BalasPadam
  4. Abu Bakar Omar cakap bahasa gomen - bahasa yg segalanya indah. Teorinya memang indah tapi kita rakyat yg perlu menghadam realitinya. Kata pak Menteri kita perlu tunggu setahun bila GST stabil dan kita akan lihat kesan positifnya. Setahun? Maknanya 365 hari dan tiap-tiap hari kita perlu makan dan guna barang yang ada cukai GST.

    Harap-harap abang Bob beli pisau lipat bukan dengan tujuan untuk mengamuk kerana marah GST, hehehehe...

    BalasPadam
  5. Mmg baru hari ini saya dikenakan GST
    baru sehari..
    Tapi rasanya puas jugaklaaaaa

    Ada org beli jet baru
    Berapalaaa GSTnya ya???

    BalasPadam
  6. betul kak cik..itulh yang semua org tengah dok ckap...yan un tak faham...dulu 16 % tak ada pun teruk macam ni...sepatutnya 6% lebih murah lah barangan kan...tapi terjadi sebliknya...malah harga yang tak ada gst pun peniaga kira sekali...

    BalasPadam
  7. CT pun tak tahu nak ulas macam mana.. tapi tengok ramai yang mengeluh tu dah bukti yang tak nampak lagi kebaikannya.. hihi first perenggan Kak Cik lawaklah.. kekek2 CT gelak hahaha.. pedas sungguh bunyinya..

    BalasPadam
  8. jgn harap lah nak kurang.... peniaga pun pandai pusing harga..xkan diorg nak rugi.

    BalasPadam
  9. saya pn tak paham...huhu. semua pakat bising dh hrga barang naik

    zinziemeewah

    BalasPadam
  10. Setakat ni xjumpa lg brg yg turun..nk pi kedai pun takut..

    BalasPadam
  11. Memang banyak perkara yang nak diambil kira walaupun dulu sesetengah barang yang kena SST 16% kalau ikut logik akal, jadi lebih murah bila kena GST 6% aje. Tapi sebaliknya berlaku. Culpritnya of courselah peniaga. Mereka guna GST sebagai cara untuk menaikkan harga barang. Setahu saya kalau tak berdaftar, tak payah susah-susah nak caj GST tapi tahu ajelah peniaga ni, kepala fikir nak untung jerk. Kita kata tak nak beli, mereka kata tak nak beli, SUDAH!

    Kita jugalah akhirnya yang rugi, yang makin bolos poket duit ni. Kena belajar jahitlah supaya 'lubang' kat poket tak semakin besar!

    BalasPadam
  12. aduh kakcik.. saya pun tak paham..semalam harga nasi ayam naik 50sen.. sebab GST katanya.. ayam, beras tak kena GST.. tapi nasi ayam ada GST.. dan takde resit pun dia keluarkan.. geram~!

    BalasPadam
  13. Suma naik mak. Ayam bob pon naik 50 sen. Pemahaman saya pon macam tu jugak. Kalau gi restoran, hanya 6% GST sbb 10% dah dihapuskan. Rupa² nya bohong belaka. Ada restoran yg buat 10% service charge + 6% GST. Apa yg kurangnya? Tambah mahal.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com