Kawan-kawan kakcik

Isnin, 20 April 2015

Ingatan untuk mereka yang kononnya digelar YB...

Ingat!
kamu naik kerana undi

kamu dipilih atas harapan
agar kamu menjadi wakil yang boleh diharapkan

kamu jangan salah menduga
jangan ingat 'wakil' itu maknanya kamu boleh kaut semua

wakil bermakna masalah orang menjadi agenda utama
kamu bawa ke 'atas' agar kekusutan dilerai bersama

kamu jangan jadi kaduk
menaiki junjung melepaskan pucuk
lalu kamu terlupa
belitan akarmu yang membawa derita

jangan bila kamu kononnya digelar YB
kamu pun mula lupa diri
kamu upah pengawal peribadi
hingga kamu sukar didekati

yang kamu mahu hanya keistimewaan
orang memandang kamu mesti memberi penghormatan
kalau petak meletak kereta tiada kekosongan
kereta sedia ada mesti dikeluarkan
konon kereta kamu mesti diberi keutamaan

jadah apa yang kamu fikirkan?
kamu diangkat kemudian kamu lupa daratan
lalu perlukah kamu dicampak ke tengah lautan
agar kamu sedar betapa susah untuk berenang kembali ke tepian?

apakah kamu benar-benar sibuk
hingga tiada masa hendak menjenguk
mereka yang dulunya pernah kau pujuk
'bila nanti saya menang awak tak lagi tinggal di rumah buruk'?

kemudian bila kau dapat jawatan
kelibat kamu tak lagi kelihatan
kononnya sibuk di majlis anjuran menteri dan sultan
masalah marhaen tak lagi kau pedulikan

tunggulah hampir waktu mengundi lagi
tika itu senyummu memenuhi pipi
sanggup kau suapkan nasi ke mulut yang tak bergigi
dan 'keprihatinanmu' diwar-warkan ke seluruh negeri

kamu jangan lupa
orang ramai tidak akan bodoh selama-lama
sekali dua mereka terkena
kesannya nanti kamu juga yang akan merasa...

19 ulasan:

  1. Bagai bara di dalam sekam
    menanti waktu maraknya kakcik
    kesabaran sudah tiba penghunungnya..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum
    selamat pagi
    singgah pagi :)
    sory hari ini anum bz skit..

    BalasPadam
  3. dalam betul maksud nya kakcik... tp mmg betul bagai di kata

    jgn ingat kite rakyat marhaen nih takde kuasa.... tunggu lah nnti

    BalasPadam
  4. Tapi masih ada... walaupun dah terkena beberapa kali tapi bila di suap nasi... lupa derita yang diberi...

    BalasPadam
  5. musim mengundi janji ditabur...

    dah menang janji berkubur

    BalasPadam
  6. tak dapat balasan di sini, di sana akan di tuntut.... tunggu saja lah

    BalasPadam
  7. 2-3 hari ni saya pun terfikir sama macam akak fikir. Kadang benda tu dah terang-terang salah. Mereka tetap cakap betul. Mereka buat kita macam fikiran bayi

    BalasPadam
  8. Ini bukan saja YG yang dipilih masyarakat. Juga rakan-rakan sekeliling yg mendapat jawatan tinggi dan lupa kepada rakan-rakan yang sama bersusah-payah..Payah lagu ni!

    BalasPadam
  9. lumrah... bila berada di atas makin jauh dengan yang dibawah..hakikat yang menyakitkan kan kakcik :(

    BalasPadam
  10. tunggu setahun sebelum mengundi nanti...keluar la bakat2 lakonan hebat YB kita ni..

    BalasPadam
  11. apa yang kita buat di dunia akan dipertanggungjawab kat akhirat kelak..

    BalasPadam
  12. Mendalam maksudnya, Kakcik. Kalau nak nampak kelibat para YB beramah-mesra dengan insan marhaen, itu kena tunggu masa pilihanraya je. Waktu macam ni memang kempunanlah nak tengok muka YB. YB sibuk sangat, Kakcik :)

    BalasPadam
  13. sy rs bkn kat malaysia je yb yg berperangai mcm ni yg kat luar malaysia pun 2x5... ;-)

    BalasPadam
  14. sekarang YB dah rasa penangan GST.. keh keh keh..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com