Ingat!
kamu naik kerana undi
kamu dipilih atas harapan
agar kamu menjadi wakil yang boleh diharapkan
kamu jangan salah menduga
jangan ingat 'wakil' itu maknanya kamu boleh kaut semua
wakil bermakna masalah orang menjadi agenda utama
kamu bawa ke 'atas' agar kekusutan dilerai bersama
kamu jangan jadi kaduk
menaiki junjung melepaskan pucuk
lalu kamu terlupa
belitan akarmu yang membawa derita
jangan bila kamu kononnya digelar YB
kamu pun mula lupa diri
kamu upah pengawal peribadi
hingga kamu sukar didekati
yang kamu mahu hanya keistimewaan
orang memandang kamu mesti memberi penghormatan
kalau petak meletak kereta tiada kekosongan
kereta sedia ada mesti dikeluarkan
konon kereta kamu mesti diberi keutamaan
jadah apa yang kamu fikirkan?
kamu diangkat kemudian kamu lupa daratan
lalu perlukah kamu dicampak ke tengah lautan
agar kamu sedar betapa susah untuk berenang kembali ke tepian?
apakah kamu benar-benar sibuk
hingga tiada masa hendak menjenguk
mereka yang dulunya pernah kau pujuk
'bila nanti saya menang awak tak lagi tinggal di rumah buruk'?
kemudian bila kau dapat jawatan
kelibat kamu tak lagi kelihatan
kononnya sibuk di majlis anjuran menteri dan sultan
masalah marhaen tak lagi kau pedulikan
tunggulah hampir waktu mengundi lagi
tika itu senyummu memenuhi pipi
sanggup kau suapkan nasi ke mulut yang tak bergigi
dan 'keprihatinanmu' diwar-warkan ke seluruh negeri
kamu jangan lupa
orang ramai tidak akan bodoh selama-lama
sekali dua mereka terkena
kesannya nanti kamu juga yang akan merasa...
Bagai bara di dalam sekam
BalasPadammenanti waktu maraknya kakcik
kesabaran sudah tiba penghunungnya..
Penghunung" - penghujung (maaf)
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamselamat pagi
singgah pagi :)
sory hari ini anum bz skit..
tajam menikam ayat2 kakcik...
BalasPadamdalam betul maksud nya kakcik... tp mmg betul bagai di kata
BalasPadamjgn ingat kite rakyat marhaen nih takde kuasa.... tunggu lah nnti
Tapi masih ada... walaupun dah terkena beberapa kali tapi bila di suap nasi... lupa derita yang diberi...
BalasPadammusim mengundi janji ditabur...
BalasPadamdah menang janji berkubur
tak dapat balasan di sini, di sana akan di tuntut.... tunggu saja lah
BalasPadam2-3 hari ni saya pun terfikir sama macam akak fikir. Kadang benda tu dah terang-terang salah. Mereka tetap cakap betul. Mereka buat kita macam fikiran bayi
BalasPadamIni bukan saja YG yang dipilih masyarakat. Juga rakan-rakan sekeliling yg mendapat jawatan tinggi dan lupa kepada rakan-rakan yang sama bersusah-payah..Payah lagu ni!
BalasPadamlumrah... bila berada di atas makin jauh dengan yang dibawah..hakikat yang menyakitkan kan kakcik :(
BalasPadamMemang besar tanggunjawap mereka ni yea.
BalasPadamapa yang kita buat di dunia akan dipertanggungjawab kat akhirat kelak..
BalasPadamermmm
BalasPadamMendalam maksudnya, Kakcik. Kalau nak nampak kelibat para YB beramah-mesra dengan insan marhaen, itu kena tunggu masa pilihanraya je. Waktu macam ni memang kempunanlah nak tengok muka YB. YB sibuk sangat, Kakcik :)
BalasPadamsy rs bkn kat malaysia je yb yg berperangai mcm ni yg kat luar malaysia pun 2x5... ;-)
BalasPadamsekarang YB dah rasa penangan GST.. keh keh keh..
BalasPadamlucu sekali...
BalasPadamObat Gagal Ginjal