Ini bukan catatan berbayar, jauh sekali catatan yang diketahui oleh pemilik kedai kek ini. Aku hanya berkongsi apa yang aku rasa sedap di tekakku walaupun harganya lebih mahal dari kek lapis yang biasa aku beli bila ke Kuching, Sarawak...
Alamat kedai kek itu tertera pada kotaknya... |
Harga 'sebatang' kek ini RM28.00 |
Yang ini namanya Kek Semangka (Tembikai) |
Berat setiap kek adalah 570g - lebih berat dari kek yang biasa dibeli dengan harga RM10.00 itu. Rasanya lebih sedap dan mungkin kurang manis bagi mereka yang 'kuat makan manis'. |
p/s : kakcik menerima beberapa komen yang mengatakan gambar-gambar di blog ini tidak dapat dilihat. Mohon pertolongan kawan-kawan, tolong tinggalkan komen pada catatan ini sekiranya memang gambar tidak dapat dilihat. Jika ramai yang tidak nampak gambar, mungkin kakcik hanya akan buat catatan tanpa gambar selepas ini...
sedapnya
BalasPadamsedap tu kek lapis...gambar ada jer:-)
BalasPadamsedap tu bonda...mahal sikit pun takpe..janji sedap kan..baru puas hati
BalasPadamNampak sedap..
BalasPadammahal tak pe asalkan berbaloi kan
Macam dah jangkit blog kakak aje kakcik ni. Gambarnya tak nampak.
BalasPadamTapi di dashboard nampak.
Kakak pulak dah malas nak tulis bila tak dpt nak titip gambar.
Tak usahakan pun juga. Kakak biarkan terus...
yang coklat tu nampak tempting sangattt
BalasPadamSedap pulak tengok kek lapis tu kak cik... saya nampak elok ajer semua gambar tu kak cik..
BalasPadamyer kak cik saya tak nampak gambar -gambar akak, ada 2-3 blog juga yg tak nampak gambarnya..
BalasPadamSedpanya. Boleh cuba juga macam ni. Terima kasih berkongsi infonya Akak.
BalasPadamsedap tu kek lapis...dh lama tak makan....
BalasPadamHari tu ada kawan dari Sabah yang bawa kek lapis kat sini... Sempat rasa dua keping jer, lepas tu licin... nasib baik xde batu belah batu bertangkup kat sini... hahahha
BalasPadamSaya boleh jer tgk gambar kek lapis yg mabeles tu kak cik :)
ada gambar kakcik..nampak sedap kek tu...
BalasPadamSedapnya petang-petang macam ni 'dihidangkan' dengan kek lapis Sarawak, Kakcik. Berbaloilah kalau bayar lebih tapi sedap berlipat kali ganda dari yang biasa-biasa.
BalasPadam