Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 20 Mac 2015

Majlis perkahwinan anak bongsu Kak Nanie (Values of Life) pada 15/3/2015...

Menerima jemputan dari Hajjah Noraini @ Kak Nanie
melalui mesej di facebook.  Dengan rendah hati Kak Nanie
memberitahu majlis yang akan diadakan adalah secara
kecil-kecilan sahaja dan beliau hanya menjemput jiran-jiran
dan saudara-mara terdekat sahaja.  Oleh kerana antara kami
berdua bagaikan ada satu ikatan yang hanya Allah Yang Tahu,
Kak Nanie turut menjemputku ke majlis tersebut.
Terima kasih Kak atas kasih-sayangmu.
Aku dan suami tiba saat pengantin sedang meriah
bergambar di pelamin.  Selain dari Kak Nanie
dan suaminya Abang Bob serta anak-anak mereka,
aku memang tidak mengenali tetamu yang lain.
Cantiknya Nonoy di atas pelamin.  Sangat sepadan
dengan suaminya En Meor.  Sekali imbas, Nonoy
kelihatan persis pelakon Tasha Shila tapi bagi aku,
Nonoy jauh lebih cantik dari TS. Semoga Allah SWT
merahmati pasangan pengantin ini dan memberi
kebahagiaan kepada mereka berdua selamanya.
Majlis yang ringkas dengan hidangan yang juga
ringkas tapi enak.  Seperti biasa, aku akan
mengambil makanan hanya yang aku fikir
boleh aku makan sehingga habis.  Sentiasa
sematkan di fikiran bahawa 'membazir itu
amalan syaitan...
Walaupun ringkas, buah tangan yang disediakan sangat menarik.
Dodol yang dibungkus kecil dalam bekas kaca berhias reben.

Untuk Kak Nanie  (dan Abang Bob juga), semoga menantu baru ini adalah 'menantu dari syurga' seperti yang akak dan abang harap dan doakan.  InsyaAllah, Nonoy dan suaminya akan membawa sinar kebahagian dalam keluarga akak dan abang. Didoakan juga semoga kesihatan akak dan abang akan bertambah baik dan dapat menikmati kehidupan seterusnya dengan lebih ceria.

Untuk Nonoy dan suami, semoga Allah SWT merahmati kalian dengan limpah kurnianya yang bukan sedikit.  DikurniakanNya dengan cahayamata penyejuk jiwa dan berbahagia bersama buat selamanya...

10 ulasan:

  1. Tahniah kak nanie..selamat pengantin baru buat pasangan pengantin

    BalasPadam
  2. KAlaua ada rezeki anak saya ditemukan Jodoh..saya pun nak majlis seringkas yg boleh kak..Tahniah buat pengatin..semoga kekal bahagia hingga keakhir hayat mereka...

    BalasPadam
  3. oooooo kakcik kwn mak kak peej rupanya....hehe..geng2 blogger jugak ekeke

    BalasPadam
  4. kak cik saya x leh tgk gambar tu... huhuhu sedihnya..

    BalasPadam
  5. Semoga kedua-dua mempelai kekal bahagia hingga ke jannah...

    BalasPadam
  6. Smg bahagia hgga ke jannah buat pengantin

    BalasPadam
  7. Cantik pengantin! Selamat pengantin baru buat mereka berdua. Kahwin ni yang penting akad nikahnya. Lain-lain tak buat takpa. Tapi dah jadi adat kitakan, kak...kalau tak buat gempak-gempak 7hari7malam, memang tak best!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com