Kawan-kawan kakcik

Selasa, 10 Februari 2015

Selamat ulangtahun kelahiran ke 55 buat En Suami...

Kek yang dibeli oleh anak menantu beberapa 
hari lalu.  Tak sempat hendak ambil gambar dah
kena potong dulu...
Gambar hiasan - bersama Wan Wala di KLIA2
sewaktu menanti penerbangan ke Kota Kinabalu.
Adakah En Suami kelihatan sebagai seorang lelaki
yang akan berusia 55 tahun beberapa bulan lagi
ketika ini?


Kami telah bersama untuk lebihkurang separuh dari usianya.
Dia kawan, dia sahabat, dia suami, dia ayah kepada anak-anakku.
Aku doakan sempena hari ulangtahun kelahirannya yang ke 55
pada hari ini (10/2/2015), semoga Allah SWT mengurniakannya
dengan segala kebaikan dan keberkatan hidup.  Disihatkan tubuh
badannya dan dimakbulkan doa serta impiannya untuk menunaikan
rukun Islam ke 5 pada tahun ini. 

18 ulasan:

  1. Alhamdulillah...

    selamat harijadi kepada en. suami KC Seroja...muda lagi dari bunda...hehe...

    BalasPadam
  2. insha Allah ... semoga impian dan doanya dimakbulkan dan semoga berbahagia bersama hingga akhirnya ... aaamin .

    BalasPadam
  3. HB utk hubby kakcik, semoga ALLAH permudahkan urusannya, suami kaknoor semalam birthday umur pun sama jugak tu, dah umur pencen kan tak muda lagi..

    BalasPadam
  4. Selamat hari lahir untuk suami akak, tak macam 55 tahun la kak cik hehe

    BalasPadam
  5. Abang kakak semalam kakcik. Tapi abang kakak dah 58 tahun. Dah ramai cucu pun:)

    Selamat ulangtahun dari kakak dan keluarga moga terus mendapat limpahan rahmat & kebahagiaan.

    BalasPadam
  6. selamat ulang thun buat somi kak cik semoga berbahagia selalu dan berjaya dunia dan akhirat.....

    BalasPadam
  7. suami kakcik sama tahun lahir ngn abah dana, abah pun 55tahun jgk tahun nih

    suami kakcik nmpak muda tak gaya dh 55 thn... selamat hari lahir utk suami kakcik, moga diberikan kesihatan yg baik n dipanjangkan usia

    BalasPadam
  8. selamat ulang tahun abgchik..semoga dberi kesihatan dan kekuatan untuk mengerjakan rukun islam ke 5..insyallah ..amin..

    BalasPadam
  9. Selamat hari lahir ke-55 buat encik suami Kakcik.

    Umur 55 tahun tu masih dikira muda bagi seorang lelaki, nampak tampang suami Kakcik pun tak dimakan usia dan masih gagah... Teringat aruah bapa saya, masa usia dia 55 tahun seusia suami Kakcik, emak lahirkan anak ke-5 mereka, usia 57 tahun emak lahirkan anak ke-6, kemudian emak lahirkan anak lagi seterusnya.. seterusnya.. seterusnya hingga pada usia 63 tahun lahirlah adik bongsu saya (anak ke-9 bapa dan mak saya)....

    BalasPadam
  10. selamat ulang tahun kelahiran abg chik ..... semoga murah rezeki dan panjang umur !!

    BalasPadam
  11. Selamat ulangtahun yang ke-55 buat suami, Kakcik. Moga dikurniakan dengan kesihatan yang baik, hati yang gembira, dan keluarga yang bahagia selalu. Semoga hajat nak menunaikan rukun Islam ke-5 akan kesampaian tahun ni :)

    BalasPadam
  12. Wow.....hensemlah KC dgn spek hitam hihi.....
    Hepy Bezday jugak untuk Encik Suami....moga makbullah doa seorang isteri. Hubby kita pun 15 hb ni KC...

    BalasPadam
  13. Setiap tahun umur kita bertambah anggkanya. Selamat harijadi kepada Encik Suami semuga dilimpahi dengan rahmat dan kesejahteraan buat Encik Suami dan Kakcik.

    BalasPadam
  14. happy birrthday to him...
    55 pun nampak masih bertenaga...
    Atok bergaya katanya... hehehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com