....pagi tadi aku keluar awal dari rumah seolah-olah nak pergi kerja. Jam 7.00 pagi, jalan di Kampung Pandan sesak dengan pelbagai kenderaan.
Adalah membuatkan hati dan perut ini menjadi kecut bila melihat bapa-bapa dan ada juga ibu yang menunggang motorsikal mencelah-celah antara kereta dan bas. Kalau mereka sahaja, mungkin hati dan perut ini tak kecut sangat. Tapi mereka membawa anak-anak yang berseragam sekolah. Ada sekolah menengah, ada sekolah rendah. Anak-anak itu hampir kesemua yang aku lihat, tidak memakai topi keledar. Keras sangatkah kepala anak-anak itu pada pandangan ibubapa mereka?
Sudahlah tidak bertopi keledar, ibubapa pula bawa motorsikal macam jalanraya mereka yang punya atau mereka tidak nampak kenderaan-kenderaan besar yang ada sama?
Aku tidak berhajat merakamkan gambar kerana nanti disalaherti pula. Ada yang kata, kalau hendak menegur, jangan sebarkan aib mereka. Betullah juga tu. Cukuplah aku menegur melalui tulisan secara umum sahaja. Kalau ada yang terasa, mudah-mudahan ada manfaat tulisan ini.
Sayangkan anak keselamatan mereka diutamakan (jangan rotan-rotankan, nanti masuk penjara)...
saya paling takut tgk motor cilok2 kak...huhuhu
BalasPadamlumrah dah tu kak cik... semoga anak-anak ini sentiasa di dalam lindungan Allah swt.. amin.
BalasPadamSenario setiap pagi yg selalu kakak jumpa bila hantar anak kakak ke sekolah tiap pagi kakcik. Memang kecut perut.
BalasPadamsemoga anak2 dalam lindungan allah s.w,t
BalasPadamOrang malaysia kak.. selagi tak kena, selagi tak eksiden, selagi itulah kebaljan diri
BalasPadamsetuju sangat. kata sayang, tapi langkah berjaga-jaga tak ambil peduli,
BalasPadamnanti bila dah jadi mulalah salahkan takdir.
semalam lihat ada seorang ibu memandu dengan anak di atas pangkuan.
alahai mungkinlah nak pergi sejengkal tanah je, tapi nanti kalau jadi papehal baru nak menyesal?
haish.
beringat sebelum kena, kan kak cik? :)
iye mak..kat akleh tu bersepah setiap pagi.....
BalasPadamSy yg bawa keta tp TAKUT ngan pemandu motor.. huhu.. mmg kekadang membahaya sgt cara diorg bawa motor dijalan raya.. huhu
BalasPadamkesian...
BalasPadamTakut dengar. Alangkan pakai helmet pun blh pecah kepala ... Huhu
BalasPadamDorang ni terlampau berani keluar simpang tanpa memikirkan keselamatan diri.
BalasPadamDah banyak kali saya terkena.. eemm.. andai saya terleka dah tentu berlakunya kemalangan..
Nauzubillah.. jauhkanlah..
setuju kak.. sekarang hantar aqil ke sekolah selalu nampak kelibat ibu bapa yang bawak motor.. risau sungguh tengok..
BalasPadamsalam kakcik, kebanyakan orang kita mmg selalu amik ringan bab keselamatan anak2 ni..sy pun selalu ngeri tgk anak2 yg membonceng motor..macam2 gaya naik motor, yg tak pakai helmet-nya, yg merempit lajunya, yg letak anak kecil dlm bakul, yang tukang bawak motornya sambil merokok atau memegang handphone...selagi tak jadi apa2 kat batang hidung sendiri, mmg biasanya dorang tak endah/tak amik pengajaran daripada kemalangan2 yang pernah berlaku :(
BalasPadamsaya memang trauma org naik motor hew hew..
BalasPadamassalamualaikum kakcik..betul tu kekadang bila ternampak penunggang motosikal yg membawa anak2 mereka menaiki motor rasa cuak pulak...kita yg kat dlm kereta yg terasa takutnya...:)
BalasPadamDi negara bergolak, kebanyakan kematian akibat peperangan, di negara kita kebanyakan kematian akibat peperangan antara kenderaan atas jalan raya...
BalasPadamBetul la kakcik..PC pun hari hari melihat situasi yang sama..sewajarnya ibu bapa lebih prihatinlah..
BalasPadamapa khabar kakcik...arap sihat hendaknya..
BalasPadamayat yang last tu berbisa..pedas dan panas..huhuhu
Alhamdulillah Yan, kakcik sihat. Doakan kakcik ya...
PadamMudah2an perjalanan kakcik hujung minggu ini dilimpahi rahmat Ilahi...
Betul la tu. Kena sentiasa beringat.
BalasPadamdana paling kecut perut kalu ada moto mencilok2 kakcik, sbb fkrkan kalu kite tersenggol dia skit pun msti dia jatuh, kadang2 mmg ada yg pakai cilok je...
BalasPadamhurm.. tu lah akak.. ada yang duduk kat tengah2.. kereta yang kat belakang terpaksa mengekor je la... dok tgk ramai org perempuan terutamanya mak2 tak suka pakai topi keledar jika dibandingkan dengan ayah2
BalasPadamada tu plak, time hujan pun bw laju2 x sedar agk nyer ada anak kt blkg
BalasPadamSaya bab memandu yang paling tak suka apabila membabitkan penunggang motorsikal. Bukan semualah tapi sesetengah daripada mereka seperti tak sayang nyawa, main mencilok ikut sedap. Kita cuba mengelak tapi kalau dah takdir terlanggar, kita juga yang dipersalahkan semua pihak. Pernah tengok dalam minggu ni si bapa bawa motor meniti atas pembahagi jalan, hampir nak jatuh motornya. Ada dua anak bersama, dua-dua sekolah rendah (tengok dari pakaian seragam), satu di depan, satu lagi di belakang. Kalau jatuh, tidakkah naya nasib anak-anak tu? Kena fikir elok-elok, malang memang tak berbau!
BalasPadam