Beliau berkata, penangguhan itu juga membolehkan program itu dikaji semula dan tambah baik dilakukan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Khas Perkembangan Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sekiranya latihan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) ini tiada 'pulangannya' dan hanya diadakan untuk memastikan kelangsungan 'urusniaga' pihak-pihak tertentu, mungkin ianya lebih baik dimansuhkan sahaja.

Selepas bertahun-tahun ia dijalankan untuk anak-anak lepasan SPM (atau tepatnya untuk mereka yang berusia selepas 17 tahun walaupun mereka tidak bersekolah atau sudah berkahwin), setakat ini apakah 'kejayaan yang benar-benar boleh dibanggakan' hasil dari program tersebut?.

Mungkin mereka yang terlibat secara langsung dalam program ini ada jawapannya dan boleh memberikan statistik yang tepat.  Yang pasti, anakku yang sepatutnya pergi pada bulan Disember lalu terpaksa ditangguhkan atas nasihat doktor kerana perlu mengulangi rawatan demi rawatan...