Kawan-kawan kakcik

Rabu, 21 Januari 2015

Jalan-jalan melawat kawasan...

Redup sahaja jalan masuk ke sini - 
Kg. Mendom,  Lenggeng, Negeri Sembilan

Kebun nangka milik kawan En. Suami ini
seluas 8 ekar dan ada 700 pokok nangka di sini.
Cuaca adalah sangat panas dan berangin.


Nampak tak apa yang ada di pokok limau ini?
Tu diaaaa... bukan main sihat lagi dia.
Sebiji nangka yang sudah boleh dimakan isinya.
Masih mengkal...dan kerana masalah rahang
yang masih sakit, aku agak sukar hendak mengunyahnya.
Ke kebun sayur milik kawan yang sama pula.
Ini adalah kangkung yang tumbuh meliar...
...dan ini pula kangkung yang ditanam serta
sudah dituai untuk dijual...
...model kangkung...
...merangkap model nangka!
20 pokok anak pohon kurma yang dibeli dari
Thailand.  Kebun sayur kawan ini pula seluas
6 ekar dan beliau menanam antaranya kangkung,
bayam, sawi dan cili...

16 ulasan:

  1. hahahahhaa...Abang Bob!
    Tapi topi nya cun la! :P

    Ulat tu....kaya dgn protein tau kakcik...bahahaha

    BalasPadam
  2. Oh ya, saya ada terbaca juga pasal pokok kurma Siam tu..pelik jugak saya, macam mana dan sejak bila Thailand ada padang pasir? :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurma sekarang dah tak perlukan padang pasir kot...macam kat Kota Bharu tu...subur pokoknya dan banyak buahnya seperti yang dihebahkan tahun lepas... :)

      Padam
  3. Syoknya akk dah bersara. Peace of mind kan kak

    BalasPadam
  4. Saya suka nangka.. cuma setiap kali makan nangka teringat kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang!!

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kakcik seroja.. salam perkenalan... sedapnya nampak nangka tu... tgh mencari2 jugak nie blm dpt... T_T.. kakcik jemput singgah blog eija :)

    BalasPadam
  6. Nangka tu yang paling menarik perhatian saya... Kadang2 ada juga jual kat Bradford ni.... Walau mahal sikit, pejam mata aje lah sebab teringin punya pasal :)

    BalasPadam
  7. seronoknya hasil kebun, bila lalu Lenggeng ni teringat kat blogger Zila, memmet lenggeng tu hehe :)

    BalasPadam
  8. syoknya pgi melawat kebun, sy plg geramm tengok nangka tu...besau! hehe

    salam ukhwah kcik :)

    BalasPadam
  9. Bestlaaa kakcik ni
    Makin pencen makin kerap melawat kawasan...

    BalasPadam
  10. sesekali segar mta melihat hijau..

    BalasPadam
  11. Siapa kata Malaysia tidak cantik? Tengok tu gambar pemandangan sangat cantik kan Kakcik. Ada pula pengusahawan bumiputera gigih jadi pekebun moden. Syabas bangsa ku! Terima kasih Kakcik beri pengetahuan kepada kami di rantauan. Oh ya.. Mak Long tanam kangkong, rupa2nya rusa pun suka makan sayur kangkong..

    BalasPadam
  12. Bestnya ada kebun. Wah, kalau HD nampak ni memang dia ajak saya lari-lari keliling pokok macam dalam filem Hindustan. Bila dah penat, bolehlah makan hasil tuaian. Hahaha!

    BalasPadam
  13. Salam Kak Chik...

    cerita pasal nangka kan... mengingatkan saya ketika satu lawatan kerja ke Bangladesh dulu dulu... diorang bagi makan daun dan jerami nangka kepada lembu peliharaan diorang sekali ngan kulit2 nangka tu... hasilnya lembu diorang gemuk dan susu banyak... mungkin kawan Kak Chik tu boleh start usahakan bela lembu lepas ada kebuh nangka tu... sedap dan manis jerami dan daun nangka untuk lembu agaknya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.