Kawan-kawan kakcik

Isnin, 15 Disember 2014

Sekolah akan dibuka semula...

...pejam celik pejam celik, lebihkurang 3 minggu sahaja lagi sekolah akan dibuka semula untuk sessi 2015.  3 minggu itu sebenarnya tak lama. 16 hari lagi - kalau masih ada usia, kita akan melangkah ke 2015.

Sebut tentang sekolah akan dibuka, pasti ada keluhan dari ibubapa. Jangan cerita tentang mereka yang 'berada' - tiada kesannya untuk mereka walaupun ada lima anak yang akan bersekolah semula. Yang mampu - akan beli serba serbi baru.  Yang kurang mampu, mungkin akan menambah mana yang perlu.  Yang langsung tak mampu, selagi boleh guna, guna sahaja yang mana ada dulu.

Benarlah, buku teks akan diberi pinjaman secara percuma.  Tapi buku-buku lain?  Dengan buku latihan, dengan buku tulis, dengan alat tulis, dengan yuran PIBG dan dengan pelbagai lagi 'keperluan yang tersembunyi'.  Diwajibkan murid menyertai pasukan berpakaian seragam dan pastinya pakaian seragam itu kena dibeli. Kalau pandai mencari, mungkin boleh dapat yang murah walaupun kurang berkualiti.  Tak mengapalah, janji boleh dipakai.  Lagipun mungkin pakai seminggu sekali sahaja.

Beg sekolah pun kena beli yang murah.  Risikonya?  bersedia untuk beli lagi atau jahit atau simpul bila koyak.  Buku sekolah beratnya berkilo.  Datanglah menteri bawa alat penimbang, kononnya untuk mencari penyelesaian - tapi walhasil balik asal, tiada juga kesudahannya...

Kalau sekolah dekat, boleh pergi balik berjalan kaki sahaja.  Ada juga risikonya.  Tahun lepas, untuk sepanjang tahun aku membeli tiga pasang kasut untuk Budak Sepet.  Bukan beli sekaligus.  Tapi dibeli bila kasut yang dipakainya sudah berlubang tapaknya. Sepasang kasut lebihkurang RM30.00.  Zaman aku dulu, dapat pakai kasut jenama Fung Keong yang berharga RM7.00 sepasang sudah bukan main bangga!

Bayaran van atau bas sekolah sudah berapa sekarang?  Sama ada naik sehala atau dua hala, bayarannya tetap sama.  Mahu?  Sila naik dan bayar.  Tak mahu? carilah 'jalan' sendiri.  Ada ibubapa sanggup berulangalik dari pejabat ke sekolah anak demi menghantar/mengambil anak.  Percuma ke?  Pastinya tidak bila diambilkira minyak kenderaan (mungkin tol juga) yang digunakan. Waktu kerja ibubapa juga terpaksa 'dicuri'.

Mudah-mudahan anak-anak yang akan masuk semula ke sekolah - tak kiralah untuk tahun pertama atau tahun ke berapa akan menjadi anak-anak yang mengenang jasa dan faham akan tanggungjawab yang dipikul oleh orangtua mereka.

22 ulasan:

  1. betul kakcik, sebagai parents tanggungjawab kita menyediakan segalanyer demi pendidikan anak2, pun mengahrapkan yg terbaik dari mereke juga kan ! TQ ke blog KA even dah lama x menjenguk ke sini yer ..

    BalasPadam
  2. Anak kakak dah makin besar dan tahu susah cari duit. Adik kata beg sekolah kebangsaan masih elok dia tak perlu beli baru. Tapi baju memang kena beli, cuma nasib baik kakak jahit sendiri semuanya.. Lain tetap kena beli juga kakcik..

    BalasPadam
  3. Kejap jer dah nak bukak sekolah. Persiapan skolah apa pon tak beli lagi mak. Tunggu gaji masuk dulu sbb keismas ni dpt gaji awal.

    Double gak nak pakai duit ni mak sbb anak kedua tu nak masuk tadika. Tadika skang pon bukannya murah, Nak masuk kemas, memang tak lepas sbb tgk gaji parents.,,huhuhu...

    BalasPadam
  4. tul tu kak cik,, pejam celik pejam celik dah buka sekolah semula,, anak saya baru masuk darjah 2 tapi semuanya kena beli baru sebab anak saya lasak, bag sekolah pagi patah strollernya n x blh baiki, bag sekolah petang dah putus,, kasut mmg kena beli apatah lagi baju,, tahun lepas mmg x boleh guna sebab dah kuning dia wat main lumpur tepi sekolah,, mmg terasa bila sekolah nak buka ni,, stationary thn lps langsung x nampak hihihi,,,

    BalasPadam
  5. Letih nya kak bila sekolah dah buka nanti.

    BalasPadam
  6. Bila sekolah dah mula..akak pun kena la awal pagi pi kerja jalan jem..sebab lalu depan sekolah
    ..sementara permohonan pencen diluluskan kak cik..setakat ini permohonan akak belum dijawab lagi..sabar menunggu

    BalasPadam
  7. skrg bayaran yuran sekolah naik mencanak2 mcm apa, blum kira buku tulis, baju sekolah itu lah ini lah kadang ntah apa2... bayangkan sekolah rendah je dh sampai rm200 camne ngn yg sekolah menengah... nsb lah tinggal sorang je adik yg sekolah menengah, yg kt poli tuh boleh la kami kongsi2 bg duit... jg tak terbeban sgt lah abah kene tanggung semua...

    BalasPadam
  8. Betul tu kak cik..pejam celik pejam celik dah nak habis cuti sekolah.. saya minggu depan baru nak cari barang sekolah mereka ni..

    BalasPadam
  9. kakcik...insan marhaen mcm saya ni tak kemana2 pun cuti sekolah...simpan duit utk sediakan segala kelengkapan nnt..

    BalasPadam
  10. Bila sekolah nak buka. Kena fikir bajet untuk anak-anak pula. Semoga dimudahkan urusan kita semua.

    BalasPadam
  11. Kos Sara Hidup semakin meningkat sekarang ini.

    BalasPadam
  12. anak eda baru nak masuk dajah 1 ni pon dh rase tempiasnye.. tahun lepas ambil die kat skolah je.. start tahun depan kene amek kat skoleh dan hantar amek ke sekolah agama juge.. mak pon double keje..

    BalasPadam
  13. tu la..mahal gila beg sekolah sekarang..sampai seratus pun ada.huhu...kena rajin mencari la sebab ada jugak kedai yang murah tapi kualiti sama je....murah pun setakat beza harga 10,20 ringgit je..hahah...nak buat cemana..kena beli la..siapa yang beg sekolah tahun lepas boleh guna lagi boleh la beli yang murah je tahun ni..untuk gilir2 pakai..tak la cepat rosak..

    BalasPadam
  14. berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung, kan kakcik. nak hantar nak ambil nak hantar ngaji nak hantar koko tuition.....tak habis lagi list ni....

    BalasPadam
  15. ank. zila thun ni byk yg nk kena beli..thun lpas byk yg x beli..mggu depan baru nk mula mencari klngkapan sek.

    BalasPadam
  16. sy pun rs mcm sekejap je bdk2 ni da nk msk sekolah semula

    BalasPadam
  17. Kita sebagai parents memang mahu yang terbaik aje untuk anak-anak. Bukan mengharapkan balasan tapi hHarapan tu memanglah agar anak-anak sekurang-kurangnya mengenang budi bila dah besar nanti. Nasib baik saya ada satu je anak yang naik Tahun 3. Itupun macam-macam juga nak kena beli.

    BalasPadam
  18. bawa beg berat ke sekolah saya sendiri pernah rasa. Memang berat tapi still lagi mampu bawa pergi sekolah naik basikal. Teringat balik macam mana pergi ke sekolah dulu. Bila naik sekolah menengah da masuk hostel dah tak rasa dah naik basikal ke sekolah..

    BalasPadam
  19. Betul KC......budak budak sekarang ni mcm dimuakan pulak rasanya. Asal bukak sekolah semua nak serba baru...Alhamdulilah masih mampu, tak taulah esok lusa...moga Allah berkatkan rezeki kita kan KC

    BalasPadam
  20. Zaman saya dulu pun dah berat, inikan pula zaman Angah nanti. Cucu saya pun 2-3 tahun lagi akan ke tadika sedangkan Angah masih berhutang denga PTPTN ribu-ribu...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com