Kawan-kawan kakcik

Rabu, 3 Disember 2014

Jerebu - kesannya pada kesihatan dan alam sekitar...

(Dalam catatan ini, akan diselangselikan dengan gambar-gambar koleksi peribadi yang pernah diterbitkan dalam blog ini sepanjang beberapa tahun lalu...)

Jerebu - ia bagai sudah tidak memberi apa-apa kesan kepada kehidupan kita di Malaysia ini bila sudah kerapkali terjadi.  Kerana sikap 'tidak apa' kita, tanpa sedar kita menjadi mangsa dalam diam. 'Sudah terantuk baru terngadah' - sudah teruk baharulah nak melatah...


Teluk Intan - 9/7/2011

Teluk Intan - 9/7/2011

Ampang - 11/7/2011
Matahari pun kelihatan 'sakit' apabila jerebu melanda.  Apatah lagi kita manusia biasa yang banyak kelemahannya.  Bagi pengidap athma seperti penulis, jerebu adalah 'musuh' yang mahu tidak mahu terpaksa dihadapi juga.  Hendak keluar bekerja atau hendak ke mana-mana, terpaksa diredah bersama harapan dan doa agar ianya berlalu segera.  

Mahu tidak mahu, pakailah topeng muka.  Tutup hidung dan mulut agar debu yang beterbangan tidak disedut.  Kadangkala bila tidak tertahan, hospital juga jadi tumpuan.  Ambil gas (nebulizer) atau masuk wad.  Bila jerebu melanda, pesakit yang datang ke hospital pun jadi berganda.

Kuala Lumpur - 15/8/2012

Kuala Lumpur 15/8/2012
Bila jerebu sangat teruk, alam sekitar pun jadi kelam.  Jarak pandangan jadi terhad.  Impak yang lebih besar, ia mungkin sahaja menjejaskan jumlah kedatangan pelancong ke negara kita.  Bila ini terjadi, pendapatan negara mungkin akan berkurangan.  

Bukan itu sahaja, bangunan-bangunan pencakar langit turut diselaputi debu.  Untuk itu, ia perlu dibersihkan dan 'perbelanjaan luar jangka' mungkin terpaksa dikeluarkan untuk mengupah kontarktor pembersihan.  Bila jerebu terlalu tebal, penerbangan juga banyak yang terpaksa dijadualkan semula. Bila penerbangan tertunda, urusan mereka yang perlu disegerakan pun akan turut menerima kesan.

Begitu juga dengan aktiviti sukan, banyak yang terjejas bila latihan mahupun kejohanan tidak dapat dijalankan.  Anak-anak sekolah juga ada yang terpaksa dicutikan bila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap merbahaya.

Melaka - 23/6//2013

Melaka - 23/6/2013

Melaka (dari Menara Taming Sari) - 26/6/2013


Punca utama terjadinya fenomena jerebu ini adalah kerana pembakaran yang dilakukan secara terbuka.  Di Indonesia, pembersihan hutan dilakukan dengan cara pembakaran terbuka. Kesan dari pembakaran itu bukan sahaja meliputi kawasan yang dibakar, malah ia merebak hingga ke negara-negara berdekatan.

Selain itu, asap dari kenderaan dan asap dari kilang-kilang juga menjadi antara penyumbang kepada kejadian jerebu. Bilamana terlalu banyak asap dikeluarkan dan ia mengapung dan bersatu di udara, maka bersedialah kita untuk 'duduk di bawah payung jerebu' yang tidak berkesudahan.

Masalah tidak akan selesai dengan hanya duduk di meja perbincangan atau di forum-forum jika tiada tindakan atau jalan penyelesaian.  Pemimpin dan masyarakat harus berganding bahu mencari penyelesaiannya.  Sekiranya sudah ada jalan penyelesaian, tindakan tidak harus ditangguhkan lagi.

Jangan tangisi apa yang hilang jika kita tidak berusaha untuk menghalang.

6 ulasan:

  1. dunia dh makin tenat... pencemaran ada di mana2

    BalasPadam
  2. mata saya memang sangat2 tak tahan.. mesti pedih. then kepala mesti sakit.. need fresh air je.. tu yg main duk rumah je... duduk dalam aircond.. lagi selesa..

    BalasPadam
  3. Tak tahanlah kak sedut habuk!Jerebu yang terbaru sekali melanda KL ni saya rasa macam nak pitam. Sakit kepala. Penglihatan pun kabur. Kesian tengok anak-anak.

    BalasPadam
  4. sama sama lah kita jaga kesihatan diri kite kan kak...

    BalasPadam
  5. saya pening kalau jerebu datang....uhukkkkk

    BalasPadam
  6. tahap kesihatan warga tua dan kanank-kanak amat terjejas dgn cuaca berjerebu. kemana nak cari udara bersih..kalau seluruh negara di landa jerebu.
    betul kakcik..kalau setakat bincang cari penyelesaian..tanpa tindakan.macam sembang kedai kopilaa..sampai bergegar meja..pastu penat, balik rumah tidor..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com