Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 22 November 2014

Bilis dan sardin bukan lagi makanan si miskin...

...kecuali kalau boleh makan bilis itu seekor sehari atau sardin itu tahan seminggu selepas dimasak kerana dimakan sesudu sehari...

Ikan bilis sekilo RM65.00 (paling murah untuk kategori
'elok dan lembut' yang kujumpa hari ini) - beli 250gram sahaja.
Di Teluk Intan harganya lebih murah tapi berapa pula
yang perlu dibayar untuk minyak kereta dan tol...

Sardin itu pula sudah lebih RM7.00 setin...

36 ulasan:

  1. mmg dah mahal sardin cap ayam ini, tin kecil pun dah rm3 lebih....tapi cap ayam tu jgak yg paling sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, sardin lain murah pun taklah semurah mana dan rasanya kurang sikit...

      Padam
  2. Betul tu Kakcik. Ikan bilis pun mahal sekarang ni. Pernah beli ikan bilis, RM40 sekilo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di tempat kakcik beli ikan bilis tu, tak jumpa harga RM40/kg...

      Kalau ada pun mungkin yang keras, liat dan warnanya kehitaman. :(

      Padam
  3. Ye mak.. Kat sini jmp kat pasar borong rm55 sekilo. Beli 1/2 kilo kena rembat ngan kucing jiran apa x meroyan saya mak.. Hahaha

    Mmg mahal, lg putih lagi mahal. Sardin mmg lah tekak xmo brand lain. Anak ramai mana lah cukup setin. Makanya.. Lbh mahal dr masak ayam klu lauk sardin kat umah saya mak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat rumah mak ni, ayam dah tak berapa 'laku'. Mungkin anak-anak dah jemu makan ayam tak sudah2 dulu...

      Padam
  4. Saya jarang beli ikan bilis.. tapi sesekali beli mesti beli byk utk buat stok. Sardin cap ayam jugak yang paling sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pun beli buat stok. Tapi bila dah mahal sangat, berkira-kira hendak membelinya...

      Padam
  5. sardin ayam brand memang sedap tapi mahal kalah ikan fresh

    BalasPadam
  6. Benar tu kakcik
    Ikan bilis gred yg terbaek yg siap dikopek mmg rm60 sekilo...
    Lagi murah dari ayam...
    Sardin pun yg terbaek juga setin mahal juga...
    Memang ikanbilis bukan lagi lauk org yg berpendapatan rendah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik 'jumpa' ikan bilis yang dijual dengan harga RM85/kg...huhuhu... Memang tak beli pun...

      Padam
    2. KT kijal. Kemaman..klu Muslim ikan..Dan jge bilis...bilis murah la rm22/1kg..dulu2 lg murah 18/1kg...coma saiz bilis besar...tp fresh

      Padam
    3. Kalau kakcik ke sana dan jumpa bilis 'cantik' dengan harga murah, mau kakcik borong berkilo2... :)

      Padam
  7. kalau amik nasi berlauk sardin pun harganya dah sama macam amik ayam. patut la sandwich sardin roti sepasang pun dah harga rm3.50 sekarang. lepas subsidi ron95 ditarik balik nanti taktau la harganya akan jadi berapa pula. wuwuwu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sandwich sepasang tu sebenarnya dari dua keping roti (sekeping potong 2 - jadi satu sandwich - sepasang maknanya dua, kan?) letak sayur sikit, sardin sikit - RM3.50? Jom kita berniaga sandwich - kita jual dengan harag RM3.00... ;-)

      Padam
  8. Nanti Ahmad Maslan cakap " tak suka harga bilis kat KL, pindah la ke Teluk Intan ! "

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kalau kita cakap Menteri ba alif nga nga dan bercakap tak guna otak, depa marah pulak... :(

      Padam
  9. Betul kak.. memang dah mahal harga sekarang.. tak tau orang yang berpendapatan tak seberapa makan lauk apa. Nak-nak yang anak ramai tu.. kesian..


    Jom singgah sini http://www.cintavitamin.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapalah... tingkatkan usaha, InsyaAllah adalah rezeki kita...

      Padam
  10. kak cik asal Teluk Intan ke?? kampung halaman ana tu, baru buat entri tentang menara condong, memang betul mahal sangat ikan bilis sekarang ni, sardin pun sama, ana ni kak cik kalau sardin yg boleh makan Kingcup dengan cap ayam je..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kampung asal suami kakcik. Kakcik berasal dari Kuala Kangsar. :)

      Padam
  11. Saya dah lama tak makan sardin.. takut kena gout sebab beberapa tahun lepas pernah kena...sakit sangat...serik! Ikan bilis pun boleh sebabkan gout juga, juga tak elok utk pesakit darah tinggi. Lebih baik cari sumber makanan lain yang lebih murah dan kurang risiko....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul....pesakit gout kena elakkan dari makan bilis dan sardin...

      Padam
  12. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    BalasPadam
  13. satu lagi kakchik..mee segera..mahai dah sekarang..heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul....

      begitu juga dengan roti krim (contohnya gardenia). Dulu hanya 60 sen, sekarang dah 80 sen dan saiznya pun makin kecil...:(

      Padam
  14. saya tak tau harga ikan bilis sebegitu mahal sbb biasa beli utk sekali dua masak ja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat mahal harganya sekarang...

      Kalau kebetulan kakcik ke mana-mana ikut suami dan jumpa ikan bilis yang elok dan murah, memang kakcik akan beli banyak...

      Padam
  15. xada yang murah skrg kakcik.....duit kluar mcm air paip...bukan main laju....ptg smlm pergi beli jajan utk bekalan 2org ank kat u tu si ibu dh tergamam.....rm250 ...tu pun ambil maggie n biskut2 je..kira dah pilih2 yang tak berjenama...emmmmmm......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Z, kadangkala kakcik rasa 'takut' hendak ke pasaraya kalau duit tidak berapa ada... :(

      Padam
  16. baru mkn sardin td..haha..beli yg kecik ajo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang bujang boleh beli yang kecil, tapi kalau anak ramai - susah juga...

      Padam
  17. Nasib baiklah kat rumah saya jarang guna ikan bilis ni. Kalau beli pun paling tidak 200g je. Bab sardin tu saya setuju. Rumah saya memang stok sardin sentiasa ada, paling tidak 4 tin sebulan (budget makan sardin buat cicah apa-apa seminggu sekali) Tengok-tengok dah RM7.90 satu tin besar tu. Yang kecil pun mahal juga. Sekarang ni kak, orang miskin patut makan apa yek?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com