Kawan-kawan kakcik

Isnin, 27 Oktober 2014

Pantun berkait...

jalan bersama dengan Cik Zaiton
tengahmalam belumlah pulang
sudah lama tidak berpantun
rupanya ilham sukar nak datang

tengahmalam belumlah pulang
makan laksa bercili padi
rupanya ilham sukar nak datang
dipaksa-paksa tidak menjadi

makan laksa bercili padi
pedasnya sukar hendak digambar
dipaksa-paksa tidak menjadi
apa terlakar kelihatan hambar

pedasnya sukar hendak digambar
hinggakan perut turut meragam
apa terlakar kelihatan hambar
berkerut wajah masih tak faham

hinggakan perut turut meragam
ke bilik air melepas hajat
berkerut wajah masih tak faham
tinggalkan gelanggang marilah berehat...

sedapnya kalau dapat makan laksa...


7 ulasan:

  1. harum semerbak kuah laksa
    kuah dimasak oleh si nyonya
    idea datang tanpa dipaksa
    kalau dipaksa senak jadinya

    BalasPadam
  2. sedapnya makan laksa .. kena tambah cendol lagi ummph..

    BalasPadam
  3. Dua tiga kucing berlari,
    Kenapa ilham tadak mari?

    BalasPadam
  4. pandai kakcik berpantun ye..saya ni pantun budak2 boleh la..heheheh

    BalasPadam
  5. Ke Bilik Air Melepas Hajat
    Hajat Terlepas Leganya Hati
    Jika Dipaksa Hati Terasa Berat
    Biarkan Ilham datang sendiri

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.