Kawan-kawan kakcik

Isnin, 27 Oktober 2014

Kasihan sangat blogku ini...

...walaupun tuannya dah pencen tapi tetaplah ia bagai terabai juga...

Konon hendak 'berblog bersungguh-sungguh' (berblog bersungguh-sungguh tu, macamana gayanya pun tak tahulah...).  Hendak tarik perhatian pembaca dengan catatan-catatan yang berfaedah.  Hendak perkenalkan melalui facebook.  Tapi sudahnya, macam pungguk rindukan bulan.  Tak ada faedah langsung!

Lainlah kalau aku ini blogger 'fofuler' atau sangat dikenali, tulis tentang kucing berak depan rumah pun akan berduyun-duyun orang baca dan tinggalkan komen, kan?  

Berkali-kalilah terfikir sama ada hendak peribadikan (private) sahaja blog ini, tapi buat apa pula kan?  Tak diperibadikan pun orang tak singgah, kenapa susah-susah nak diperibadikan... hehehe... dasar perasan!

Tapi sebenarnya tujuan menulis blog ini dahulu untuk apa?  Untuk jadi popular ke?  Untuk menjana pendapatan ke?  Tidaklah.  Masa itu hanya terfikir untuk meluahkan sahaja apa yang terbuku di jiwa. Hendak bercerita dengan orang, bukan orang sentiasa suka hendak mendengar cerita kita.  Ceritakan sahaja di ruang terbuka.  Kalau ada yang hendak membaca, bacalah...

Tapi bila sudah ada yang membaca, kena berhati-hatilah pula.  Jangan sampai membuka pekung di dada.  Jangan sampai terselak segala kudis buta...

Eh... dah mengarut apa ni?

Jom solat Zuhur.  Sudah masuk waktu bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...

12 ulasan:

  1. Samala saya ni pun kakcik... Ade rase nak update saya update kalau tak... Terbiar jer pun...kekadang malu pulak dgn kawan2 yg rajin singgah...

    BalasPadam
  2. hehehe... KA pun terlajak busy lah ni kakcik.. ad masa jenguk2lah blog N jgk blog kawan2 hehehe

    BalasPadam
  3. kan mak kan..dulu blog takat nak luah-luah je tapi zaman skrg tak boleh sebarangan luah..nanti mkn diri.

    BalasPadam
  4. sm lah kak..blog sy pn suam2 kuku, kalo x update jwbnye xdelah pembaca huhu.kalo x BW jwbnye merundum trs PV

    BalasPadam
  5. hihihi..takpe kakcik....ambik mood dulu, lagipun baru aja kakcik bersara....nanti start bulan Nov kakcik pulun okeh? :P

    BalasPadam
  6. Masa mula-mula berblog.. rasa bebas meluah rasa.. tapi bila dah ada yang singgah jenguk blog kita, ada perkara yang tidak boleh diluahkan sesuka hati.. tapi bila dah ramai kenalan.. saya suka singgah dan baca tapi ada masa sekadar baca tanpa tinggalkan jejak.. ;)

    BalasPadam
  7. salam kak cik.. betul juga tu, bukan semua org nk dengar masalah dan hal kita. diluah dalam blog jelah

    BalasPadam
  8. berblog utk menulis apa yg rasa dlm hati.
    kadang2 nak diluah berdepan dgn orang, memang tak terluah.
    nak kena tulis juga.
    tapi kenapa kena share dgn orang? kenapa mesti blog?
    sajakan.. mana tau ada orang senasib dan sejiwa dgn kita.. :)

    janganlah tutup blog kakchik, best apa blog kakcik.. :(

    BalasPadam
  9. Kekadang terfikir juga..ada syarat ke nk tulis blog ?
    KY tulis saja apa yg terlintas di hati masa tu..mengikut kesempatsn masa yg ada. Nak jadi fofular? Tak juga..siapa rasa nk baca tulisan KY..silakan. Taksuka..tidak mengapa..hehe
    Jangalah sampai tutup blog kakcik, nanti kurang sorang kawan nk ajak bw..;)

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Kakcik,

    Teruskan berblog. Bagi Mak Long berblog ni bukan hanya untuk sekadar menulis. Secara tidak langsung tulisan kita walau pun tak sedap atau tak bagus, sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan berguna dan menyedarkan kepada pembaca. Mak Long suka baca blog yang Mak Long lawati tidak tertinggal blog Kakcik.

    BalasPadam
  11. sy pon kesian kat blog sy skrang. mmg rasa nak update tiap ari tp .. hehe kekangan masa .

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.