Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 1 Ogos 2014

Surat terbuka untuk Y.Bhg. Tan Sri ...

Assalamu'alaikum Y.Bhg Tan Sri...

Saya tahu, tiada masa pun untuk Tan Sri menjeling surat ini apatah lagi untuk membacanya. Tak mungkin juga ada sesiapa yang ingin atau berani menyampaikan apa yang saya tulis ini ke pengetahuan Tan Sri.

Bagaimanapun, sesuka hati saya, saya ingin menulis apa yang saya lihat dan rasa tentang apa yang terjadi. Tempiasnya terkena juga kepada saya dan anak-anak saya.

Saya tahu, TanSri terlalu sibuk. Syarikat yang Tan Sri miliki bukannya satu, dua mahupun tiga. Saya rasa, kalau berjalan di Kuala Lumpur ini, mesti ada terseradung dengan 'harta' yang Tan Sri miliki. Penguasaan Tan Sri juga mencakupi pelbagai bidang. Kerana itu, tidak hairanlah Tan Sri tersenarai sebagai antara individu terkaya di negara ini.

Walaubagaimanapun, mungkin Tan Sri kena membuat 'pemeriksaan tergempar' terhadap orang-orang kepercayaan Tan Sri. Jangan sampai mereka membuat syarikat kepunyaan Tan Sri seperti syarikat kepunyaan mereka sendiri. Tidak mengapa kalau ia boleh membawa kebaikan dan keuntungan. Tapi kalau sekadar mereka bertindak untuk kepentingan hawa nafsu sendiri dan tidak peduli kepada 'semut-semut kecil yang bertungkus lumus membina sarang untuk kemudahan ratunya', tidak mustahil sarang itu akan runtuh dengan sendirinya.

Dikerah ke sana, diarah ke sini dan kemudian dilempar ke hulu lalu ditarik pula ke hilir, keberkesanan apakah yang mungkin akan terjana? Tidakkah tindakan ke sana sini itu melibatkan kos? Tidakkah ia juga akan menjadikan urusan-urusan yang sepatutnya boleh dilakukan dengan efisyen akan menjadi terbantut gara-gara tindakan seorang dua 'yang lebih sudu dari kuah' bila disuruh bertindak dan membuat keputusan?

Jangan pandang kepada seorang dua yang tidak merasa kesan apa-apa. Tapi pandanglah kepada berapa ramai yang menjadi akar di bawah sana terpaksa menelan segala kepahitan demi hidup yang perlu diteruskan dan suara mereka tiada siapa sudi mendengarkan. Bila akar mereput, pohon yang besar pun akan perlahan-lahan mati dan tumbang berbanding kalau pucuk yang patah, pucuk lain akan tumbuh dan mungkin lebih subur perkembangannya...

Mungkin tiada siapa yang faham apa yang saya cuba sampaikan. Namun setidak-tidaknya saya rasa lega dapat meluahkan sedikit dari gumpalan keresahan di hati dan dada saya.

Wassalam.

17 ulasan:

  1. bersabar ye bonda...at least apa yang terbuku tu,bila diluahkan,hilang la sedikit kesakitan tu..

    BalasPadam
  2. Kalau Tan Sri yang kakcik maksudkan tu baca bagus juga kan..biar dia tahu sikit masalah yg kakcik luahkan

    BalasPadam
  3. Tan Sri tu ada FB/twitter atau media sosial lain tak? Kalau ada elok juga disampaikan terus kepadanya. Teringin juga nak dengar penjelasan fiksyen tak masuk akal mereka....

    BalasPadam
  4. Konpius tapi rasa ingin tahu apa sebenarnya.........

    BalasPadam
  5. Mendalam betul maksudnya ni. Alangkah bagusnya semua Tan Sri di Malaysia ni dapat baca benda ni. Nak tahu jugak apa jawapan mereka ni.

    BalasPadam
  6. Susah juga jadi Tan Sri ni, ya! Itu sebab agaknya Tuhan tak bagi IM jadi Tan Sri.

    Jaga ibu_suri pun dah lebih dari baik!

    BalasPadam
  7. sebagai pemimpin..tak kiralah pemimpin apa pun.. kenalah muhasabah diri juga dengan apa yang kakcik tulis ini..

    BalasPadam
  8. Alangkah bagusnya orang atasan ni amik tau luahan hati rakyatkan.

    BalasPadam
  9. semoga kakcik rasa lega...hilang stress bila dapat meluahkan apa yg terbuku dihati..

    BalasPadam
  10. biarlah kak cik jer yang paham... asalkan apa yang terbuku dapat diluahkan...

    BalasPadam
  11. Sabar Mak...kita doa yg terbaik....sometimes kita perlu luahkan apa yg terbuku di hati....

    BalasPadam
  12. Knapa ni kakcik....harapnya dgn luahan ni dpt mlegakn ati yg terbuku tu ye..

    BalasPadam
  13. harap2 Tan Sri terbaca lah kakcik.. harapan besar tu..

    BalasPadam
  14. hmmm...wlpun x bape paham... tp perasaan kakcik meluahkan kat blog ni..sy faham..hehe

    sebab saya pon suka meluahkan apa yg terbuku dlm hati melalui blog... :) :)

    BalasPadam
  15. ni kalau letak nama tan sri tu, mau kecoh 1 tanah malaya ni :D

    BalasPadam
  16. Staf sesuatu organisasi, beginilah kan Kakcik. Dah berakhir utk kakcik. Saya pun berkongsi rasa yg sama.
    *tqvm utk dorongan di entri saya. Semangat balik ni.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com