Kawan-kawan kakcik

Khamis, 3 Julai 2014

Felexia Yeap , selamat kembali kepada fitrah...

Semoga kekal langkahmu di jalan Allah
semoga tiada apa satu pun yang boleh membuatkan peganganmu goyah
semoga segala yang telah berlalu tidak lagi menjadi padah
semoga dirimu menjadi sebaik-baik Muslimah

Hari ini hari ulangtahun kelahiranmu
hari ini kau kembali lahir setelah 28 tahun berlalu
biar apa pun cemuhan terhadapmu
ingatlah bahawasanya mereka bukanlah terlebih baik dari dirimu

Hidayah itu milik Allah
kepada siapa dilimpahkan tiada siapa berhak mempersoalkan

Kita yang dilahirkan sebagai Muslim,  sudah sempurnakah iman kita bila berpakaian pun kita masih belum 'redha' hendak melonggarkannya?  Masih ingin kelihatan anggun dengan pakaian ketat walaupun rambut kita tudungkan...

Renung-renungkanlah...

#ingatanuntukdirisendiri

17 ulasan:

  1. alhamdulillah...moga dia tidak goyah walau apapun yang melanda...

    BalasPadam
  2. Hidayah milik Allah maka jika Ia berkehendakan Hiadayah itu jd milik Felexia@Rania maka itulah yg berlaku..semoga kita juga mendapat hidayah yg baik dari ALLAH utk lebih beriman dan beramal kepadaNYA.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Tahniah buat Felixia. semoga menjadi muslimah yang solehah.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah.... malu sendiri tgk dia kakcik, cara dia berpakaian lebih sopan n mengikut tertib muslimah dr kite yg mmg islam dr lahir

    BalasPadam
  5. Tengah renung gambar felexia tasa bawah... (kakcik yang cakap 'renung-renungkanlah'... jangan salahkan saya pulak...!)

    BalasPadam
  6. mudah-mudahan pegangannya xgoyah bila dilanda badai.

    BalasPadam
  7. doakan yang terbaik untuk semua orang...

    BalasPadam
  8. Bila kita dah niat untuk ke arah yang lebih baik, halangan memang akan ada. Tapi insyaAllah dgn nekad dan keikhlasan, kita boleh harungi nya.

    Bila kita sudah berada di situasi yang lebih baik dan kita pandang semula kepada mereka yang belum berada di situasi yang lebih baik, kita akan rasa kesian. Kesian pada mereka kerana masih lagi berada di situasi yang lama.

    BalasPadam
  9. sama lah entri kita :P
    kebetulan sgt

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah. Bertambah lagi umat Islam kat dunia ini.

    BalasPadam
  11. kita doakan yg terbaik buat dia kan kak :-)

    BalasPadam
  12. syukur..hidayah milik Allah. kita sendiri pun patut berusaha dapat hidayah Allah walaupun dilahirkan sebgai Muslim kan..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com