Kawan-kawan kakcik

Khamis, 31 Julai 2014

Bagaimana hendak menjadi terkenal? ...

...buat sahaja 'perangai yang bukan-bukan' dan muatnaik ke media sosial...

Sekejapan sahaja boleh jadi terkenal dan mungkin dapat hadiah caci nista secara percuma...

Yang mencaci nista itu pula, bagai tidak pernah membuat kesilapan sepanjang meminjam nyawa dari Tuhan Yang Maha Esa.

Sempena masih di Syawal ini, marilah sama-sama menyedari bahawa kesempurnaan itu bukan milik kita dan ia juga bukan bermakna sesuka hati kita boleh sengaja mencipta kononnya perkara yang tidak disengajakan dengan alasan 'kita hanya manusia biasa'.  Akal yang dikurniakan itu apa pula gunanya?

6 ulasan:

  1. Kadang-kadang orang yang komen tu yang lebih2 daripada yang buat salah tu.. Free je dapat dosa sama,

    BalasPadam
  2. setuju dengan mak..
    makin lama makin risau.. bukan risau pasal apa.. risau takut kita melebih duk mengata salah orang, tapi khilaf sendiri buat tak pandang. nauzubillah..
    moga kita sentiasa insafi diri setiap masa..

    salam aidilfitri, mak.. :)

    BalasPadam
  3. selalunyaa.. yg femes mcm ni , dorang takde intention nak jadi femes pun. yg ade intention nak jadi femes kalau buat vids bukan bukan ni selalunya tak jadi... bagi saya laa.. heheh

    BalasPadam
  4. izan nak femos mcm femos amos yg sedap tu..boleh gitu..hihi

    BalasPadam
  5. Tanpa teguran dan komen, ada ketika kita langsung tidak sedar kita dah buat silap.

    BalasPadam
  6. Kita manusia biasa mmg x lari dr kesilapan..tp buat silap secara sengaja atas kebodohan itu mmg cari nahas...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com