Kawan-kawan kakcik

Selasa, 3 Jun 2014

Halal...haram...haram...halal...haLam...

...ala... apa nak hairan...

Kita cuma sensitif pada babi je...

anjing pun dah ada umat Islam yang tak segan silu dijadikan kawan sampai atas katil!

Apatah lagi dengan dosa mendedahkan aurat yang disebut dalam Al Quran, rokok yang difatwakan haram atau riba dan rasuah yang ditegah agama...

Orang yang ada Ijazah dari Universiti yang ada nama ala-ala Islamik belum tentu faham atau berpegang kukuh dengan ajaran Islam.  Mungkin kursus yang diikuti pun bukan yang menjurus 100% pada agama.

Orang yang memegang urusan berkaitan agama pun bukan tak dibayar upah.  Kadangkala ketulusan dan ketelusan bekerja bergantung pada upah juga...

Apa-apa sajalah labu... 

7 ulasan:

  1. Dah tak tau nak kata camana eh kakcik...Pening pelik ...

    BalasPadam
  2. biaq org yg betjwb tanggung dosa andai keputusan x benar

    BalasPadam
  3. ermmm.....ape nak kata..dunia dah nak kiamat..tapi manusia tetap tak berubah..

    BalasPadam
  4. Tu la kak. Kejap haram kejap halal. Mana satu nak percaya entah la kan. Kita ni cam boneka dibuat nye.

    BalasPadam
  5. Haram itu bila sudah ternampak jelas benda yang mendatangkan haram dan jadi halal balik bila benda benda haram itu dipunyai oleh buaya buaya besar. Kita ikut balik ajaran ustaz ustazah mase kecik kecik dulu. Masa tu gaji deme tu kecik, tak ada unsur rasuah, tak ada siapa berani nak tekan... Hari ini kalau salah cakap alamat kena tukar le tempat mengajar

    BalasPadam
  6. Salam kak,

    Memang betul tu. Kalau babi je, sensitif yang amat. Apahal pulak dengan yang lain-lain benda yang haram tu, banyak orang buat tak kisah pun!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com