Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 11 April 2014

Dalam gelap dan sunyi...

...kucuba fahami hidup yang kulalui
cuba mengerti dan mentafsir sendiri
bersama ujian Tuhan yang kuhadapi
segala-galanya bagai dipaksa berhenti

bila aku menangis dan berduka
kudengar kata-kata memujuk agar aku bersabar dan bersikap terbuka
ini hanyalah ujian Tuhan semata-mata
kepada umatNya mengikut upaya

bila kuukirkan sedikit senyuman pemanis muka
kudengar pula kata-kata yang menghiris luka
kata mereka aku tak peka
saat diuji masih mampu senyum ketawa

Lalu sebenarnya apa yang mereka mahu
itu tak kena ini tak betul
mungkin mereka lebih suka
andai kelibatku tidak kelihatan di depan mata...

Catatan ini tiada kena mengena dengan penulis, tapi dari pemerhatian suasana sekeliling semata-mata.

9 ulasan:

  1. salam..blogwalking..bunyi cam merajuk jer..

    BalasPadam
  2. dalam maksud tu..gelap & sunyi ada yg suka ada yang takut..

    BalasPadam
  3. fahami ini saja wahai kakak ku
    manusia memang suka berfikir ikut nafsu
    tak ambil pusing apa yang sebenar berlaku
    cuma berfikir tentang apa yang dirasa perlu

    jangan peduli apa yang mereka mahu
    anggap saja mereka tak tahu
    bukan mereka yang tanggung beban di bahu
    mereka hanya mampu berkata walaupun tiada nahu

    ujian dari Nya hanya la sebagai ingatan
    kenapa itu terjadi, kenapa ini semua sebagai ujian
    dengan cuma satu tujuan
    supaya kita tidak terus lupa pada suratan.

    BalasPadam
  4. Tiada mengena dgn penulis...kakcik siap bgtau..heheh...apapun bg mereka yg melalui detik dan saat sukar dlm kehidupan...ada ketika kesukaran yg ditanggung terasa sgt berat dan menghimpit ..tanpa kita sedar ada keindahan, kegembiraan dan kenikmatan yg akan diperolehi..

    BalasPadam
  5. kita hambaNya yang kerdil,
    mohon Allah beri kekuatan untuk
    meniti sisa-sisa kehidupan di dunia ini..

    BalasPadam
  6. susah dan sukarnya memuaskan hati semua org.....yg ni nak mcm ni..yg tu nak mcm tu...

    BalasPadam
  7. Sedih je bunyi ayat tu ;) bljr dr pengalaman sendiri. Hidup ni tak perlu dgr andaian org lain. Biarlah Allah saja yg tahu :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.