Kawan-kawan kakcik

Selasa, 1 Oktober 2013

Seawal pagi aku keluar rumah...

... sudah tentulah tujuannya ke tempat kerja. Selalunya seusai solat subuh, kami tiga beranak (Aku, suami dan Angah - dulunya berpuluh tahun, hanya kami berdua), akan keluar. Rutin yang sama selama puluhan tahun membuatkan aku dan suami tidak merasakan keluar awal itu satu bebanan.

Hari minggu pun kami akan bangun awal kerana telah terbiasa. Kadangkala kami akan keluar berdua untuk bersarapan. Eh! sebenarnya aku nak cerita hal lain..

. Di awal pagi sewaktu keluar ke pejabat, aku akan dapat melihat ramai orang yang sebenarnya lebih awal keluar dariku sehinggakan aku terfikir 'di manakah mereka menunaikan Subuh?' (macamlah aku baik sangat nak pertikaian amal ibadat orang, kan?).

Kalau Subuh masuk cepat, maknanya cepatlah aku berada di atas jalanraya.

 Aku melihat ada anak-anak muda yang masih segar di awal pagi melepak di hadapan 'Pusat Internet'. Tak tahulah sama ada Pusat Internet itu dibuka sehingga pagi kerana lampunya kelihatan terang benderang.

 Ada juga anak-anak sekolah dalam seragam mereka, duduk atau berdiri di pinggir jalan menanti kenderaan menjemput mereka (semoga mereka menjadi anak-anak yang berjaya di dunia dan sejahtera di akhirat).

 Ada pekerja syarikat pembersihan sedang menyapu sampah sambil mengesat peluh (mungkin saat itu anak-anak mereka sedang enak menganyam mimpi mengharapkan sinar mentari datang bersama rezeki).

 Ada kereta yang dipandu laju tanpa menghiraukan keselamatan orang lain (mungkin pemandunya baru sedar yang dia sepatutnya berada di rumah pada waktu itu).

 Ada bermacam pandangan yang boleh dihuraikan dengan seribu tafsiran. Maka, pastikah aku bahawa esok masih ada lagi pagi buatku?

19 ulasan:

  1. Itu la mnusia ni kan k.cik...mcm2 ragam.....

    BalasPadam
  2. macam macam ragam manusia kan...selamat bertugas kakcik

    BalasPadam
  3. Kawan saya duduk Semenyih, jemaah subuh di KL setiap hati tak tau lah pukul berapa dia dan anak2 bangun.

    BalasPadam
  4. Selagi belum ajal mata kita akan dipaparkan semua itu setiap hari..

    BalasPadam
  5. selagi hayat dikandung badan itulah hari2 yg kita lalui

    BalasPadam
  6. bye bye semua tu bila dah melangkah ke alam lain.

    BalasPadam
  7. Ye la kan...rutin harian sama..macam saya pun pagi2 keluar bertiga..saya dan suami ketempat kerja selepas hantar anak ke sekolah...menyaksikan suasana yg lebih kurang sama dgn yg kakcik tengok...mengharungi hiruk pikuk dan kesibukan dijalan raya..masing2 berkejar kot terlambat..semoga apa yg kita buat..niat kita turun dari rumah mencari rezeki yg halal diberkati Allah s.w.t..:-)

    BalasPadam
  8. saya pun suka keluar awal kakcik...rasa dah terbiasa dan tak berebut dengan org..
    tentang org lain tu biasalah..macam2 ragam..

    BalasPadam
  9. Pg2 kuar rasasegar je kan.. Moga anak2 kita dilindungi allah :)

    BalasPadam
  10. kelua awal bgus kak cik sbb kite da prepare xdela kelam kabut

    BalasPadam
  11. pagi neh saya bangun awal jugak sebab keje pagi..
    Alhamdulilah.. dah boleh subuh pagi tadi..*nak cari ketenangan jiwa*


    Mak, saya adalah stress di opis arini.. :(

    BalasPadam
  12. Asalam Kakcik..nekcik da pencen pun kna keluar pepagi..hantar sikecik ke skolah...hari hari hari dapat lihat mentari mnjengok diri!! subhanallah..semuga Allah berikn nikmat umur yang panjang dan iman dan taqwa bagi kita semua!! aamiin

    BalasPadam
  13. bersyukur masih diberikan kesempatan untuk bernafas lagi :) Ros pun suka tengok ragam manusia di pagi hari. Ada yang sibuk, ada yang relax, masih boleh berjogging, dan macam-macam lagi :)

    BalasPadam
  14. pepagi keluar memenuhi agenda masing2kan..Bila keluar pepagi macam2 ragam dapat dilihat..

    BalasPadam
  15. Ada yang menghargai hidup dan ada yang langsung tak sedar mereka masih hidup..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com