Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 30 Ogos 2013

Satu ketika dulu...

Mereka adalah anak-anak kecil yang tahunya meminta-minta.  Sekarang mereka sudah remaja dan hanyak juga yang mereka minta...
Yang paling kiri itu ialah Mr Sepet dan yang paling besar itu ialah Bangcik.

Khamis, 29 Ogos 2013

Labu sayong...

Sila sengetkan sedikit kepala anda  untuk melihat gambar yang dirakamkan dari dalam kereta oleh SiRibenMerah @ Iyra Mutalib ini...

Gambar yang sebelah bawah itu  kakcik yang rakam. Sila kata gambar itu cantik...hehehe

Sakit hati tanpa sebab...

Pernah tak kita tiba-tiba rasa sakit hati pada seseorang secara tiba-tiba saja?   Sebenarnya kita pun tak tahu kenapa kita sakit hati. Yang kita tahu kita sakit hati, benci dan yang sewaktu dengannya sedangkan orang yang kita benci itu tak tahu pun tentang perasaan kita terhadapnya.  Dia pun sebenarnya tak buat apa-apa salah terhadap kita tapi kita benci melihat apa saja yang dia buat walaupun perbuatannya tidak langsung kena mengena dengan kita.

Maknanya?  

...kita sedang sakit...

Apalah salah kucing tu, kan?
Dia bukan faham apa-apa selain kesakitan...
Kadangkala sepi itu lebih membahagiakan...
Bersendirian bukan bermakna tidak diperhatikan...
Jangan pijak kawan kita kerana kita juga akan
merasakan kesakitannya bila jiwa tidak tenteram...

Rabu, 28 Ogos 2013

Saja nak tunjuk gambar ini...


Gambar ini kakcik rakam di Pulau Pinang.
Kalau kreatif, kasut pun boleh jadi pasu. :)
Ini juga dirakam di Pulau Pinang.
Kenal tak pokok apa ini?  Hmmm... bukan...bukan...
bukan pokok petola!!  Ini pokok peria tau...hehehe

Mereka sangat murah hati...

Sempena (mungkin kebetulan juga) hari lahir kakcik, kakcik terima pemberian2 ini dengan sangat besar hati...
Pemberian SiRibenMerah dan CikPuanLawa
Pemberian Azian Elias @ Yan's Journal
Pemberian menantu kakcik - Huda Shazwieda
Pemberian blogger NEKCIK
Alhamdulillah.  Terima kasih ya...

Percutian 2 hari 1 malam + 1 hari ( Bhg. Akhir)...

Kalau ikutkan, ini bukanlah bahagian akhir.  Tapi tak mengapalah, kakcik ringkaskan cerita.
Selepas makan di Moon's Kitchen,  kami balik ke rumah.  Mandi dan tukar pakaian.  Kemudian kakcik mulakan operasi melipat 3 bakul pakaian dengan dibantu adik perempuan kakcik.  Lebihkurang jam 11 malam,  adik angkat yang dah lebih setahun rasannya kakcik tak jumpa,  datang dengan sebiji kek lagi.
Esoknya (itu yang di tajuk ada + 1 hari tu), kakcik bersama suami,  along,  Huda dan bangcik balik ke Kuala Kangsar (lagi!).  Menziarahi pusara bonda di kampung dan kemudian singgah sebentar di rumah bekas adik ipar di Ipoh.
Dari Ipoh, terus ke Selayang untuk mengambil Mr Sepet di rumah adik kakcik.
MAILEB KKK bermaksud KAKAK KANDUNG
KESAYANGAN YANG DISAYANGI... :)
Dah hampir tengahmalam, jadi jangan hairan
dengan pakaian kami suami isteri!
Perjalanan ke Kuala Kangsar.
Sepatutnya gambar ini terletak di bawah.  Hentam sajalah.
Waktu ini makan 'petang' di Ipoh
Selamat datang ke Bandar Diraja
Di pusara bonda.

Selasa, 27 Ogos 2013

Percutian 2 hari 1 malam + 1 hari (Bhg. 4)...

Keluar dari rumah Yan, kami menuju pula ke rumah adik kakcik dan isterinya yang terletak di Shah Alam juga.  Kami tak boleh berlama di sini kerana ada rancangan lain selepas Isyak nanti.
Along telah merancang untuk meraikan hari lahir maknya di Moon's Kitchen.   Jom tengok gambar lagi....
Yang di tengah itu adalah pemilik Moon's Kitchen
Grilled Salmon kesukaan En. Suami

Percutian 2 hari 1 malam + 1 hari (Bhg. 3)...

Cutinya sekejap saja pun, tapi catatan bukan main bersiri-siri lagi... Keluar dari Taiping, kami singgah pula di Kuala Kangsar. Singgah makan laksa dan minum cendol saja. Malangnya, ia sangat tidak sedap! :( (Cari gambar tak jumpa pula, dah terpadam agaknya).
Kemudian kami meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Sampai di rumah, siap-siap pula untuk keluar ke Shah Alam. Kami terpaksa pergi dengan dua kereta kerana selepasnya, kami ada rancangan masing-masing. CPL dan SRM keluar dulu, tapi ayah, mak dan bangcik yang sampai dulu ke rumah blogger Azian Elias (Yan's Journal...)
(Susah nak buat pautan sekarang kerana tak tahu apa yang tak kena dengan komputer ini. Catatan buat di komputer dan kemudian masukkan gambar melalui telefon bimbit...)
Di rumah Yan, kakcik berjumpa dengan blogger-blogger yang dikenali dan tak dikenali. Malu rasanya bila orang kenal kita, sedangkan kita macam sombong sangat tak kenal orang! :( Walaubagaimanapun, makanan yang dihidangkan di meja Yan adalah sangat-sangat sedap. Terima kasih kepada Chef Ciju dan yang lain-lainnya. Tunggu punya tunggu, anak bertuah yang dua orang itu tak sampai-sampai juga. Ajak En. Suami beredar (sebab nak pergi ke rumah adik di Shah Alam juga), dia pula asyik kata 'tunggu Iyra dan Suzi sampai dulu'. Oh! rupa-rupanya ada kejutan... Iyra dan Suzi datang dengan sebiji kek SR yang enak untuk hari lahir kakcik. Terharu lagi! Apatah lagi bila mereka yang ada beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari lahir...

Percutian 2 hari 1 malam + 1 hari (Bhg.2)...

Setelah puas menjelajah, barulah kami perasan yang kami telah jauh berjalan. Hendak balik ke kereta yang dah nampak di depan mata pun terasa bagai kena berjalan lagi 10km! Sebelum balik ke bilik, sempat juga kami membeli beberapa kilo jeruk Pak Ali (bukan Pak Ali yang kena jeruk ya...)

Sebelah malam, selepas menunaikan kewajipan, Dr. Singa, CPL dan SRM keluar lagi untuk mencari makanan dan melihat suasana malam. Kakcik lebih senang tinggal di bilik untuk meluruskan pinggan dan memejamkan mata. Tahu-tahu sahaja kakcik dikejutkan dari tidur dengan nyanyian 'selamat hari jadi'. Lorrr...belum pukul 12 malam la! Kakcik dihadiahkan oleh anak-anak dengan sebuah beg tangan. Suka sangat. Ada juga sekotak donat mini J.Co dan kuey teow goreng yang kakcik pesan. Siapa mampu makan kuey teow dalam keadaan terpinga-pinga dan tak basuh muka? Hehehe...

Esoknya - 24/8/2013 (hari lahirku), kami bertiga meninggalkan Dr. Singa pada jam 8.00 pagi. Terima kasih Dik Izat kerana benarkan kami menumpang dan mengecahkan bilik yang selesa itu. Perjalanan balik ke Kuala Lumpur kononnya kena cepat sebab kami ada rancangan lain di waktu petang. Tapi bila anak-anak dan mak 'sekepala', pasti yang dirancang tak akan berjalan sebagaimana sepatutnya. Kami melencong masuk ke Taiping sebab anak-anak hendak menjejak kerusi yang diduduki oleh pelakon Siti Shariza (Eja) dalam filem SEPI di Taman Tasik Taiping...

Donat mini J.Co
Beg tangan hadiah dari SRM dan CPL
Konon-konon Eja la tu...
Ini seorang lagi...
Asalkan bahagia, duhai anak-anak...

Isnin, 26 Ogos 2013

Percutian 2 hari 1 malam + 1 hari (Bhg. 1)...

Sebenarnya tiada perancangan awal pun untuk bercuti. Tapi bila dapat tahu yang SiRibenMerah dan CikPuan Lawa hendak bercuti ke Pulau Pinang, mak dia orang ini pun sibuk nak ikut sama. Setelah mendapat keizinan En. Suami, barulah mohon cuti sehari sebelum pergi.

Kami keluar dari rumah jam 7.00 pagi. Disebabkan masih awal, kami singgah dulu di Kuala Kangsar. Selama dua jam di Kuala Kangsar, puaslah dua wanita anggun itu merakamkan pelbagai gambar yang mereka suka.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan Dr. Singa yang pergi ke sana melalui jalan udara. Selepas mendaftar masuk ke hotel (menumpang bilik Dr. Singa yang sebenarnya ada seminar di sana) dan menunaikan kewajipan, kami berempat memulakan misi 'menjejak mural'. Huh! tak tahulah banyak mana lemak yang terbakar dan mencair... Sempat juga kami singgah makan di Restoran Nasi Kandar Line Clear yang popular itu...

Datin kenalah duduk di belakang, kan? :)
Jambatan Victoria di Pekan Karai.
Jambatan inilah tempat Husin bermesyuarat untuk menghapuskan Zombi.
Di Muzium Kamera yang baru beroperasi.  Sekarang masih percuma untuk
masuk.  Bila siap sepenuhnya, bayaran masuk RM20.00 akan dikenakan.