Kawan-kawan kakcik

Rabu, 29 Mei 2013

Mekah - Satu Catatan Perjalanan (Bhg.4)...


Di Jabal Rahmah aku berdoa
semoga aku dan suami tetap bahagia bersama
begitu juga buat anakanda dan adinda
biarlah kasih kami bersatu hingga ke syurga

Banyak tempat mainan kanak-kanak kulihat sepanjang jalan.
Masih baru nampaknya.  Mungkin anak-anak itu bermain
di waktu malam.

Mat'am Malayzie (Restoran Malaysia) ini milik D'Saji.  Malangnya...

...ia ditutup sewaktu kami di sana.

Rumah di Kota Mekah di bina berbentuk 4 segi.  Dari luar ianya
kelihatan sama sahaja.  Mungkin di sebelah dalam, kemewahan
boleh kelihatan.

Betul-betul 'rumah batu'.  Dinding binaan memang bersentuhan
dengan batu batan.

Dalam perjalanan dari Kota Mekah ke Kota Madinah, pemandu
bas asyik bercakap di telefon.  Ianya memang menimbulkan
kebimbangan di hati.  Kadar kelajuan hanya dalam lingkungan
60km/j kerana jalan yang panas boleh menyebabkan tayar
meletup sekiranya kenderaan dipandu laju.
Ini mungkin siri terakhir tentang Mekah walaupun masih banyak yang boleh dikongsikan.  InsyaAllah, catatan seterusnya ialah tentang Madinah.

Sedikit panduan yang boleh dikongsikan : kita tak perlu bawa pakaian yang banyak untuk ke sana. Cukuplah 3 atau 4 helai jubah, dua pasang atau dua helai telekung tanpa kain, 3 atau 4 pasang stokin serta beberapa pasang pakaian dalam. Bawa juga seluar panjang untuk menggantikan kain dalam.  Selain itu, jangan lupa bawa pelembab bibir (kakcik guna vaseline) dan kaca mata hitam.

20 ulasan:

  1. Panduan yg akhir sangat bermakna... org pergi sana mesti nak bawa pakaian banyakkan..

    BalasPadam
  2. salam kak,

    dari perbualan sy dengan seorang kakak dari kelantan yg dah berhijrah dan menetap di sana sejak generasi nenek dia...rumah org Arab banyak berbentuk macam 'kotak', tapi klu masuk dalam rumahnya, sangat mewah....dari luar je nampak x menarik berbentuk begitu

    BalasPadam
  3. moga berbahagia hingga ke Jannah... Amin

    BalasPadam
  4. Seronok akak ke sana yea..Mudah2an ada rezeki saya satu hari nanti.

    BalasPadam
  5. org sn mmg sempoi je rumah depa tp kt dlm...perrghhh perabot jati sn sini...

    BalasPadam
  6. Salam kakcik, baru ada peluang jengah kakcik sampai dah keberapa siri balik dari umrah. Seronok kan? Insyaallah zana dan famili lepas ni jika ada rezeki dan tiada halangan.

    BalasPadam
  7. Jelez negok gambar kakcik dgn abg Mus tu...:)

    BalasPadam
  8. Semoga Allah berikan kemudahan untuk kita semua sampai di sini ...

    BalasPadam
  9. o..ada taman permainan jugak rupanya..

    BalasPadam
  10. Romantik. Semoga terus berbahagia hingga ke syurga.

    BalasPadam
  11. "..Selamat datang Tetamu Allah yang diberkati sekelian,,,,

    BalasPadam
  12. Tips dah dapat...seru ja x sampai lagi. Insyallh one day

    BalasPadam
  13. Tak sabar nak baca cerita madinah pulak..

    BalasPadam
  14. Rasa bahagia tengok Kakcik & suami. Amin :)

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah
    dah sampai kakcik ke bumi Mekah.
    seronok baca pengalaman kakcik&suami
    :)

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah Kakcik n family selamat pergi n balik..InsyAllah..

    Masa Saya di Mesir n Syria dulu pun biasa nampak playground budak2 cm tu tapi tak de yg main..tanya punya tanya, baru tahu di bawahnya terletaknya PENJARA!!..

    BalasPadam
  17. semua rumah sama je pattern ke disana kakcik?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com