Kawan-kawan kakcik

Isnin, 7 Januari 2013

Makan-makan di D'Arab Cafe, Jalan Duta...

Pertama kali kakcik pergi ke sini bersama suami dan anak-anak adalah selepas Maghrib 4/1/2013 dan hanya sampai betul-betul waktu azan Isyak berkumandang.  Perjalanan yang sepatutnya hanya lebih kurang 20 minit menjadi lebih satu jam kerana kesesakan yang tidak diketahui puncanya.  Sepanjang perjalanan pergi, semua yang di dalam kereta senyap sunyi mungkin kerana kelaparan. 

Jadinya gambar yang dirakam sesetengahnya nampak kabur kerana tangan yang bergoyang akibat lapar! 

Restoran di Jalan Duta ini baru beberapa bulan dibuka dan masih belum begitu ramai pengunjungnya.  Kepada sesiapa yang suka makan makanan Arab, bolehlah cuba makan di sini kerana makanannya memang sedap dan harganya sangat berpatutan. Set makanan untuk 3 orang termasuk sirap tidak sampai pun RM40.00 dengan minuman boleh ditambah semula secara percuma...


Gigil punya pasal, kabur jadinya hidangan ini...
... yang ini pun sama kabur
ejaannya pada menu ialah HOMMOS -
roti nipis bersama kuah kacang dal
Bangcik dan adiknya si Budak Sepet berkongsi makan yang ini...
Makan dengan mereka ini, macam-macamlah yang dipesannya
... 'isi' di bawah roti yang dipesan kedua beradik itu.
licinnnnnnnn...
Cubalah datang ke sini...
Gambar di bawah ini adalah sewaktu kami pergi untuk kali kedua, saja nak tunjuk ada taman permainan kecil di situ...
Bangcik bersama sepupu-sepupunya
Perosak harta rakyat!

31 ulasan:

  1. saya suka dgn nasi ala2 arab ni..
    kabur2 pun terliur juga..kak

    BalasPadam
  2. murah dan nampak sedap tapi nak pergi jauh sangatlah pulak ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengikut kata adik bongsu saya, di Masjid Negeri Shah Alam ada cawangan restoran ini. Hidangan dan harganya adalah sama. :)

      Padam
  3. Kakcik, sy ni tak merasa-ras alagi nasi arab. Kwn2 blogger byk dah promote nasi arab sedap. Yg kakcik tunjuk ni, aduhai...meleleh liur dibuatnay....

    BalasPadam
  4. kebab tu nampak best!

    saya dah ke Moon's Kitchen... 2 thumbs up
    TQ k.cik

    BalasPadam
  5. kira murah juga tu kakcik kalau dpt harga macam ni

    BalasPadam
  6. menarik ni...selain makanan arab, makanan pakistan juga sedap.. :)

    BalasPadam
  7. Susah gak nak makan ngan mate, kabur-kabur cam nik....tapelah, mane membuatnye!

    BalasPadam
  8. Salam Kakcik..

    Pernah pegi restoran Arab...nak makn nasi Arab, tapi susah juga nak bercakap sebabnya dua-dua pihak tak faham, nasib baik ada pekerja Melayu..huhu, anyway tq for the nice pictures, dah terlior dah tengok....:D

    BalasPadam
  9. salam kakak .. betul2 masakan arab nie ..
    best2 .. nama pun pelik2 , kalau di kedai mamak
    hamoss tu dipanggil tosei .. kalu x silap saya lah kak ;)

    BalasPadam
  10. nampak sedp2 tu kakcik.. tpi maknan arab ni biasanyer kuantitinyer byk...

    BalasPadam
  11. perghhhh... menyelerakan betul! :) deno suka dengan masakan arab ni.. kalau nasi arab bersama ayam tu.. perghh.. mmg best!

    BalasPadam
  12. kalo makan nasi arab yg betul2 ori memg sedap kan kak

    BalasPadam
  13. Salam,
    Saya sekeluarga suka makanan Arab ni (selain durian) .. kabsha chiken my favourite , isteri suka lamb kabsha .. mahu jugak mencua ke tempat ini .. tapi tengok lokasinya tingkat2 .. ada masalah sikit

    BalasPadam
  14. kat mesjid negeri shah alam pun ada? ok nak terjahhh!!!

    BalasPadam
  15. nanti nak try ajak en. Lan ke sana.. ;)

    BalasPadam
  16. Dah lama tak pekena nasi arab.. sedapnyaa..tgk Kak cik..

    BalasPadam
  17. saya baru makan sekali..tu pun makan di rumah BFF saya..sedap tapi nak p makan lagi takde kawan plak huhu

    BalasPadam
  18. kakcik..roti with dal tu mengamit selera saya..:)

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum kakcik..
    yang gambar bawah sekali tu lah yang lucu pulak..

    :)

    Sedapnya nasi arab tu..lamanya tak makan, teringin pulak tengok gamba rni..

    BalasPadam
  20. Kakak suka restoran macam ini kakcik sebab kakak suka nasi dia. Tapi tempat kakak payah nak jumpa macam di KL banyak kan..

    BalasPadam
  21. baru je makan semalam... hahaha order yg combo set tu.. tapi tak abis .. banyak sangat.. tapau je bawa balik.. liya makan kat shah alam..

    BalasPadam
  22. Mcm sedap la. Roti nipis dgn kuah dal tu...

    BalasPadam
  23. yelah kakcik, betul punya lapar ni..sampai "bergegor" gambar tu..hehe

    BalasPadam
  24. Sesekali mkn nasi dan mknan arab ni sedap jg kan..dulu setiap kali ke kolej ank mesti sggah kat kafe dia yg ada restoren arab yg tkg masaknya mmg org arab.sedap sgt..:)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com