Kawan-kawan kakcik

Rabu, 12 Disember 2012

Banyaknya duit dia simpan kat rumah!...

KUCHING – Kegembiraan seorang lelaki bercuti di Jakarta, Indonesia terbantut apabila dia mendapati wang sebanyak RM1.46 juta yang disimpan di dalam almari rumah teresnya di Taman Malihah, Matang di sini lesap semalam.

Ahli perniagaan merangkap kontraktor berusia 55 tahun tersebut menyedari kejadian itu sebaik tiba di rumahnya pada pukul 12.45 tengah malam.

Difahamkan, mangsa merupakan bekas anggota polis bantuan berpangkat Sarjan di Malaysia Airports Berhad (MAB) di sini.

Mangsa mendakwa wang itu disimpan di dalam beg dan ia merupakan wang yang dikumpul daripada keluarga besarnya sebelum berangkat ke Jakarta.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa terus membuat laporan polis selepas mendapati pintu bilik utamanya terdapat kesan pecah masuk dan wang yang disimpan di dalam almari lesap. - Kosmo

30 ulasan:

  1. Dia tak percayakan bank agaknya :)

    BalasPadam
  2. adik beradik jugakla yg mencuri sbb diorg je yg tau...

    BalasPadam
  3. simpan bawah tilam kut hehe...
    1k pun tak berani nak simpan kat rumah..

    BalasPadam
  4. mak aii biar betul??knp la tak simpan kt bank..putih mata la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh mak lupa lak nak kabor,tarukh yg mak nak datang sini zie ada.insyaAllah kita jmpa ye.mak datang sebab keje ke

      Padam
  5. Macam2 cara tulisan. hari tu tulis kerugian Rm1.46 juta tu termasuk barang kemas dan barang2 berharga lain... Kadang2 pemberita pun putaq alam gak sama macam org yg bagi statement barang depa hilang.

    BalasPadam
  6. banyak giler duit...sy dl pnh simpan kat umah 700....lesap terus kakcik....=(

    BalasPadam
  7. banyaknye duit beliau,
    kenapalah tak guna khidmat bank je
    kan lebih terjamin

    BalasPadam
  8. pesal la singkat sgt fikiran..mesti dah ada yang tau pasal dia ni simpan duit kat umah....

    BalasPadam
  9. kalau betul byk tu duitnya...mungkin nak elak bayar tax...hihihi

    BalasPadam
  10. byk tul.. ada kemungkinan tak duit tuh nilainya nilai rupiah..??

    BalasPadam
  11. perkh... dia mengambil risiko yg terlalu besar sbb percayakan yg dlm rumah tu selamat, kalu simpan dlm bank n di insurankan msti blh dpt balik duit tuh....

    seram tul lah

    BalasPadam
  12. Memang ambik risiko betulkan,tinggalkan duit sebyk itu kat rumah.

    BalasPadam
  13. macam macam orang kan... tak percayakan bank agaknya...

    BalasPadam
  14. banyaknya..berani tinggal duit banyak kat rumah..

    BalasPadam
  15. aduila..duit banyak tu simpan kat rumah je...mesti family dia juga yg curi ...sapa lagi yg nak tau?

    BalasPadam
  16. sy pun rasa mcm siribenmerah gak....

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum,
    Fuyooooo kayanya dia...napelah tak bagi duit raya kat kita seratus dua sorangpun dah ok kan ;)

    BalasPadam
  18. kalau dah banyak gitu simpan lah di bank kan lebih selamat aduii

    BalasPadam
  19. Lor...watpenye simpan duit kat rumah. byk pulak tu. kalau sikit sikit x pe la jugak. kan dah lesap...

    BalasPadam
  20. Memang sempoi kan..simpan juta-juta lam umah je erkk..

    BalasPadam
  21. Mil saya pn smpn duit kt umh..ada stgh org mmg cmtu...huhu..tapi..byk gilerrrr tu

    BalasPadam
  22. Ingatkan juta rupiah, rupa2nya juta ringgit....mau nangis darah pun payah nak jumpa!

    BalasPadam
  23. aduiiiii kakcik duit banyak tu simpan dlm lemari je....haiii

    bila kakcik nak mai pg?

    BalasPadam
  24. Beraninya dia simpan duit sbyk tu di rumah....

    BalasPadam
  25. Bekas sarjan simpan duit sebanyak tu? Hebatnya!!! Lebih hebat dari polis2 berpangkat besar spt ASP, SP, ACP atau CP yang kerja sampai tua tapi tak upaya simpan duit sebanyak tu...

    BalasPadam
  26. lorhhhhhhhhhh
    bekas sarjan tuuu !
    banyak duit !
    adehhhhh ...
    hebat ! aekkekekekek

    hurmm dugaan allah .. kalau tidak ...
    hurmm setuju ngan Jay Ar

    BalasPadam
  27. Dugaan dariNYA..
    moga dia kuat dan tabah..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com