Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 17 November 2012

Saat ajal tiba...

Kejadian ini berlaku pada hari Isnin (12/11/2012 @ lebihkurang jam 1.15 petang).  Disebabkan masalah hendak memindahkan gambar dari telefon ke komputer riba, ia menjadi catatan tertunggak.

Sewaktu suami kakcik sedang berjalan ke kereta, beliau mendengar suara wanita yang dalam keadaan kelam kabut memanggilnya.  Seorang lelaki kelihatan telah rebah dengan keadaan muka yang sudah pucat kekuningan.  Suami kakcik segera menelefon 999.  Anggota ambulans yang tiba mengesahkan lelaki Indonesia berusia 65 tahun ini sudah pun  meninggal dunia...



Nampak tak kelapa muda dan bungkusan makanan berhampiran kepala
Allahyarham itu?  Beliau rebah sebaik meminum air kelapa.  Sewaktu
kakcik dan suami menjengah ke tempat kejadian pada waktu malamnya,
kelapa dan bungkusan makanan itu masih di situ.

 

16 ulasan:

  1. Bilaajal dah sampai sesaat pun takkan tertangguh...kakcik ke yang ambik gambaq ni?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakcik...jika dah ajal menjemput x kira kita berada dimana2 jua pasti akan pergi jua...mati itu pasti...al-fatihah buat arwah...:(

    BalasPadam
  3. kalau dah ajal ..sesaat pun tidak tertangguh

    BalasPadam
  4. sebabnya hanya meminum air kelapa?

    BalasPadam
  5. semalam baca suratkabar yang mayat mereput di tikar sembahyang kerana lemas terhidu gas beacun dari generator, peeginya dalam keadaan yang baik, subhanallah

    BalasPadam
  6. Abg ada kt situ? Dah ajal dia sampai, penyebabnya hanya air kelapa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan abang lalu kat situ. Dia pulak kan jenis suka 'sibuk-sibuk' kalau ada kes kemalangan dan yang sewaktu dengannya...

      Padam
  7. Sure kakcik Dan suami panik waktu tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik tidak bersama suami pada waktu itu. Kalau kakcik ada, memang kakcik akan panik jadinya.

      Padam
  8. Izrail menjemput tidak kira masa, tiada seawal atau terlewat barang sesaat pun.Al Fatihah.

    BalasPadam
  9. kalau saya pun sama akan panik jugak., kesiankan kak.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com