Kawan-kawan kakcik

Isnin, 1 Oktober 2012

Kenduri kahwin tidak bermusim lagi...

Zaman 'muda-muda' kakcik dulu, seingat kakcik majlis perkahwinan akan dibuat bila tiba musim cuti persekolahan.  Paling banyak majlis adalah di bulan Disember dan ramai bayi dilahirkan dalam bulan September atau Oktober tahun berikutnya.

Sekarang ini, orang tak tunggu musim cuti sekolah lagi.  Bila-bila sahaja majlis perkahwinan mungkin dilangsungkan...

Semalam kakcik pergi ke majlis perkahwinan anak saudara kepada adik ipar kakcik di Cheras Baru.


Kalau ada yang terperasan, mungkin agaknya ingat kakcik tak siuman
bersusah payah 'mendirikan' biskut itu atas penutup botol. :)

Yang ini, tak tahulah sama ada kakcik tumpukan kepada bunga atau
kepada Budak Sepet dan ayahnya yang tengah kusyuk minum cendol.

Meja ini mungkin untuk rombongan pihak pengantin.

Kek 3 tingkat yang ringkas.  Agak-agaknya kek ini habis tak dimakan?

Di kebanyakan majlis sekarang, bunga telur hanya jadi hiasan dan
bukannya sebagai buah tangan untuk tetamu.



21 ulasan:

  1. skang ni tiap2 minggu ada kenduri..larat dgn x je nk pegi...

    BalasPadam
  2. Betullah kakcik. Sabtu lepas kakak sampai tertingal satu jemputan kawan blogger adik kawin sebab tak cukup masa.

    Kuih berdiri tu simbolik nama dia kuih bangkit kakcik:)

    BalasPadam
  3. hehehe...rasanya abis kek tu dimakan kak cik...=)

    BalasPadam
  4. sekarang majlis kawin dah memang tak ikut musim..Suka hati je kakcik, tiap minggu pun ada majlis kawin..

    BalasPadam
  5. betul, skrg asal hari minggu ada sahaja jemputan..

    hehehe.. kalau ada yg perasan pun agaknya dia mesti terfikir, mesti kakak ni blogger, hehehe

    BalasPadam
  6. kadang kadang 1 hari sampai 3 4 jemputan ada..pergi pun sebab nak merapatkan ukhwah bukan nya nak makan sgt pun..

    BalasPadam
  7. sekarang kalau jumpa jodohnya biar cepat2 terus..senang..:) lambat2 nanti banyak cerita pula..:)

    ada ustaz kata haramkan couple, budayakan pertunangan dan mudahkan pernikahan..

    semoga kakcik sihat2 dan ceria2 saja..:)

    BalasPadam
  8. betul la mak..sekarang ni bila bila je pun ada jemputan kenduri...

    BalasPadam
  9. kalau tunggu musim cuti...berderet2...yg buat kat dewan mungkin takde kekosongan...

    BalasPadam
  10. kalo kat tempat saya sekrg ni, dah jarang org buat bunga telo. asik2 sumijelly ngan coklat aje

    BalasPadam
  11. hee..semalam pun smpt pg mkn knduri..tp byk cerita tak best, sebab lauk tak cukup...jam 1.30 semua dh hbis! yg dtg mkn bubur je lah..

    *btul la, sy kalau pg knduri tak dpt bunga telo rasa mcm xbest je..hihi

    BalasPadam
  12. tak boleh nak tunggu cuti sekolah tu..tak sabar-sabar nak kahwin..hehehe

    BalasPadam
  13. kadang kita ingat kek tak habis tp sebenarnye licin je:P
    sebab budak2 makan...org bawak balik...dan ada pulak yg amik satu layer kek kawen nak jadi kek bday sendiri.

    Kuning diraja...hmm...bagus tema nieh kak.
    Dah jarang org buat :)

    BalasPadam
  14. dah nak hujung tahun ni pakat buat kenduri kahwin kan..meriah kek sampai tiga tingkat..

    BalasPadam
  15. betullah kakcik.. dulu mungkin nak tunggu cuti sekolah sebab nak saudara mara datang tolong dan bergotong royong.. sekarang ni semuanya guna catering.. so saudara mara boleh datang makan dan balik hari aje.. so bila2 pun boleh buat kenduri kan..

    BalasPadam
  16. skrg mmg majlis kawin tak ikut time cuti sek..mgkin diorg fikir klu cuti sek byk jmputn lain ..lbh baik wt hujung minggu jew kan kakcik:)

    BalasPadam
  17. memang betul apalagi kalau di belah pantai timur sana tu, majlis x kira hari apa pun!

    BalasPadam
  18. Betul tu kakcik skrg nie tiap2 minggu ada je majlis kahwin.

    BalasPadam
  19. kakchik...sy baru jer berborak pasal ni...memang betul seingat saya..zaman dulu kenduri selalunya musim cuti sekolah yg panjang...

    BalasPadam
  20. sekarang ni orng nak kawin tak pilih masa cuti lagi dah. bila2 je ok.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com