Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 20 Julai 2012

Rezeki jangan ditolak dan jangan buat andaian sebelum 'menyentuh'...

 
Biskut ini dah lama berada di rumah kakcik.  Ianya adalah salah satu
kandungan dalam hamper yang dibawa oleh adik kakcik.  Disebabkan
tidak pernah memakannya, tiada siapa teringin menyentuhnya.

'Kesian' melihatnya terdampar begitu saja, kakcik buka dan kakcik
cuba makan.  Eh! sedap juga.  Biskut beras yang ringan dan manis.

Selalunya kelab kebajikan bagi kurma apabila menjelang Ramadhan.
Kali ini cokelat yang ditempah pula sebagai buah tangan.  Kakcik
dah rasa tadi, memang sedap walaupun warnanya gelap.

Terima kasih. 

18 ulasan:

  1. wah, nak sikit coklat tu kakcik...:)

    BalasPadam
  2. Biskut beras tu memang sedap kakcik.Nurul minggu lepas dpt dua kotak kurma diletak dpn pintu.

    BalasPadam
  3. biskut jepon tu... sedap.... biskut diperbuat dari beras... kalau kawan jepun balik sini mesti dia bagi biskut ni....

    Selamat menjalani ibdah puasa dari kami sekeluarga....
    Maafkan salah silap kami.....

    BalasPadam
  4. Saya dan anak2 suka biskut beras ni..cumanya dia agak masin gitu..jd saya hadkan membelinya..tak tau lah pulak kalau yg jenama kakcik makan ni tak masin sgt...

    BalasPadam
  5. rezeki bln puasa tu

    salam ramadan buat akk sekeluarga!

    BalasPadam
  6. Selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpose yer Kak Cik.. :)

    BalasPadam
  7. biskut beras memang sedap, kak....sellau juga beli..heheh

    BalasPadam
  8. Biskut beras buat kudap2... Coklat mmg sedap2... :))

    BalasPadam
  9. laaa...sedap ke mak? rugi tak makan awal2. ke untung? hihihi~

    BalasPadam
  10. selamat menyambut bulan ramadan & selamat berpuase...

    BalasPadam
  11. sedap kan makan keropok beras tu?hehehe

    BalasPadam
  12. Assalam kak Cik,selamat berpuasa buat akak sekeluarga..semoga segala amalan kita akan diterimaNya..insyaAllah..amin.:)

    BalasPadam
  13. lepas ni berbuka makan coklat dulu la... ganti kurma.

    huhuhu

    BalasPadam
  14. Moga Ramadhan kali ni membawa lebih kebahagiaan buat kakcik sekeluarga..

    BalasPadam
  15. Kakcik, biskut beras ni popular di Jepun dan Korea. Snack bagi org sana. Saya pun suka tapi snack gini agak mahal. Yg pasti memang sedap...!
    Sedekah coklat kira rezeki tu. Nikmat...

    BalasPadam
  16. Wah sedap tu.. Selamat berpuasa Kak Chik & family.. :)

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah atas nikmat rezeki Nya..tetiba terlir..huhi :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.