Kawan-kawan kakcik

Selasa, 3 Julai 2012

Menjelang Nisfu Sya'aban...

... masih adakah waktu buat kita untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan itu?  Hanya Allah juga Yang Maha Mengetahui.  Bila dikatakan hanya Allah Yang Maha Mengetahui, sudah tentulah kita hanya semata-mata hambaNya yang serba lemah.  Jadi, masihkah kita mendabik dada dan mendongak kepala bersikap angkuh dan sombong sesama manusia?  Tak perlu bertanya kepada orang lain, tanyalah diri kita sendiri kerana jawapannya ada pada kita ...

InsyaAllah, Khamis ini = 5/7/2012 bersamaan dengan 15 Syaaban 1433H atau lebih dikenali dengan nama Nisfu Sya'aban.  Ilmu kakcik terlalu cetek untuk berkongsi tentang segala kelebihan dan kebaikan yang ada dalam bulan-bulan Islam ini.  Tapi, semua itu tidak membataskan kakcik untuk mencari ilmu melalui pembacaan.  Pelbagai bahan bacaan tersebar dengan begitu luas.  Terpulang pada kita untuk memilih yang baik dan melunakkan hati kita kepada perkara-perkara yang disukai oleh Allah dan Rasulnya.

Sekadar berkongsi apa yang kakcik baca : '(15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)'.    Sama-samalah kita manfaatkan masa yang kita masih ada.


Kepada semua pembaca blog kakcik ini, sama ada yang kakcik kenali atau tidak, kakcik memohon ampun dan maaf seandainya ada kata-kata dalam penulisan kakcik selama ini menyinggung perasaan anda.  Kakcik bukan manusia yang sempurna dan lemah dalam serba serbinya.  Kakcik boleh memohon ampun atas dosa-dosa kakcik dengan Allah secara langsung kerana Dia Maha Pengampun.  Namun, dosa kakcik dengan manusia tidak akan terhapus sehingga manusia itu sendiri memaafkannya.  Sekali lagi, dengan penuh rasa rendah hati dan diri, kakcik mohon agar segala salah silap kakcik harap dimaafkan.

Gambar yang tiada kena mengena dengan catatan di atas.  Mee goreng
hasil masakan anak kakcik - Bangcik dengan bantuan adiknya, BS.

27 ulasan:

  1. insya allah. sedih sebab bendera merah... uhuk2

    BalasPadam
  2. sama lah dengan saya akak, jika ada mana2 komen saya mengguris hati & perasaan akak, saya mohon maaf.

    BalasPadam
  3. Insyallh, sama2 mengingati kwn2 mudahan ada redho Allh disitu...

    BalasPadam
  4. saya pun mohon maaf kepada semua.

    BalasPadam
  5. mohon maaf juga kalau ada salah silap

    BalasPadam
  6. Kita semua insan yang tak lari dari kesilapan, sama2lah saling bermaafan.

    BalasPadam
  7. sama la saya pun kak. mee goreng sedap kalo perah asam limau, biar masam2 ckit..perghhhh best.
    akak nak datang kedah ke ni ? ni no telefon saya 0194135056

    BalasPadam
  8. malam esok kan akak solat sunat nisfu syaaban.
    lagi 2 minggu nak puasa..cepatnya masa berjalan..

    BalasPadam
  9. Rietta pown sama....ambil kesempatan ini...mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap rietta selama ini....

    BalasPadam
  10. pandainya anak kakcik masak. nampak sungguh menyelerakan.
    benar pesanan suami kakcik.
    benar juga peringatan kakcik.
    waktu semakin singkat.
    semuga kita tidak mensiakan masa yang baki.
    walau saya baca secara senyap, saya suka ke sini.
    tulisan kakcik saya dapat rasakan terbit dari hati.
    dan kerana kesedaran tentang kelemahan kita dan hampirnya saat kembali maka akan sentiasa risau akan segala salah silap kita dan wajib kita sama saling memohon maaf, jangan tangguh menanti syawal yang belum pasti.

    BalasPadam
  11. Sama dengan saya kak cik... walaupun baru sehari dua berkenalan tapi mana tahu dari komen saya ada mengecilkan hati kak cik saya dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf ye kak cik...

    "Sedangkan Nabi ampunkan umatnya inikan pulak kita"

    BalasPadam
  12. As salam Kakcik,

    Marya pun sama juga, memohon ampun & maaf sekiranya ada terguris rasa, terkasar bicara...kdg2 kita rasa kita sorang yg pandai, kita sorang yg betul segalanya... Semoga kehadiran bulan yg mulia ni bertambah-tambah amalan & pahala kita, insya'ALLAH :))

    Harap2 bolehlah berpuasa sunat 15 Syaaban nnt dan melakukan amalan sunat yg lain... Insya'ALLAH, Insya'ALLAH...

    Pandainye anak bujang kakcik masak! Tumpang bangga :))

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum wbth kakcik seroja.....
    salam kenal dari sumanje....
    maaf kehadiran tanpa di undang..... su singgah di kala sunyi ke blog sis

    BalasPadam
  14. Amin.. Semoga kita manfaat yer :)

    BalasPadam
  15. Salam Kakcik, selamat menyambut Nisfu Syaaban. Dan semoga kita berkesempatan menyambut bulan Ramadhan yg baroqah! Mohon maaf jua kalau ada silap dr akak.

    BalasPadam
  16. rajinnya bangchik memasak kakcik..

    insya allah..saya pun minta maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang saya kenal kakcik..terutamanya masa saya pergi jalan jalan cari mangga ke rumah kakcik weekend yang lalu..

    BalasPadam
  17. Saya pun nk mohon maaf pada kakcik dan pada semua sekiranya ada komen atau kekurangan diri yg tidak menyenangkan..Doa2kan kami di sini yea kakcik.

    BalasPadam
  18. Salam. Nur pun minta maaf andai ada salah dan silap.. Suka pada rakan2 blogger yg suka berkongsi info dan nasihat. Setidak2nya boleh jadi peringatan utk diri sendiri.

    BalasPadam
  19. Kakak juga tidak kurangnya kakcik mohon ampun dan maaf andai ada yg tak berkenan dihati..

    Rajin hero-hero kakcik ke dapur:)

    BalasPadam
  20. salam kakcik. Yus pun nak minta maaf kalau selama perkenalan kita di alam maya, komen2 dari yus atau juga penulisan yus ada yang mengguris hati...

    nampak macam maggi goreng je , tp nampak sedap. Pandai hero2 kakcik masak...

    BalasPadam
  21. saling bermaafan itu perlu..maafkan saya sekiranya saya ada perkataan atau entry2 yg menyinggung perasaan kakcik dan rakan2 blogger

    BalasPadam
  22. Nurul pun sama kakcik nak minta maaf andai selama kita mengenali di alam maya ada menguris hati kakcik.
    Sedapnya mee goreng yg hero2 kakcik masakkan tu.

    BalasPadam
  23. nak komen yg takde kena mengena dgn entry pulak ble x?

    hehe...

    sengeh2 dayah baca "kata suami kak cik " itu..

    tapi biasanya org yg kita kenal begitu(kuat mengata)
    mmg cam gitu perangainya kan?

    :D

    BalasPadam
  24. saya pun sama sama minta maaf dgn kak cik....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com