Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 9 Jun 2012

Penghargaan buat suami...

MUNGKIN suami kakcik tak setabah En. Abil ini, tapi mungkin
juga hanya kerana ketabahan itu belum diuji.



terima kasih duhai suami
yang memahami minat isteri
walaupun dirimu sendiri tidak mengerti
dengan berblog itu entah apa yang dicari

tak jemu juga turut menemani
bertemu rakan yang belum dikenali
dengan kelebihanmu yang Allah kurniai
kehadiranmu nyata disenangi

sedikit tidak kau tunjukkan berang
malah kau jua turut memberi ruang
kiranya ada yang sedang kupandang-pandang
tak lain untuk merakam gambar bila berpeluang 

terima kasih suamiku

20 ulasan:

  1. alhamdulillah... syukur beroleh hubby yg seia sekata.. moga kekal bahagia ye kakcik... :-)

    BalasPadam
  2. penting cari pasangan yg satu kapla...kalu lain2 kepala ni payah....untung u sis..moga bahagia dunia dan akhirat...amin!!!

    BalasPadam
  3. Syukur Alhamdullilah ya kak cik...Semoga kekal bahagia hingga ke syurga...

    BalasPadam
  4. Kakcik...suami saya pun rajin jugak...bawak bininya kesana kemari..
    Alhamdulillah mintak2 tak jemu...

    BalasPadam
  5. kakcik memang seorang yang beruntung...semuga bahagia hendaknya

    BalasPadam
  6. bersyukur yer kak, semoga kekal bahagia hingga akhir hayat

    BalasPadam
  7. alhamdulillah...bsyukur kita pada apa yg Allah kurniakan pada kita tmasuk suami kita :)

    Tiap pasangan diberi kelebihan masing2 ;)

    beruntung kakcik

    BalasPadam
  8. Laaa... selama ni ingatkan adik...!

    hehe

    BalasPadam
  9. suami kakcik kelakar jugak orang nya. seronok dapat bersembang dengan kakcik & suami masa kita berjumpa dulu. kirim salam dengan suami kakcik ya..

    BalasPadam
  10. Jodoh itu adalah pemberian yang terbaik buat kita dari Allah kak cik. PercaturaNya sentiasa kena.

    Alhamduliilah kakcik dapat suami yang sentiasa memahami.

    BalasPadam
  11. Alhamdullilah..isteri yg paling bertuah ialah isteri yg di sayangi suami.

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik,
    Semoga Allah memelihara semua para suami yg mengasihi ahli-ahli kuarga deme!
    Memula Mr T pun tak gemor akak asyik berblogging, dia kata 'unnecessary', tp lepas akak kata buat biznes menjual stokin dan penggosok badan, baru dia menggalakkan! Dia bimbang akak terlampau leka, buang masa, tu jer. Kalau ada manfaat tak pa, cari rezki atau ada penghasilan.

    BalasPadam
  13. KakCik
    Alhamdulillah. Kita tumpang gumbira :-)

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah dapat suami yg memahami dan menyayangi...

    BalasPadam
  15. semoga kebahagiaan yg dikecapi berkekalan hingga ke akhirnya....

    BalasPadam
  16. Kita serupa la.. Bahagia rasanya kalau ada org memahami kita kan kakcik :-D

    BalasPadam
  17. Kakcik, cikgu fahmi asyik sebut je abg kakcik tu, lupa nak berkenalan namanya. Itulah kalau dah mesra sgt sampai nama pun tak tanya. Dia serasi dgn Fahmi, menceriakan hari2 kita. Cikgu fahmi pun suka layan zana kalau pasal blog, sanggup susah payah...hehe...mcm pegi pulau hari tu.

    BalasPadam
  18. Abg Mus bace dak ni???
    heheheh moge berkekalan dlm rahmat Allah, aminnnnnn!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.