Kawan-kawan kakcik

Selasa, 12 Jun 2012

Mengapa yang hitam lebih menangkap pandangan...

... sedangkan yang putih itu terserlah kesuciannya?

Merpati manakah yang terlebih dahulu terlihat dek mata?
Begitu jugalah dengan tingkah laku dan keperibadian, sedikit keburukan yang kita lakukan, yang itulah akan sering diperkatakan.  Hilang kebaikan bila keburukan lebih mendominasi keadaan...

31 ulasan:

  1. 'Mengapa yang hitam lebih menangkap pandangan...',

    Kerana yang hitam itu ada manisnya.....
    Maka terciptalah lagu 'Si hitam manis'.

    BalasPadam
  2. Kadang2, mgkn krn setitik dakwat hitam...susu yg putih bersih tu rosak sebelanga Kakcik. (Oh, sy tukar nila biru ke dakwat hitam sbb Kakcik dah gunakan subject matter apa sj yg gelap dan hitam)

    =p

    BalasPadam
  3. tu lah...kena jaga setiap langkah...sekali tersilap yg tersilap tu akan org ingt selamanya.....benci!!!

    BalasPadam
  4. acu nmpk merpati hitam dulu mungkin sebab background bangunan tu putih kot :)

    BalasPadam
  5. hitam itu menawan.
    eh?

    salam kakcik :)

    BalasPadam
  6. adat manusia...yang baik susah dikenang....mungkin sebab salalu baik..

    kalau selalu buat jahat tentu bila buat baik lebih menagkap pandangan..:)

    BalasPadam
  7. Yang putih boleh jadi hitam,
    Yang hitam boleh jadi putih,
    Yang putih haruslah dikekalkan,
    Yang hitam haruslah berusaha untuk mejadi putih...

    insyaAllah :)

    BalasPadam
  8. kerana hitam itu dapat di lihat
    dengan jelas!

    BalasPadam
  9. Biar buruk di pandang mata tapi hati baik tak disangka. Wah...mcm terasa pulak zana ni kakcik. Aziz kan hitam kulitnya, selalu zana pesan. Biar kulit hitam, rupa buruk tapi kita kena ada sesuatu untuk di tonjolkan jadi keburukan itu akan tertutup dgn kelebihan yg kita ada.
    Bagaimana pun bg zana, pandanglah kebaikan seseorang itu jika kita ingin membencinya seumur hidup....(zana ok la, tak terasa pun..haha)

    BalasPadam
  10. hitam2 sitompok manggis..wlpn hitam dipandang manis...hihi..

    BalasPadam
  11. Salam Kakcik,

    Akak suka itam...menawan. Putih cepat kotor dan susah nak jaga!

    BalasPadam
  12. Hitam tu manis n menawan... :p hihihi

    BalasPadam
  13. Kerana hitam itu menawan.

    Satu keburukan akan menutup seribu kebaikan. Umpamanya kita mengambil setitik warna hitam di masukkan kedalam secawan warna putih dan pastinya sedikit sebanyak warna putih akan turut tercemar. Jika tidak menjadi hitam sedikit sebanyak menjadi kelabu asap.

    BalasPadam
  14. hati manusia tu dulu putih tapi sbb dikaler dengan pelbagai kaler maka jadi hitam..so di luahkan pun hitam kikiki

    BalasPadam
  15. yang putih kat tepi tembok yang meleleh tu saya nampak!!

    BalasPadam
  16. hairan juga saya..orang selalu kata kerana nila/dakwat setitik rosak susu sebelanga..tapi air kopi yang hitam kalau masuk susu berubah jugak warnanya..saya rasa hitam dan putih ada kesannya masing2..

    mungkin kerana putih tu lambang kesucian..dan hitam lambang kejahatan.. kalau buat baik banyak mana pun.. buat jahat sekali org hanya akan ingat kejahatan tersebut..

    BalasPadam
  17. mmg yg hitam menangkap pemandangan.
    tak semestinya yg putih menjadi panahan ;)

    BalasPadam
  18. udah nama nya manusia kan kakcik..tak semua manusia la tapi.. :)
    saya takde tudung hitamm ... tak suka.. :)

    BalasPadam
  19. hurmm...pandai je mak nk kaitkan merpati tu dgn kehidupan seharian kan :)

    mmg yg buruk org senang je nampak..

    BalasPadam
  20. black is beauty pon ya jgk kata orang.... tapi kaler putih memang tenangkan hati...

    BalasPadam
  21. yang hitam nampak dulu - sebab menyerlah dengan background
    yang putih - dah blend dengan kaler background
    nak kena tengok betul2 baru perasan...

    BalasPadam
  22. SAlam KC

    Mata KC yg melihat sesuatu yg tersirat...
    hehe Pak itam pun laku dio sini...

    BalasPadam
  23. kerna yg hitam itu sinonimnya kejahatan, keburukan dan kemusnahan...ia selalu jd ingatan....noda hitam...titik hitam...peristiwa hitam....lelaki kulit hitam...

    BalasPadam
  24. HITAM ITU MENAWAN. (sori kakcik lupa nak tukar capslock).
    tapi muka hitam takpe jangan perangai kehitaman. hehe

    BalasPadam
  25. itulah yg sering diingatkan kepada kita sedari kecil.. buat baik berpada2.. buat jahat jangan sekali..

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum,
    Bekas bos saya pernah kata "berapa banyak kebaikan yang kita buat akan terhapus dengan sedikit (satu kali) kesilapan. Baik yang banyak itu orang akan lupa dan ingat silap kita yang sekali itu"

    walaupun tak berapa suka warna hitam, tapi kalau beli telefon, tetap akan ambil yang hitam...kalau nak beli kereta, akan pilih yang gelap kecuali ada merah menyala...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.