Kawan-kawan kakcik

Rabu, 23 Mei 2012

Untuk kawan-kawan yang masih menggunakan format Pengesahan Perkataan...

Dulu kakcik pernah membuat catatan tentang bagaimana membuang PENGESAHAN PERKATAAN (WORD VERIFICATION) di ruangan komen blog kita seperti DI CATATAN INI.

Hari ini, sekali lagi kakcik ingin menunjukkan cara-caranya kepada kawan-kawan yang mungkin tidak menyedari bahawa mereka menggunakan 'pengesahan perkataan' itu. Bagi kakcik sendiri, kewujudan PP @ WV itu sedikit sebanyak akan membantutkan hasrat kakcik untuk meninggalkan komen. Sudahlah kadangkala perkataannya sukar untuk dibaca, ada masanya pula komen yang ditulis langsung tak 'lepas'...

Mari semak sekali lagi sama ada blog kita ada atau tidak PP di ruangan komennya :

Pengesahan perkataan yang membosankan.

Sekarang mari kita semak sama ada blog kita menggunakan pengesahan perkataan itu.  Sekiranya ada, eloklah dibuang sahaja kerana ianya mungkin membuatkan pengunjung 'tidak berselera' untuk meninggalkan komen.  Tapi terpulanglah kepada kehendak masing-masing.  Blog kita, kita punya sukalah, kan?

 
Cuba buka ruangan ULASAN
 
Pada 'Papar pengesahan perkataan untuk ulasan' itu kita tanda di mana?
Kakcik tanda 'tidak'.

Bila dah tanda, jangan lupa 'Simpan tetapan'.  Itu sahaja.




29 ulasan:

  1. bagus kak cik ada n3 ni...

    kekadang tu ada yang tak perasan mereka menggunakan Word V ni..

    saya pon mcmtu dulu...

    BalasPadam
  2. betul tu.. kadang2 taip panjang2 tengok2 keluaq WV tu.. nak kena tenung taip pulak.. kadang2 salah... wawawa

    penat nak komen...

    BalasPadam
  3. geram jugak kadang2 bila ada WV...
    nak plak bila silap type WV
    last2 abaikan terus...

    BalasPadam
  4. ye betul kakcik.. kadang berpusing2 kepala nak nengok apa ke abjad yang nak ditaip.. takkan nak pusing laptop lak kan.. heheh..

    BalasPadam
  5. First time Aina pun cam tu jugak...tapi ada sorg blogger tegur terus Aina buang jer. Kadang2 kita tak perasan pun benda tukan?

    BalasPadam
  6. kalu yg dulu sy leh trima lg yg latest ni aduyaaiiii

    BalasPadam
  7. masa dulu saya pun ada benda tuu..bila ada yg tegus terus carik kat tenet mcm mana nak ubahnya...

    kadang2 tak faham dan bila silap type tu mcm hangin jer...

    BalasPadam
  8. Nak elak spam kut

    Tapi memang menyusahkan la jugak.. Gigih jengilkan mata nak tengok perkataan yg keluar. Hihi

    BalasPadam
  9. KakCik
    I pun dah buang pengesahan tu tapi trafik tetap slow tak vavavoom mcm blog you. Alhamdulillah kalau banyak kang tak menang tangan pulak *sbb kita lembap*

    BalasPadam
  10. rasanya sy punya dah takde word verification tuh...

    BalasPadam
  11. kalau ada bende alah verification ni, jd malas nak comment kat blog org tu :D

    BalasPadam
  12. saya nye blog rasanya da x de word verify neh.. kannn?

    BalasPadam
  13. bagus kakcik buat tutorial ni.Mmg kalau ada benda tu ..jd malas sikit kita nk komen coz..kdg2 kena ulang2 kali br la lepas komen kita.

    BalasPadam
  14. betul tuh..kdg2 susah sgt nak komen bila ada word verification ni

    BalasPadam
  15. hihi,,barus emak blog sendiri,,,memang sudha diset tak bubuh verification tu..:)

    BalasPadam
  16. pB pun sama seperti kak cik. Kurang gemar meninggalkan komen pada yang punyai word verification ini...

    BalasPadam
  17. betul tu kakcik....kadang2 sy pun malas gak nak komen blog camni....
    taip pjg2, sekali tenet lembab, terus hilang apa yg kita tulis....

    BalasPadam
  18. Yelah kakcik...kalo wordnya senang saya tahan hati lg....tp kalo try2 fail je maleh dah nk komen hihihi

    BalasPadam
  19. ramai follower lini yg masih guna WV nie....dah tegur tp de yg wat2 x reti jer

    BalasPadam
  20. betullah kakcik kekadang susah nak komenkan...

    BalasPadam
  21. saya sokong. saya tak suka blog yang ada WV tu, terasa macam terasing dan tidak mesra pengguna/bloggers la Kakcik... pastu wordnya susah, banyak kali nak kena try sebab saya ni kadang-kadang sengal, nampak asyik tersasar je.

    BalasPadam
  22. Haah kak cik..lynn dulu memang tak reti..so kawan lynn ZIE tu call dan ajar camna nak buang..maklumla org baru belajar memang tak reti....bgus en3 kak cik..suke..

    BalasPadam
  23. saya tak guna pengesahan ni kan..saya pun rasa susah bila ada blog yang guna keyword verification ni

    BalasPadam
  24. Betul tu kakcik,skrg nie word verification tu susah2 plk....

    BalasPadam
  25. memang menyemakkan...saya ingat akak kot yang remind saya pasal benda ni.. Dah buang lamaaaa dah.

    akak cam ne nak letak gambar kita kat link tu ek? Macam saya cuma dia keluar logo Blogger tu kan. yang akak keluar gamabr akak tu..

    BalasPadam
  26. setuju kak chik .cian tau cik ina dah lah rabun , asyik tukar word je nak cari word yang senang sikit.

    BalasPadam
  27. TQ kakcik, makchaq baru hide, betui ka ni?

    BalasPadam
  28. Sy pon dlu ditegur oleh seorang blogger mcm Anaa. Mmg menyusahkan mender neh

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.