Kawan-kawan kakcik

Selasa, 21 Februari 2012

Bagaimana membuang 'pengesahan perkataan'...

... atau dalam Bahasa Inggerisnya 'word verification' ...

Sebenarnya, kakcik selalu menghadapi masalah untuk meninggalkan komen di ruang komen kawan-kawan yang menggunakan 'pengesahan perkataan' ini.  Antaranya ialah blog Kakya dan blog Queenie.  Kebetulan, kakcik membaca keluhan Queenie di sini.

Bagi membuang 'pengesahan perkataan' itu, ianya sangat mudah.  Cuma pergi ke TETAPAN dan pilih ULASAN...

Kemudian cari 'Papar pengesahan perkataan untuk ulasan' dan tandakan butang TIDAK. 


Seperti biasa, selepas menanda butang itu, jangan lupa klik SIMPAN TETAPAN. Itu sahaja.



14 ulasan:

  1. Assalamualaikum...

    Ya kak! Sekarang ni word verification tu dah makin payah, ada 2 perkataan kena taip dan sukar nak pastikan perkataannya, kadangkali kena 3-4 kali baru lepas...

    BalasPadam
  2. Harap2 kakya dpt buat kan kakchik..selalu nak komen tp sukar sgt nak baca WV kat bloq dia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh Eye..
      Tengah berusha ni.. Kat dashboard kakya tak jumpa pulak WV dialog box tu..
      InsyaAllah .. Kelabu mata bila nak menaip saya bukan robot tu...

      Terima kasih kakcik...

      Padam
  3. Kena verify perkataan yg berpintal tu buat mata ikut berpintal kakcik. Sebab sekarang dah ada 2 perkataan diberi..

    BalasPadam
  4. saya memang kurang gemar komen yang ada word verification tu

    BalasPadam
  5. salam ma
    cheqna pun ada buat n3 pasal ni dan pernah buat tutorial cara nak buang wv ni
    skang susah sbb wv ni ada 2 perkataan...kalau sekali taip lepas ok r..kalau 2,3 kali salah jugak..memang tak terkomen le jawabnyer...=)

    BalasPadam
  6. hihi tina bab wv mmg fail, selalu je salah taip

    BalasPadam
  7. Salam kakcik,

    Word verification mmg agak menyusahkan kite kan... Bagus k.cik tunjuk cara2 ni... Rajin! Thumb up utk kakcik :)

    BalasPadam
  8. btol tu kdg2 rs sgt2 annoying lbh2 lg WV da jd semakin pening

    BalasPadam
  9. Terimakasih atas tunjuk ajar.
    Makan apa tengahhari ni?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum wbt tuan rumah....

    terimakasih atas tunjuk ajar...
    saya nak usahakanlah ni...
    baru siap kerja yg penting-penting..
    kakcik bercuti ker hari ini?

    BalasPadam
  11. sama la..ada bende tu mmg hilang nafsu nak komen :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com