Kawan-kawan kakcik

Selasa, 29 Mei 2012

Hidangan puluhan jenis kuih dan juadah...

Sila jangan muntah menatap gambar-gambar berikut, ya. Rasanya banyak lagi yang tidak terakam dalam kamera kecil kakcik pada malam tersebut. :(

Ketupat sotong yang belum dimasak.


Buah gomak.

Ini Puteri Mandi, kan?

Buah Melaka.

Belebak (?)

Apom.

Nasi Manis @ Wajik.

Ketupat.

Kuih Pelita.

Pulut + ikan masin + kelapa parut.

Pulut + inti.

Lopes sagu.

Ada 'akok' di situ.

En Suami sedng melakukan 'pemeriksaan' - kononnyalah!

Hirisan sayur-sayuran untuk dimakan bersama  laksam.

Laksa dan laksam.

Yang putih itu - kuih serabai. Turut kelihatan, sate (satay) dan roti jala.


Goreng pisang pun ada.

Ayam percik.

Gulai nangka.

Kerabu rebung.

53 ulasan:

  1. salam kakcik. Wuish.. banyaknya makanan kakcik. Mana satu nak pilih tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Kakpah.

      Saya tengok, ambil gambar - tapi tak makan pun! Kenyang tengok je... Saya cuma 'jamah' ayam percik tu. :)

      Padam
  2. woohhooooo.... rasa nak makan semua tu.... sedaaapp nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kakcik tak termakan pun. Sebu perut dengan meihat je. :)

      Padam
  3. Saloam Kakcik,
    Only in Kelantan!

    BalasPadam
  4. As salam Kakcik,

    Selamat Pagi! Meriahnya tengok lauk2 tu semua! ketupat sotong tu nampak menarik sgt2... Nnt Marya nak try buat lah...hehehe... Takkan kakcik jamah ayam percik je... Kalau sy ni dh rambang mata... Semua nak cuba & ngap! :)))

    Semoga ceria selalu kak Cik... Take care :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam dan selamat pagi Marya.

      Memang kakcik tak makan pun kuih-kuih tu. Perut rasa penuh dan kenyang selepas makan ayam percik. :)

      Padam
  5. assalammualaikum kakchik.belebak tu kuih apa ye?first time gak nengok kuih ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam Lea.

      Belebak itu dibungkus seperti kuih koci, tapi bahagian atasnya sedikit terbuka. Tak silap kakcik, isinya ialah pulut+keledek.

      Padam
  6. kt mana nih kakcik? pg2 dh tgk gambar mkn2 terliur betul lah... dhla lum bfast lg nih... sedap2 laktu sume yg ada tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Kota Bharu, Kelantan sempena program Integrasi Nasional warga Bernas. :)

      Padam
  7. salam kakcik
    buah gomak tu saya panggil ke'pal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya agak berbeza dengan tepung gomak, kan? :)

      Padam
  8. sedapnya laksam buat sendiri dengan tepung beras. lompat tikam, pulut inti. pulut pagi ada tak? woahhh, nak balik kampung sekarang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pun suka makan laksam, tapi pada malam itu kakcik tak makan pun. :(

      Padam
  9. salam kak cik.. wahhh, meriahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam. Memang meriah sangat-sangat. :)

      Padam
  10. ya .. Allah .. banyaknya jenis makanan. itu yang selalu saya miss bila berada di luar negara. ada dua jenis kueh yang popular di NS iaitu Puteri Mandi dan Buah Melaka aka kolopong ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayangnya kalau makanan tu akhirnya dibuang sahaja, kan?

      Padam
  11. aduiii..lapar kak epagi tgk benda2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik dah makan nasi goreng tadi. :)

      Padam
  12. saya suka yang no 2 fav tue hehe...

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. Mak tak sempat rasa tapi Abgbob kata, isinya agak manis!

      Padam
  14. Huiii banyak betul kakcik. Ini utk mereka yg hadir perhimpunan itu ke? Kakak suka laksam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidangan disediakan oleh penduduk kampung untuk para peserta dengan dana yang dikeluarkan oleh pihak Bernas. :)

      Padam
  15. kakcik byk kuih yg lama2 saya jmpa kat sini antaranya tepung gomakkan..aduiiii rindunya!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sisdee asal dari Kelantan ya? Mesti ada di antara kuih tu yang Sisdee pandai buat kan? :)

      Padam
  16. tempting tengok mcm2 makanan pagi ni. adoi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mampu makan semua tu, harus tiga hari trgolek tak bangun kot! ;-)

      Padam
  17. fuh. meriah dgn makanan!

    belebak tu rupa dia cam koci. tapi adakah rasanya sama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti rasanya berbeza sama sekali walaupun mak tak cuba memakannya. :)

      Padam
  18. Balasan
    1. Jangan sampai tercekik ayoliyo pulak weh! :)

      Padam
  19. sedapnya sotong ammc tu...dulu mak saya selalu buat bila weekend..ni kira special menu setiap weekend....

    wah semuanya sedap sangat..ada sagu, ada gulai nangka.

    kuih pelita tu mak saya ounya feveret..pernah sekali saya buatkan untuk mak tapi terlebih kapur..sian dia...lain kali la nak buat lagi untuk dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam ada...

      kakcik cuma tahu buat lopes sagu tu saja. :)

      Padam
  20. Banyak nyer makanan kakcik....dlm banyak2 tu...Pulut+ikanmasin+kelapaparut tu menjadi idaman hati...lamaaaaaaanya tak makan.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik suka makan pulut+mangga+santan. :)

      Padam
  21. Banyak lagi mknn Kelantan yg belum zana cuba, belebak, buah gomak? kerabu rebung...ish..puasa ni kakcik weh!!

    Zana nak kirim mangga la kakcik tp nanti kakcik berat pulak nak bawa. Kakcik naik Mas ke airasia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik naik AA. Zana nak buah mangga macamana? Kakcik cuma berada dua hari saj kat sana nanti. Bawa pakaian pun tak banyak, jadi InsyaAllah bolehlah bawakan mangga tu. Zana ada no hp kakcik, kan? Nanti sms kakcik nak mangga yang macamana, ya? :)

      Padam
  22. 1st time tengok ketupat sotong mak! dalam perut sotong tu ada pulut ek??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, ada pulut dalam perutnya. Tak silap mak, rasanya lemak manis. :)

      Padam
  23. meriahnya menunya kakcik..lama sungguh tak makan laksam.. nak buat sendiri tu bercinta!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kakcik suka makan laksam, tapi membuatnya kakcik tak reti. :)

      Padam
  24. pengsan tengok juadah yg sedap2 tu k.cik... teringin nak cubit sana sikit, sini sikit, situ sikit...

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum,
    Kakcik memang bersalah buatkan saya rasa nak balik kg lagi sekali padahal baru minggu lepas dah balik tapi x sempat pi borong semua tu...aduhai...selamat bersantai di kelantan ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam Anyss.

      Kakcik berada di Kelantan pada 24-27/5 sahaja. Tak banyak yang kakcik beli pun, cuma suka 'berjalan-jalan' je. :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.