Kawan-kawan kakcik

Isnin, 28 Mei 2012

Di mana suamiku???...

eh... jangan salah faham.  Suami kakcik tak hilang ke mana-mana pun.  Kakcik cuma hendak letak di sini, gambar-gambar suami kakcik yang sempat dirakam dalam program tempohari.  Ada juga program yang kakcik tak ikut, jadi tak dapatlah kakcik merakam gelagatnya.  Kepada 'siapa-siapa' yang tertanya-tanya 'di mana Bob berada', cuba intai-intai dalam gambar-gambar berikut, ada atau tidak terselit wajah glamour suamiku itu... hehehe...

Di KLIA - 'menjemput' kehadiran peserta dari Sabah dan Sarawak.

Memastikan kesemuanya selamat menaiki bas untuk ke Pantai Timur.

Sebaik tiba pada 24/05/2012 - menyertai para peserta di promosi
pembuatan batik - Kg. Seterpa.


Kemudian menyertai peserta seketika di Pasar Siti Khadijah, sebelum
ke hotel New Pacific untuk mendaftar masuk.

'Bergaya' bersama buah salak di Kg Seterpa.

Gotong royong bersama masyarakat setempat.

Di acara 'beruk naik nyor'.

Menyertai sukan rakyat.

Di jamuan makan malam (50 jenis juadah) bersama penduduk kampung
dan para peserta program intergrasi.

Sebelah siangnya (sebelum jamuan diadakan), di pertunjukan 'cara-
cara menyediakan dan memasak ayam percik juga ketupat sotong'.

Saat para peserta akan meninggalkan keluarga angkat di Homestay
KRT Seterpa/Kg. Pak Rahmat, Peringat.

Di Rantau Panjang.

Malam penutup di Perdana Resort - sebelum para peserta dan tetamu tiba. 
Baju itu kemudiannya ditukar dengan baju batik mengikut kehendak majlis.

Kalau masih tidak berpuas hati, bolehlah bertanya dengan En. Mazfauzi
ini.  Beliau yang dipertanggungjawabkan untuk membawa (bukan atas
permintaan En Suami pun) suami ke sana sini.  Sekian, terima kasih.


26 ulasan:

  1. banyaknya aktiviti yang dibuat..bagus betul kan..siap ada gotong royong..bernas..arwah ayah mertua saya pun orang bernas..

    BalasPadam
  2. saya suka sangat aktiviti camni.. ada sukan rakyat, gotong royong, demo masak dll... kakcik kalo ke tganu, jgn lupa singgah rumah tau..

    BalasPadam
  3. Bestnya dapat join aktiviti macam tu, mengenali budaya masyarakat setempat dan yang penting bab makan.

    BalasPadam
  4. SUKA tengok rakan2 buat ayam percik..tambah2 selera apabila makan ramai2...

    BalasPadam
  5. Snyum kacak, ,ehemm bolehlagi tu buat memikat, ,huuue

    BalasPadam
  6. wah, siap ada gotong royong! teringin saya nak join benda2 macam ni..ekekekeke

    BalasPadam
  7. padat sungguh xtvt tu
    tapi yg ni paling saya suka
    acara menyediakan dan memasak ayam percik juga ketupat sotong.hehe

    BalasPadam
  8. tak menyalak ke buah salak tu kakcik? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dia menyalak, mahu kakcik lari lintang pukang! :)

      Padam
  9. Balasan
    1. Kakcik yang rakam gambar, jadi tak dapatlah kakcik nak masuk dalam itu gambar. :)

      Padam
  10. Tengokan jadual kakcik sebagai PA tu.. nampaknya Bernas ni aktif ye... banyak program kemasyarakatan..

    BalasPadam
  11. aktif la husband kakcik. peramah lak tu. hasben ella pendiam, sib baik ada aiman. hehehe.

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik,
    nampak dahhh! Ni acara berkeluarga ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Yong...

      program integrasi nasional. Kali ini peserta dari Malaysia Timur di bawa melawat ke Pantai Timur Semenanjung. :)

      Padam
  13. Wahh byk betul aktiviti suami Kak Cik pergi yer.. seronok laa.. join aktiviti gini.. :)

    BalasPadam
  14. bestnyer program mcmni kakcik... merapatkan silaturahim..pastu boleh dpt sedara baru

    BalasPadam
  15. Kakcik.. thumbs up! merangkap PA dan jurufoto. seronok mr Bob pergi mana2 ada isteri rajin rakamkan gmbo. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cyana... elok juga ada gambar2 ini untuk jadi bukti (sekiranya diperlukan). Letih dah mendengar kisah 'lembu punya susu, sapi dapat nama ni...' :(

      Padam
  16. meriah betul haaa
    best la kan mak dpt join program camni
    happening gitu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanie... mak cuma melukut di tepi gantang je!

      Padam
  17. Salam kakcik
    Ayam percik dia terbaik. Memang best. Bila nak g kelate ni

    BalasPadam
  18. Ada yg x puas ati dgn abg bob ke mak?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.