Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 23 Mac 2012

Persahabatan yang ikhlas tidak memerlukan batas sempadan...

... selagi ianya di jalan yang diredhai Tuhan ...

berkelip-kelip kusangka bintang
rupanya lampu nampak berbalam
dari jauh ianya datang
ke teratak kakcik menghulur salam

ramai orang memuja intan
saya seorang tiada kebanggaan
beribu batu merentas lautan
bukan halangan membina hubungan

pisang sira enak dimakan
dihidang bersama kopi secawan
alamat tertera sungguh membanggakan
semoga berjaya walau dirantauan

lebah madu membawa manisan
sengatannya pula membawa pengsan
kasih Ilahi tiada batasan
memberkati ukhwah sesama insan

jangan dilayan mimpi dan angan
tiada usaha tak jadi apa
walaupun pohon nampak kekeringan
janganlah kering persahabatan kita

sungguh enak isi durian
kalau seulas tak puas dimakan
biar dilihat bagai sendirian
harumnya pasti memukau perhatian

sungguh asyik adik melakar
abang melihat menjadi leka
seputih sewangi bunga yang mekar
begitulah hendaknya persahabatan kita
Terima kasih kepada adikku Mieza (Postcode 7647) di Christchurch, New Zealand yang sudi melayangkan warkah bersama gambar-gambar bunga yang cantik itu kepada kakcik.  Kakcik sangat menghargai jalinan persahabatan dan persaudaraan ini. :)


27 ulasan:

  1. Kakcik saya teruja baca pantun nukilan akak, saya cukup kagum bila ada sebilangan blogger ni yang bijak berpantun..saya tak kreatif cam kakcik, huhu..

    BalasPadam
  2. Benar. Setuju. Yang penting ingatan yang ikhlas. Tumpang gumbira...

    BalasPadam
  3. pandai kakcik berpantun. saya suka tapi minda beku. boleh terangkan bagaimana nak latih minda supaya senang untuk mengarang pantun.

    nak tumpang tanya disini, sekiranya kakcik tahu, kak Q punya blog kenapa dah hilang semua posts.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur... macamana kakcik nak terangkan tentang melatih minda ni ya? Sebenarnya kakcik bukan pandai pun, cuma kakcik sangat suka. Kakcik buat pantun selalunya kakcik cari maksud dulu sebelum kakcik fikirkan pembayangnya. :)

      Mungkin Q sedang buat ubahsuai pada blognya kot. Nanti kakcik singgah di sana.

      Padam
  4. memnang seronok membaca nukilan pantun kak cik..

    BalasPadam
  5. suka saya baca entry mcm ni, walaupun jauh seberang lautan, persahatan terjalin tiada sempadan

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kakcik

    Terhibur membaca pantun persahabatan
    Rakan yang jauh meninggalkan pesan
    Begitu Kukuh Nilai sebuah perhubungan
    Ukhuwah yang terjalin semoga berkekalan

    BalasPadam
  7. sedap baca pantun kakcik....

    ramai peminat kakcik ni,,, murah rezeki

    BalasPadam
  8. kakcik ni kaklong masuk pertandigan berpantun maun menang nih...hhehehe!

    BalasPadam
  9. Dunia sekarang tanpa sempadan
    Dimana sahaja setiap masa
    Dialam maya wadah pertemuan
    Menjalin ukhuwah bertaut mesra

    BalasPadam
  10. berbaik dan berbudi ..... kita akan punya banyak sahabat

    BalasPadam
  11. assalam kakcik... betul kata Nida dunia sekarang mmg tanpa sempadan.... dunia sekarang dihujung jari....

    BalasPadam
  12. pandainya kak cik berpantun...

    BalasPadam
  13. Persahabatan terjalin melalui alam maya ada sentuhan hati yg unik rasanya kakcik...

    BalasPadam
  14. Siapa yg tak seronok bile dpt ole2 tanda persahabatn dari seorang kwn? Suke sgt!

    BalasPadam
  15. gembira rasanya dapat kawan yg ingat pada kita walaupun jauh beribu batu...semoga persahabatan itu kekal selamanya...:)

    BalasPadam
  16. Best nye...bertambah lagi kawan kakcik :)

    BalasPadam
  17. gembira dan seronok ye kakcik

    mesti adik nak stem tu :)

    BalasPadam
  18. wah..memang besh kan dapat sesuatu dari teman kan??
    mama sihat?

    BalasPadam
  19. indahnya persahabatan. seronoknya...

    BalasPadam
  20. saya pun dah dapat mail dari mieza ni kak
    suka sgtt

    BalasPadam
  21. cantik gambar2 tu kakcik..best kan walau jauh beribu batu tapi ikatan tetap terjalin:)

    BalasPadam
  22. best nye dpt shbt mcm tu.. budak2 skrg ni yg dekat pon dilupakan,, apatah lagi yg jauh. huu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com