Kawan-kawan kakcik

Isnin, 20 Februari 2012

Pantun luka...

burung pipit di pohon ara
hendak memikat cicak mengkarung
jiwa tersepit hati terdera
rasa tersekat nafas di rengkung


tanam di lembah pohon peria
dirempuh sapi di tengahari
begini lemah jiwa manusia
kalah menghadapi ujian Ilahi




14 ulasan:

  1. sama macam saya kak.. since sakit hati jadi macam lara je.. rasa tak tenang je. jiwa lara macam tu. walhal nak p jalan2 ni..

    BalasPadam
  2. Ala buatlah pantun suka-suka biar hati lara tu terhibur...

    BalasPadam
  3. aik tengah terluka ke kak.....sedih pulak ABK baca...tapi ABK pun tengah dan takut terluka ujian Allah daripada anak2 ABK sendiri....minta2 dijauhkan kita dari semua itu...amin

    BalasPadam
  4. kakcik, huhu, nak jawab dalam pantun gakk.. tapi tak retii, dok tersekat di rengkung jugakk..

    BalasPadam
  5. Kakcik sedih, sy pun jadi sedih. Harapnya Kakcik tabah hadapi apa jua yang didatangkan Allah. Semoga semuanya baik2.

    =(

    BalasPadam
  6. Jiwa suka atau lara itu ujian Nya.. redha je lah.. semoga resah gelisah dan duka lara menyusur lalu kala menjelang petang, dan esok berganti senyum melirik pula hendaknya.

    BalasPadam
  7. Bunga kemboja di dalam raga
    dibeli cik nyonya di pekan Rabu
    luaran saja nampak bahagia
    luka di hati siapalah yg tahu

    BalasPadam
  8. saya pun kebetulan jiwa kacau hari ini kakcik. Kita sama2 sabar ye.

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Ya... hasil karya kakcik sepenuhnya.

      Padam
  10. Kakcik, semoga tabah menghadapi dugaan..jangan nanges naa..

    Ehh Kakcik takda sebut Kakcik nanges pun, pandai2 ja saya ni..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.