Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 7 Januari 2012

Kontraktor SYABAS sudah datang...

Hari ini, kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sudah pun datang.  Tapi rasanya, bukanlah berkaitan dengan catatanku yang INI.   Pagi tadi suamiku telah menghantar emel kepada puspel@syabas.com.my dengan menyertakan gambar-gambar seperti dalam catatanku itu.

Dalam masa beberapa jam sahaja, sub-kontraktor SYABAS telah datang membuat kerja mereka.  Kebetulan suamiku terserempak dengan pekerja-pekerja itu sewaktu beliau balik untuk menunaikan solat Jumaat.  Menurut pekerja itu, mereka datang membuat kerja 'kerana ada orang sudah buat aduan'.  Hehehe... mereka tak tahu bahawa mereka sedang bercakap dengan 'orang yang membuat aduan itu'...



Disebabkan sekeliling pagar itu dilindungi pula dengan gulungan dawai berduri, mungkin sukar kerja-kerja pembersihan hendak dilakukan sepenuhnya ...



30 ulasan:

  1. barulah tak semak sket mata memandang

    BalasPadam
  2. Salam Kakcik,

    Kalau org tak ngadu? Ni reaktif namanya. Dah kena ketuk baru nak bertindak. Pe2 pun nampak diclear...

    BalasPadam
  3. Singgah malam kakcik..

    Cakap pasal Syabas ni,, saya dah malas nak bertekak.. Kita ngadu sepatah, dorang bagi alasan menjela- jela..

    Saya baru nak makan ni kakcik.. Kakcik dah mam?

    Selamat berhujung minggu ye kakcik..

    BalasPadam
  4. Syabas lah, dah clear, barulah sedap mata memandang, tak perlu risau ular dan biawak..hehehehehe

    BalasPadam
  5. SALAM,
    BERKESAN ADUAN , ALHAMDULILLAH. PIHAK YG BERKENAAN NI, LAIN KALI TAK PAYAHLAJH TUNGGU ADUAN .... SELALULAH RONDA2 KAWASAN DAN AMBIL TINDAKAN APA YG PATUT.

    BalasPadam
  6. Sallam kakcik,

    kalau dah buat aduan cepat2 aja mereka bertindak yee..kalau tak pun buat tak nampak je kut.

    BalasPadam
  7. thumbs up kakcik!
    saya bab mengomen hal2 company pandai. hal2 peribadi, rumah sendiri tenggelam. erk..air rumah kecik ni...sedey.

    BalasPadam
  8. Mesti cantik Abang Mus mengayat email ke syabas kakcik. Cepat dia dtg ambil tindakan.

    Selesai Abang Mus jalankan fardhu kifayah di kawasan kakcik...

    BalasPadam
  9. nak kena tunggu ngadu jugak baru nak gerak...

    BalasPadam
  10. syukurlah dah diambil tindakan ..taklah sakit lg mata memandang lepas ni kan kak cik...

    BalasPadam
  11. agak nya kerja mereka tunggu orang mengadu aje..tak adu tak buat.

    BalasPadam
  12. kadang2 teknologi mengukuhkan faktakan... tahniah ..Cepat depa mai bila tgk gambar...

    BalasPadam
  13. kalau kak cihik beli saham SYABAS boleh buat aduan tiap hari heee

    BalasPadam
  14. assalamualaikum kakakku kakcik.. apa kabo?

    aduan yg dibuat adalah tanda sikap yg prihatin..kalau ramai yg prihatin, mungkin negara kita lebih makmur..

    BalasPadam
  15. mak ai..penuh ngan kawat duri..mmg jenuh la nak bersihkan tu..

    BalasPadam
  16. Sekurang-kurang depa bertindak dari dok senyap saja.

    BalasPadam
  17. ha...ha....padan muka depa....depa tak taw kot...dengan hujung jari ni....sekejap jer leh adu sana sini....padan muka depa....ahakz

    BalasPadam
  18. boleh pun dibersihkan.. hehe. Barulah ular pun payah nak cari habitat...

    BalasPadam
  19. landmark ke rumah kak cik ni.. kena jaga cantik2.. he..he.. kdg tu bila kita tak buat aduan, mereka terlepas pandang pada perkara2 yg sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka utk membuat pemantauan..

    BalasPadam
  20. Ulaq sawa pun tak bleh menyorok dah di situ :)

    BalasPadam
  21. kalau Syabas tak dtg jugak, memang patut kakcik report kat karam singh walia..ahahahaha

    BalasPadam
  22. syabas kepada syabas kerana cepat bertindak atas aduan.

    tak syabas kepada syabas kerana macam pahat dengan penukul.

    BalasPadam
  23. baru nak ngadu sampah tak dikutip kat umah mak Alin..harap2 dorang layan

    BalasPadam
  24. syabas kerana syabas telah datang.. (",)

    BalasPadam
  25. cekap cepat dan mesraaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com