Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 30 Disember 2011

Alahai kontraktor SYABAS!...

macamana nak ucapkan 'syabas' kalau begini gaya kerjanya? ...





Bila dibuat aduan supaya bersihkan rumput-rampai, lalang dan serbanika tumbuhan serta sampah di kawasan tangki air itu, datanglah kontraktor yang dilantik untuk buat kerja.  Tapi kerja yang dibuat, tidak lebih sebagai melepaskan batuk di tangga. 

Yang dibersihkan cuma yang senang untuk diuruskan.  Rumput yang memanjang dan menjalar pada pagar yang mengelilingi tangki air itu sedikit pun tidak disentuh.  Kalau tak hendak buat, biar kami yang duduk di kawasan itu yang buat.  Tapi, masalahnya pintu pagar tangki itu dikunci dan dimangga.  Tak ada siapa yang nak menceroboh kawasan itu aih!


18 ulasan:

  1. Masa kontraktor tu datang, akak2 siap-siap beritahu dulu kak...kalau bersihkan biar betul...:)

    Nak buat mcm mana kak, nilah buat kerja sambil lewa, nak yang mudah je...manusia..huhu

    BalasPadam
  2. ~yus~...

    masalahnya, mereka datang waktu kita keluar bekerja. :(

    BalasPadam
  3. Rumput sudah hampir sama tinggi dengar pagar...mesti orang lalu lalang sakit mata...

    BalasPadam
  4. LS...

    itulah. Bukan setakat sakit mata, hati pun sakit juga. Ular sawa dan biawak dah tentu ada di kawasan itu. :(

    BalasPadam
  5. Buat aduan sekali lagi, kali ni pasal kontractor yg buat kerja sambil lewa, biar kontract dia dibatalkan..

    BalasPadam
  6. lahai syabas...syabas keran korang telah membuatkan kakcik ku sakit mata dan hati...

    BalasPadam
  7. tu sekadar buat apa yg disuruh...
    lagi pun - bagi depa
    bukannya big boss depa nak check pun...
    begitu lah jadiknya!

    BalasPadam
  8. itulah hasil kerja sambil lewa, yang di adu pun macam tak terbuat... alahai ~

    BalasPadam
  9. ni yg kat rmh kakcik ek?
    betui ckp @cu.. mcm sarang ulor dh kak oii..

    BalasPadam
  10. Salam, ular ada... ntah ntah naga pun ada kak oii..

    BalasPadam
  11. bila disuruh baru nak buat.. sedangkan itukan salah satu tugas yang diberi..

    BalasPadam
  12. Tu dia aihhh, ulaq sawa menyorok dalam tupun tak nampak..

    BalasPadam
  13. berkenaan penggunaan peribahasa "melepaskan batuk di tangga"..... sekiranya akak ada masa terluang, sudilah kiranya membaca blog di bawah dan beri pandangan yer....

    http://bedaduz2.blogspot.com/2011/12/harapkan-pegar-pegar-makan-padi.html

    BalasPadam
  14. syabas kakcik utk entri ini...hihihiih... dah nmpk ala2 mini safari dah tuh... bahaya utk penduduk2 sekitarnyerlah kan? terutama umah bernombor...errr...lupa....hihiihih

    BalasPadam
  15. kontraktor syabas kalu buat kerje skit tukar small L join pipe antara kiri dan kanan meter air syabas, dan submit kan dokumen untuk saya chargenya RM500 , gile.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com