Kawan-kawan kakcik

Selasa, 3 Januari 2012

Jalan-jalan di suatu petang...

Mula-mula ke Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya...

Banyaknya monyet di sini.  Jinak-jinak pula tu...

Mereka tak ganggu kita, tapi kalau kita bawa makanan, mereka suka.

Yang ini pun ada.  Lebihkurang 15 ekor sewaktu dikira oleh suamiku.

Ramai yang datang dekat dan haiwan ini sikit pun tak takut.  Tak silap,
tempat ini telah dijadikan tempat pelindungan haiwan liar.

Kemudian ke Kg. Kemensah berhampiran Zoo Negara. Tujuannya hanya untuk meninjau tempat yang dikatakan elok untuk berkelah bersama keluarga...






Kesimpulannya selepas melihat-lihat, aku belum merasa teruja untuk datang berkelah mahupun menginap di sini.  Jalan masuknya sahaja boleh membuatkan jantungku terasa bagai hendak tercabut!.  Sahlah aku bukannya seorang yang sukakan cabaran...


44 ulasan:

  1. kak cik..sama la kita..acik pun tak suka kan cabaran..buat nak gugur jantung je kan..

    BalasPadam
  2. Kenapa berasap2 tu kak. ada jeram air panas ke?

    BalasPadam
  3. hi kakcik...saya suka jalan2 tmpt yg mencabar..stkt ni plg mencabar jantung saya ialah semasa naik jeep ke bukit maxwell...dasyat...tp seronok

    BalasPadam
  4. Acik Erna...

    dah 'senja2' ni, macam2 yang difikirkan bila terpaksa melalui 'jalan yang berliku' begitu... :)

    BalasPadam
  5. haritu ada geng hotmama buat bbq kat kg kemensah ni, tapi tina tak join

    tak brp minat aktiviti yg melibatkan air, seram sebab bawak budak kan =)

    BalasPadam
  6. Yan...

    bukan jeram air panas, tapi ada pembakaran terbuka. :(

    BalasPadam
  7. exora...

    tahun lepas kakcik naik kereta kabel di Langkawi. Seriau juga dibuatnya. :)

    BalasPadam
  8. Tina...

    kakcik suka air - tapi kalau kotor, minat tu jadi hilang. :(

    BalasPadam
  9. Dari muda tak minat berkelah di air terjun, pergi pun masa anak2 kecik, di Melaka kaki gunung ledang (sagil)

    BalasPadam
  10. ni msti jalan hutan naik bukit turun bukit kan? kalau untuk fmly bwk budak2 mcm kureng sesuai je

    BalasPadam
  11. Kak Nani...

    masa saya muda2 dulu dan masa anak2 masih kecil, pernah juga beberapa kali kami berkelah di aliran sungai (bukan air terjunlah tapi). Tapi sekarang saya rasa dah tak larat lagi. :)

    BalasPadam
  12. Munna...

    jalannya sempit, tak sesuai untuk kereta besar. Ngeri dibuatnya. :)

    BalasPadam
  13. Salam...

    banyaknya tempat yang saya belum pernah pergi lagi... kena pergi nanti ke mini jeram ni

    p/s: Nida dah pos cenderahati buat kak cik minggu lepas, Insya Allah minggu depan sampai ke tangan kak cik..:)

    BalasPadam
  14. alamak kakcik... komen atas dan ni dari Nida tau.. guna laptop cikhubby, malas ler pulak nak sign out then sign in balik..hehe

    BalasPadam
  15. Nida...

    hehehe... kakcik ingatkan suami Nida pun dah 'tahu' singgah ke blog kakcik ni.

    Tadi kakcik nak tinggal komen di blog Nida, tapi setiap kali kakcik tekan, dia melompat pulak ke blog lama Nida. ;-)

    BalasPadam
  16. Nampak jinak tetapi kalau dah datang anginnya jadi macam kat Zoo Melaka tu, takut...

    Anak-anak Aina dah fobia dengan keluarga monyet nih. Pergi ke Hutan Lipur Kanching, beli ais krim dan tiba2 di kerumuni monyet dan tiba2 dia rampas ais krim dari tangan anak. Masing2 dah menagis2 bila masih ada yang mengikut sehingga ke kereta.

    BalasPadam
  17. Aina...

    kakcik pun takut dengan monyet2 tu. Kakcik bagi makanan dari dalam kereta, dia datang bertenggek tepi tingkap. Risau kalau dia masuk dalam kereta, cepat2 naikkan cermin. ;-)

    BalasPadam
  18. kak cik yg dekat 15 ekor tu khinzir hutan ke, sy kurang cam sikit ni..gambar tak jelas sgt..takutnya tgk...

    BalasPadam
  19. air sungai kat situ mmg kotor, kan kak. Haritu ella pergi, kalernya mengalahkan kaler Nescafe Ais. nak mandi pun tertutup selera.

    BalasPadam
  20. ada jugak baca kat blog2 orang pasal tempat berkelah kat kemensah ni...
    tapi iols tak penah pegi...

    most review kata ok...

    BalasPadam
  21. Eeee....banyaknya ba.....takut nak pergi.......

    BalasPadam
  22. kenapa sy x tau tmpt ni walaupun dok berdekatan?

    BalasPadam
  23. LS...

    ya... itulah khinzir hutan...

    BalasPadam
  24. Ella...

    kakcik jengah dari dalam kereta je. Tak turun pun, tapi memang nampak airnya macam tak sesuai untuk dibuat mandi manda.

    BalasPadam
  25. milo...

    mungkin yang kata ok tu, mereka yang sukakan cabaran - tidak macam kakcik. :)

    BalasPadam
  26. Arizakiah...

    nampaknya ba** tu tak kacau orang. Siap boleh makan atas tangan. Tapi kakcik dan keluarga tengok dari dalam kereta je!

    BalasPadam
  27. KhaiRin...

    yang dekat tu, Taman TAR ke atau Kg. Kemensah? :)

    BalasPadam
  28. sekarang ni payah nak cari sungai yg bersih kakcik...dua kali piknik kat Ulu Yam, dua kali anak saya masuk hospital...kali pertama doktor tanya ada pigi sungei ker? saya jawab ada...kali kedua doktor tanya, saya dah segan nak jawab pasal terasa macam jenis org tak reti seriknya hehhe....

    kakcik, yg 15 ekor tu, takder anaknya ker?
    anak2 depa lawa tau corak bulunya.. mmg tak sangka dgn rupanya dikala tua....

    komen utk prev entri :

    aku bersyukur tiada anak dara
    terkenang payahnya aku masa remaja
    siang malam orang merisik
    bila ditolak dibomohkan ku balik

    bukan senang jadi perempuan
    gangguannya banyak setiap penjuru
    mak ayah pun pening aduh kesian
    hidup bagai banduan sering diburu

    aku bersyukur dengan 6 hero ku..

    BalasPadam
  29. Q...

    yang 15 ekoq tu ada anaknya, tapi bukan yang baru lahir...

    Kakcik juga bersyukur dengan 4 hero yang kakcik ada. Alhamdulillah. :)

    BalasPadam
  30. pilih untuk duk rumah pasang air con, ulang tayang cerita korea, tarik selimut dari masuk hutan ni..Hani pun tak suka cabaran.

    BalasPadam
  31. pakai 4x4 pasti enjoy.
    kakcik nanti kalau join ayu.. kita jadi tukang masak2 jerlah.. hehehhe

    BalasPadam
  32. Dulu blogger DJ EPOI pernah buat gathering sambil berkelah kat Kemensah tu. Nampak macam elok jer kawasan tu, siap ada kolam mandi lagi. Ntah part mana...

    BalasPadam
  33. Chik Att...

    boleh kena saman tu kerana melakukan pencemaran. :)

    BalasPadam
  34. Hani...

    kalau kakcik, duduk rumah pasang aircond sambil ngadap laptop! :)

    BalasPadam
  35. Ayu...

    kalau air sungai tyu 'cantik', silap2 Ayu masak sorang dan kakcik sedap berendam! :)

    BalasPadam
  36. Azie...

    kakcik ada nampak kolam kat situ, tapi bukanlah macam kolam kat hotel. Kalau tak silap pandangan kakcik, bayaran untuk dewasa RM3 dan kanak2 RM2 (tapi tak nampak ada orang mandi pun masa kakcik lalu tu). :)

    BalasPadam
  37. btui3... jln nk masuk buatkan mood tergendala...huhuhuh

    BalasPadam
  38. biarpun duduk area selangor, cik ina belum pernah sampai ke sini. cik ina memang suka tempat-tempat cam ni, rasa sejuk mata memandang : )

    BalasPadam
  39. Ayu...

    kakcik dah terasa2 je kereta terbabas ke tepi jalan yang agak curam tu... ;-)

    BalasPadam
  40. Cik Ina...

    nanti bolehlah ajak suami dan anak2 jalan ke sana. :)

    BalasPadam
  41. saya pernah gi kemensah tu, nasib baik day-trip, kalau disuruh tidur situ, huwaaa...!

    BalasPadam
  42. KOG...

    hahaha... tidur bertemankan 'alam' - best juga tu!

    BalasPadam
  43. x pergilah saya tempat ni. saya cerewet bab toilet. huhu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.