Kawan-kawan kakcik

Khamis, 15 Disember 2011

Sarapan pagi di Warung Kak Watie...

Sebenarnya ini adalah gambar yang diambil pada pagi Khamis minggu lepas (8/12/2011)...


Kak Watie memang berasal dari Kuching, Sarawak

Macam-macam lauk pauk telah siap dimasak bagai untuk makan tengahari.

Silalah pilih, tapi jangan lupa bayar ya.

Ramaikan pelanggannya?


Dalam banyak-banyak makanan, ini sahaja yang kuambil.  Itupun tak habis
mee goreng itu kumakan.

Terletak betul-betul di seberang jalan berhadapan Masjid Jame' Al Shahab ini.

32 ulasan:

  1. Kakcik jenis tak suka makan, banyak betul kakak tengok sikit je kakcik ambil pun tak habis...

    BalasPadam
  2. Salam Kakcik,

    Mengancam lauk2nya tu.

    Kat mana terletaknya tempat ni.

    BalasPadam
  3. banyak sungguh pilihan..
    kalau sya pun tak terpilih nak makan apa (,")

    kak cik
    mungkin sya tak dapat sertai perjumpaan 18hb ni, entah tak pasti
    sebab utama tengah malam esok sya kena jemput enpakwe di lcct dan hantar dia balik ke rompin dengan 3 rakan sekerjanya
    w/pun mcmtu sya cuba sedaya upaya utk menghadirkan diri

    BalasPadam
  4. kalau qema mmg tak tau nak amik lauk pauk yang mana dah tu, banyak pilihan :)

    Hari-hari bawa bekal je ke opis sekarang ni, musim hujan kurang rajin nak kuar:)

    BalasPadam
  5. saya suka ke warung sarapan yg awal2 pagi dah prepare lauk tengahari..boleh lah kita ambik ayam ke,daging ke sekali utk makan sekali dgn mee goreng/nasik lemak! hahah

    BalasPadam
  6. Kakzakie...

    kakcik ni memang jenis tak reti makan lauk banyak2 sekaligus. Sebab nanti, macam 'hilang rasa'. Kalau ikut nafsu, memang semua hendak diambil. :)

    BalasPadam
  7. pB...

    cuaca sejuk ni memang perut cepat lapo. :)

    BalasPadam
  8. W/salam Kak Ani...

    tempat itu di Kepala Batas, Kedah. :)

    BalasPadam
  9. Eja...

    kalau ada halangan tak mengapalah. Mungkin kita boleh berjumpa di lain masa. Jangan terburu2, berhati2lah di jalanraya, ya. :)

    BalasPadam
  10. Qema...

    memang rambang mata dibuatnya. Kakcik ni walaupu kadang2 masak diawal pagi, masih malas nak bawa bekal. Tak baik sungguh, kan? :)

    BalasPadam
  11. ni warung yg dekat dgn sekolah tu ke?

    kek takde ke :)

    BalasPadam
  12. Dr Faiz...

    mungkin sebab kakcik ni dah tua, selera kakcik dah tak macam dulu lagi. Tengok ayam pun dah tak merangsang selera. :)

    Eh! nanti bawa nasi ayam hainan ke lagi? (hari itu tak sempat rasa tau...)

    BalasPadam
  13. Ati...

    sekolah? Kakcik tak perasan pulak. Tapi setentang dengan Masjid.

    Kek? Kek lapis tak ada pulak dia jual. :)

    BalasPadam
  14. tak habis makan sebab tak sedap atau sebab kenyang?

    BalasPadam
  15. PM...

    makan sekadar mengalas perut agar tidak kelaparan je. :)

    BalasPadam
  16. akak memang makan sikit eh??
    ke... tak de selera kak???

    meriah nya nampak lauk-pauk kat gerai tu...

    BalasPadam
  17. amboi.. gulai nangka tu..:p
    kegemaran saya tu..

    BalasPadam
  18. jauh pulak tu kak chik.ada masakan sarawak tak?

    BalasPadam
  19. Su...

    selera tu ada, tapi kadang2 macam tersekat je... :)

    BalasPadam
  20. Diana...

    kakcik memang suka makan sayur2 kampung. Tambah2 kalau masak lemak. Tapi pagi2 sangat nak makan, takut masuk angin. :)

    BalasPadam
  21. Lea...

    masakannya lebih kepada selera orang Utara. Buat masakan Sarawak, takut tak sesuai pulak, kan? :)

    BalasPadam
  22. Fara...

    tak aihhhh... jaubh kat Kedah sana nunnnn. :)

    BalasPadam
  23. kalau saya pula mesti x cukup...hehe, dasar kuat makan saya ni kak cik!tolong......

    BalasPadam
  24. LS...

    sementara ada selera, makan je asal tidak sampai memudaratkan kesihatan. :)

    BalasPadam
  25. rajinnya kakcik ngambik gambo yak.. terus terang saya katakan.. saya jadi teringin nak beli kamera yg kecik pulak dibuatnya hihihi.. yg ada sekarang ni susah nak bawak..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com