Kawan-kawan kakcik

Khamis, 15 Disember 2011

Masih ingat tak lagi...

Satu ketika dulu kalau kita ke hospital, kita akan 'disambut' dengan bau Dettol (tandanya hospital itu sentiasa dicuci - agaknyalah).  Mungkin bau itu sangat tidak menyenangkan bagi sesetengah orang.  Tapi, mahu atau tidak kita terpaksa juga menyedut bau itu.

Lain kejadiannya yang aku alami petang semalam.  Sebaik melangkahkan kaki masuk ke Wad 5A sebuah hospital, hidung aku disambut dengan bau hancing yang sangat-sangat menyengat.  Hampir separuh wad tersebut di'sirami' oleh bau yang istimewa itu.  Bukan aku seorang yang menghidunya, tapi semua yang masuk ke situ.  Apakah mungkin para petugas di hospital berkenaan termasuk para pegawai perubatan dan jururawat telah 'kebal' dengan bau begitu lalu mereka tidak merasa apa-apa?  Entahlah...

Gara-gara hujan lebat dan banjir kilat di beberapa batang jalanraya di Kuala
Lumpur petang semalam, sedar-sedar nombor plet bahagian hadapan
keretaku telah tiada lagi.



30 ulasan:

  1. bebaru ni saya terpaksa bergelumang ngan bau najis dalam wad...seorang pesakit telah tertabur hasil mahsyulnya sebelum sempat ke tandas..
    rasanya baru semalam saya berkeinginan menyuapkan makanan ke mulut sendiri hehe....

    dulu dettol dan hospital sgt sinonim sampai segala makan minumnya diresapi bau tu...hinggakan sampai sekarang saya tak akan beli sawi jenis panjang (sayur lazim org sakit) sebab berbau hospital wlp beli dipasar dan masak dirumah..

    BalasPadam
  2. salah satu sbb knp sy enggan dgr ckp mak utk jd doktor ialah sy x sukakan bau hospital tu

    BalasPadam
  3. Assalamaualaikum Kakcik,

    Why can't they make hospitals more home-like? Selain dr bau yg kurang enak, hiasan dalaman yg klinikal pun buat pesakit dan pelawat fobia dgn spital. Waaah plet keta dah getak?

    BalasPadam
  4. Hospital swasta sememangnya harum dan cantik..dah macam hotel
    Hospital Tentera Tuanku Mizan standard hospital swasta

    BalasPadam
  5. makaih...hospital mana tu kakcik...teruknya...

    BalasPadam
  6. bau dettol takpe kak cik, jngan bau lain hehee, pastu JANGAN TEGUR hahahhaha

    BalasPadam
  7. Tak ada kakitangan pembersiahan ke kakcik, biasa hospital ada 'cleaner' kan.

    Kereta kakcik terendam sampai aras platnya?

    BalasPadam
  8. Salam Kak CIk..

    Nida pula suka sangat bau dettol... sebabnya masa di UKM dulu ambil course yang memang perlu disinkfektan sentiasa, dettol tu memang jadi bahan mainan.. kemudian bila jadi guru biologi ni. bau yang sama juga selalu digunakan.. akibatnya dah macam ketagih pulak bau tu..

    BalasPadam
  9. dulu2 semua berjaga..saya pun kak cik ada pengalaman serupa masa anak saya warded sebab rotavirus..

    udahla bau hancing dan bau tahi sebab mostly yang warded tu kena masalah sama..tapi sekrang tak macam dulu..dah tak dijaga betul2..

    bukan sahaja kebersihan hospital, khidmat drtor pun lousy..bukan nak menmbah2 cerita tapi it happen to me..saya bukanlah seorang yang cerewet tapi bayangkanlah kak cik, anak saya kena rota kemudian satu apa pun tak masuk dalam badan dia sebab kalau menyusu pun dia akan muntah..dan kita pun tau bila kena rota masuk air sajalah.
    nak jadi cerita pg masa warded salur masuk air tak fungsi sebab taula anak kecik..manala dia suka. tapi ambil masa sampai petang baru betulkan dengan alasan nurse dah tak boleh buat..kena doktor pelatih buat..bukan tak panggil dan maklum dr pagi tu , tapi dah panggil setiap sejam..bayangkanlah dengan tak makan apa, air tak masuk sampai petang..

    hihi kalau nak cerita banyak lah lagi..tapi memang khidmat spital sekarang memang mneyedihkan..tapi satu yang saya ppuji..selama saya berjumpa dengan nurse2 khidmat diorang tetap super malah kadang lebih baik dr dktr pelatih....

    BalasPadam
  10. SALAM,
    MEMALUKAN .... HOSPITAL YG SEPATUTNYA MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN ... HARAP PIHAK BERKAITAN MEMBACA ENTRI INI

    BalasPadam
  11. yey, boleh buat plet number baru!!!

    buat huruf melingkau2 ye kakcik? :D

    BalasPadam
  12. Memalukan. Hospital sepatutnya mengutamakan kebersihan dan kesihatan bukan tempat menyebarkan kuman.

    BalasPadam
  13. dettol dulu murah kak cik skrg hospital...charge itu charge ini smpi x de duit nk beli dettol hehehe

    BalasPadam
  14. Takat ni puas hati sangat ngan hospital serdang, tiap jam rasanya ada cleaner datang cuci, persekitaran pun tenang..

    kalau dah bau camtu, tambah sakit rasanya..harap ada pembaikan la pasni.

    BalasPadam
  15. yer....masih ingat lagu bau-bauan di setiap hospital atau klinik perubatan sekitar 20 tahun lepas.. ada perbezaannya

    BalasPadam
  16. org awam kena tegur kot kak cik... barulah pihak mereka ada kesedaran untuk memperbaiki perkara tersebut.. bila sudah begitu, bukan saja pelawat, pesakit pun tentunya berasa tidak selesa..

    BalasPadam
  17. dia orang pun dah malas nak ambil pot(peduli)..lantakkk lahhhh...!

    BalasPadam
  18. saya takut dengan bau hospital!
    dari dulu lagi.. hehe..

    cantik la keta kakchik! warna itu sangat mempesonakn!
    hmm nampaknya kena cari plet baru ler...

    BalasPadam
  19. kak cik...dulu2 attendan hospital buat kerja2 pembersihan tetapi sekarang telah di kontrakkan kepada syarikat tertentu...

    agaknya semua petugas syarikat tersebut MOGOK kot hari tu...:)

    BalasPadam
  20. hidung mereka sudah 'kalis' kot...
    hehehe
    ma..mr black pernah hilang nombor plat bila banjir dulu..hehehe

    BalasPadam
  21. hanyut ke mana la plet tu agaknya~he~~

    BalasPadam
  22. betul tu akak, bau dettol tu le buat saya kecut perut tiap kali pegi hospital

    BalasPadam
  23. Situasi bau hancing tu pun pnh sy alami juga. Mmm....tak sempat nak cuci dgn dettol sepenuhnya kot Kakcik?

    BalasPadam
  24. selalu jika masuk spital.. kami selalu ckp.. bau ubat..

    pernah sekali pitam sebab tak tahan bau wangian bercampur ngan bau spital..

    BalasPadam
  25. ye kita kena btahu lah kak .. kalau saya , pi je kat nurse beritahu x bauu ke hancing ya ampunn tu .. nak kami2 yg dtg nie pengsan ke kekek .. hurmm kdg2 mereka nie kak x sedar .. koot kerja banyak x perasan kann hahah alasannn !! erghhhhhhhhhh

    BalasPadam
  26. selalu bukan ke bab membersih ni spital bagi kat kompeni2 lain yang buat? contoh macam radicare.. saya suka bau dettol.. :)

    BalasPadam
  27. wah hancing baunya ya...wah kalau saya sound kuat2 je..kata hancingnya tak pun tulis komen letak kat receptionist. hospital anda busuk. hehe

    BalasPadam
  28. teruknya.. kat mana tu kakcik..

    saya kadang2 fobia dgn bau hospital..bau dettol.. terkenang sewaktu menjaga arwah emak dulu.. beberapa hari tidur beralaskan bau dettol..simen yg sedikit melekit..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.