Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 24 Disember 2011

Membaca untuk memeningkan kepala...

Aku adalah peminat novel-novel karya Ramlee Awang MurshidBoleh dikatakan hampir semua novel karyanya aku miliki.  Yang terbaru, aku telah membeli novel Fiksyen 302 (klik untuk membaca sinopsisnya) karya beliau.

Selalunya bila aku membaca novel, aku memang kurang sabar untuk mengetahui kesudahan cerita.  Lalu terjadilah aku akan membaca beberapa babak /episod di hadapan sebelum terus 'melompat' ke belakang untuk mengetahui apa/siapa/bagaimana kesudahannya.  Tapi, membaca karya RAM adalah sesuatu yang berbeza dan mungkin memeningkan kepala.  Kalau membaca tidak mengikut turutan, kemungkinan untuk tidak memahami keseluruhan cerita adalah sesuatu yang agak pasti.

Siapa yang sudah membaca novel ini? 
Rupa-rupanya RAM berada di Carrefour Seberang Jaya pada 23/12/2011, iaitu pada tarikh yang sama aku berada di Seberang Jaya tapi aku terlewat mengetahuinya.


Bagi sesiapa yang suka memeningkan kepala, bolehlah cuba membaca novel ini.  Aku pun baru sahaja membaca hingga ke mukasurat 110 (setakat catatan ini dibuat).

 


11 ulasan:

  1. novel terakhir RAM yg saya beli-Rayyan Fantasi

    BalasPadam
  2. Kakcik ida pun peminat RAM..tengah baca Hijab Sang Pencinta..

    dah habis baca kebanyakan siri novel beliau..betul jika sesiapa tk suka berfikir dan tak baca novel2 terawal beliau memang tk berapa faham..

    lom dapat lagi Fiksyen 302 ni...

    tak sabar nk baca sambungan kisah Laksamana sunan, haryani dan catalina..mungkin ada sambungannya lagi

    BalasPadam
  3. cikgu pun minat kat RAM punya novel tapi dah lama tak membaca..huhu..sadis..

    BalasPadam
  4. Kakcil now abang luqman suka baca novel. English novel. Suka betul..

    saya baca buku makan tahun baru habis..heee


    p/s: kak saya ari tu ada problem dgn blog.. macam nak menangis kak. but now macam dah ok dah.. lega perut saya sikit.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    RAM tinggal kat Bangi, boleh terserempak dia kat mana-mana seperti bank (bila hujung bulan)

    BalasPadam
  6. Pengalaman saya:

    Agak ironi, bila saya menjadi pengacara suatu program khas untuk Kelab Peminat RAM suatu ketika dulu, di mana Ramlee menjadi tetamu istimewa. Tetapi saya tidak pernah membeli, atau membaca satu pun novel tulisan beliau.

    Saya terpaksa mengaku. Tapi dia tak kisah pun.

    BalasPadam
  7. eita pun peminat tegar RAM jugak ni...semua koleksi dia eita ada...
    eita baru baca m/s 10....pahtu penuh kat umah..jadi tutup dulu...nanti tak faham citer dia...
    tunggu tenang dulu baru leh sambung balik...

    BalasPadam
  8. saya sedang gigih habiskan Sutera Bidadari..

    *baru tau psl blog kelabRAM tu. thanks sis!

    BalasPadam
  9. selamat membaca kakcik..
    tengok senarai novel yg ditulisnya macam menarik jee..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com