Kawan-kawan kakcik

Khamis, 1 Disember 2011

Masalah dan 'muncung'...

Petikan ini kakcik ambil dari ruangan komen blog Puan Queenie.  Nampak tak
kakcik gunakan nama anon seperti yang ditulis oleh Pn Q itu?

Inilah masalah yang terjadi bila kakcik hendak menghantar komen di sesetengah
blog kawan-kawan.  Sebenarnya banyak juga masalah yang kakcik hadapi bila
berblog dari pejabat.  Dan kerana itu, jangan kecil hati kalau tak nampak komen
kakcik di blog kalian (hahaha... kakcik perasan! macamlah ada orang hairan...)

Ops... dah terlanjur Pn. Queenie sebut fasal 'orang muncung-muncung', kakcik ingat kakcik nak berpantunlah....

buluh dipotong dibuat rencong
tidak sesuai menikam jerung
ada orang suka muncung-muncung
walaupun sedar hidungnya tak mancung

pergi ke Puchong membeli arang
hendak membakar udang dan ketam
muncung-muncung memandang orang
sedangkan orang haram tak faham

jangan dipancung sipokok jering
biarkan betik naik selari
mulut memuncung mata menjeling
bagaikan tercekik si tulang pari

duduk di anjung makan kuaci
sarung kuaci tersangkut di bahu
muncung-muncung kononnya benci
tapi yang dibenci sikit tak tahu

eh! cukuplah tu...


19 ulasan:

  1. Sekali sekala kena jugak muncung tu

    BalasPadam
  2. kakcik,
    tumpang tanya kalau nak buat private post macamana?

    dan, kalau nak privatekan blog pulak macamane? senang cite, kite nak invite readers tertentu je...

    BalasPadam
  3. Suami saya selalu kata...muncung panjang sikit boleh buat hanger...hehe...tak mahu dah muncungdepan suami nnt kena perli

    BalasPadam
  4. muncung sedepa ni...
    bleh buat sangkut hanger kekdahnya
    ekekekeke

    BalasPadam
  5. Amboi, sedap betul pantun Kakcik. Hiks~ Sy nie nak menagarang pantun, entah bape jam baru nak siap. Adeh!

    BalasPadam
  6. Niat di hati hendak melancung
    selok poket fulus mahfis
    kalau sibaby yang muncung-muncung
    itu mahukan susu sampai menangis

    Hajat terkulai menjeruk rasa
    idaman kalbu tidak kesampaian
    lain pula kalau situa
    muncung cuba meraih perhatian

    BalasPadam
  7. yuppp.. x guna nak muncung2 sbb org yg kita marah tuw blom tentu faham dan perasan.. lebih2 lagi kat somi.. cakap je.. luahkan tapi cara berhikmah laa...

    BalasPadam
  8. kakcik, anak bongsu saya, muncung jonget.. comel.. kikiki..

    BalasPadam
  9. Lemas dan rimas bila ada yang suka buat muncung ni... tapi kadang2 kena juga buat muncung kat suami.. maklumlah ngada2 minta dipujuk...eekekekee

    BalasPadam
  10. Kalau ada yg muncul majalah atau novel, terus tsengih

    BalasPadam
  11. alahai..tak pandai lah pulak teman nak balas pantun.. teman tak suka muncung2.teman suka senyum dan ketawa..

    BalasPadam
  12. sallam Kakcik,

    Kalau baby muncung CANTIK,
    kalau orang tua muncung GETIK

    BalasPadam
  13. Orang lelaki tu selalu ejek kalu saya muncung. Dia kata boleh buat sangkut baju!

    BalasPadam
  14. sape yg muncung dgn sape..

    ati tak fahamlah kakcik?

    maklum baru je balik ni..fenat :)

    BalasPadam
  15. Sipucong terbang atas permatang
    Pipit betina membuat sarang
    Muncung pagi muncung petang
    Hati sakit meranalah sorang

    BalasPadam
  16. betul ...menyampah betul org yang suka muncung2 ni ...

    BalasPadam
  17. haha kukcuk..
    utu puntun kurung muncung, cur bucu puntun nu...

    (lebih molek dibaca di hadapan cermin... pastikan mu membacanya
    dengan gaya dan intonasi yang betul... jangan nak tipu aaa... )

    Duuk tugu kucung burluru,
    munu nuk sumu su kucung bulung,
    du'u tugu buluh ku curu
    munu nuk sumu cuk uduk surung.

    Gunung du'uk burcubung tugu,
    huncur budun du kundung tunuh,
    budu yung bu'uk dukunung jugu,
    du'u tugu kucung burluru.

    bu'uh cumpuduk du luur pugur
    umbul guluh tulung julukkun,
    humbu buduk buru burlujur,
    kulu suluh tulung tunjukkun.

    Pusung umus dubuwu burluyur
    musuk subujuk du utus putu,
    hutung umus buluh dubuyur,
    hutung budu du buwu mutu...

    Suku'un turumu kusuh...

    umucum? huhu

    BalasPadam
  18. KAK QUEENIEEEEEEEEE....!

    lawak weyyy...!

    ahahahahahaha!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com